Thursday, January 29, 2009

Menanti langkah sulung Obama

Mingguan Malaysia 25 Januari 2009

Petikan daripada: Utusan Online


SERANGAN Israel terhadap Genting Gaza tamat pada 18 Januari lepas setelah Israel dan pergerakan Hamas mengisytiharkan gencatan senjata.

Di peringkat antarabangsa Israel berjaya menggambarkan bahawa mereka adalah mangsa yang menerima kesan paling teruk dan serangan itu merupakan sesuatu yang ‘halal’ dilakukan berikutan pengaruh yang terlalu kuat kerana penguasaan mereka dalam semua segi sama ada politik, ekonomi dan media.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia melalui e-mel bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, menghuraikan lebih lanjut mengenai siapa sebenarnya Israel dan bagaimana Amerika Syarikat (AS) boleh dikuasai oleh sebilangan kecil orang Yahudi.

Beliau turut menghuraikan peranan AS dalam membantu membangunkan Israel, keupayaan Presiden baru AS, Barack Obama menangani konflik Palestin-Israel dan kelemahan dunia Islam membela rakyat Palestin.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Friday, January 16, 2009

RAKYAT KUALA TERENGGANU KELUAR MENGUNDI ESOK

17 Januari 2009 rakyat Kuala Terengganu akan keluar menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi bagi memilih calon yang akan membawa suara rakyat Kuala Terengganu ke Parlimen. Nampaknya sentimen pengundi positif ke arah menyokong Barisan Nasional. Mungkin mereka sedar Barisan Nasional adalah parti yang kukuh dan kuat untuk melaksanakan semua agenda membela nasib rakyat.

Diharapkan hari pengundian esok berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan terkawal. Difahamkan seramai 6,000 anggota keselamatan berada di Kuala Terengganu bagi memastikan kelancaran proses mengundi serta keselamatan pengundi. Seramai 80,229 pengundi dijangkakan akan keluar mengundi. Pengundi Kuala Terengganu diharapkan dapat menilai dan memikirkan secara rasional apa yang telah diberikan oleh Barisan Nasional dalam jangka masa panjang berbanding dengan Pakatan Rakyat yang telah terbukti gemar menjaja janji-janji kosong untuk meraih sokongan pengundi untuk menang Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Tulip mengucapkan Selamat Mengundi kepada penduduk Kuala Terengganu.

SELAMAT MENGUNDI DI PRK P.036 KUALA TERENGGANU

WIRA MENGUCAPKAN SELAMAT MENGUNDI KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI PRK P.036 KUALA TERENGGANU.
MENGUNDILAH DENGAN BIJAK. PILIH CALON TERBAIK BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN MASA DEPAN ANDA DAN KELUARGA.

Thursday, January 15, 2009

Perubahan waktu Warta Perdana untuk berita mutakhir

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menjelaskan perubahan waktu siaran Warta Perdana dari pukul 8 malam kepada 9 malam bertujuan membolehkan penonton mengikuti perkembangan berita-berita mutakhir.

RTM dalam kenyataan hari ini memberitahu, semua pihak harus sedar peristiwa atau kejadian penting tidak semestinya berlaku sebelum 8 malam sebaliknya ia boleh berlaku pada bila-bila masa.

Menurut kenyataan itu, setakat ini maklum balas yang diterima amat baik malah ada yang menyatakan perubahan tersebut merupakan satu usaha memartabatkan syiar Islam.

“Pelbagai komen dan maklum balas telah diterima RTM sejak penstrukturan semula TV1 dan TV2. Antaranya daripada seorang pelajar Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Shah Alam yang bersetuju ia diubah.

“Pelajar berkenaan menyatakan perubahan itu amat wajar kerana ia menghormati waktu solat Isyak dan memberi peluang kepada mereka yang berjemaah di masjid untuk tidak ketinggalan menonton berita,’’ jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas perubahan waktu Warta Perdana manakala berita berbahasa Mandarin disiarkan pada pukul 8 malam.

Perubahan tersebut mendapat kritikan ramai terutama penonton RTM yang berharap kementerian itu mengembalikan siaran Warta Perdana kepada waktu asal.

Kenyataan itu menambah, pendapat tersebut turut disokong oleh seorang lagi penonton yang menyatakan ramai di kalangan masyarakat tidak dapat mengikuti siaran berita sebelum ini kerana mereka berada di masjid untuk berjemaah.

“Kata penonton ini, perubahan tersebut merupakan satu langkah ke depan kerana memberi peluang kepada mereka yang berada di masjid mengikuti siaran berita dengan lebih selesa,’’ jelas kenyataan itu.

Kenyataan tersebut menambah, TV1 yang sebelum ini dikenali sebagai RTM1 merupakan saluran informasi dan berita sepenuhnya.

“Selain Warta Perdana, TV1 memulakan siaran berita dalam bahasa Melayu seawal 6 pagi dan diikuti pukul 1 tengah hari, pukul 6.05 petang dan pukul 2 pagi. Kesemua berita ini disiarkan selama 30 minit.

“TV1 juga ada menyiarkan Warta Wilayah iaitu berita yang memuatkan berita-berita negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Ia disiarkan pada pukul 8 malam,’’ ujar kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut, TV1 turut menumpukan rancangan bual bicara secara langsung seperti Semasa@1, Dunia@1 dan Blog@1.

Ia juga memberitahu, TV2 yang dahulu dikenali sebagai RTM2 pula lebih tertumpu kepada program berbentuk drama, filem, dokumentari dan program hiburan untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat.
Sumber: Utusan Malaysia (15 Jan. 2009)

Fitnah Hindraf di luar negara

PUTRAJAYA 14 Jan. – Jemaah Menteri hari ini meminta MIC membetulkan tuduhan tidak berasas oleh pertubuhan haram Hindraf di luar negara yang mendakwa kerajaan merobohkan sebuah kuil Hindu setiap minggu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam (gambar) berkata, Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorty yang menetap di United Kingdom didapati menyebarkan fitnah bahawa kerajaan Malaysia telah bertindak zalim terhadap masyarakat India dan merobohkan kuil-kuil Hindu.

‘‘Dia telah menyebarkan satu risalah bertajuk Laporan Minoriti India Malaysia dan Pencabulan Hak Asasi Manusia di dalam satu persidangan di Chennai, India yang mengandungi dakwaan bahawa sebuah kuil Hindu dirobohkan pada setiap minggu.

‘‘Pemimpin Hindraf tersebut juga menyeru kerajaan India mengadakan sekatan perdagangan terhadap Malaysia dan menghentikan segala projek yang diberikan kepada syarikat Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Subramaniam yang juga Setiausaha Agung MIC berkata, Jemaah Menteri hari ini turut meminta Wisma Putra menjalankan siasatan bagaimana pemimpin pertubuhan haram itu dapat berkunjung ke India dengan menggunakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh negara ketiga.

‘‘Menurut laporan, P. Waytha telah menyerahkan pasport Malaysia kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London.

‘‘Sehubungan itu, Wisma Putra diminta menyiasat bagaimana P. Waytha dapat pergi ke India,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius tuduhan tidak berasas oleh pemimpin Hindraf itu dan mahu persepsi salah tersebut dibetulkan.
‘‘Jemaah Menteri mahu MIC bertindak proaktif untuk membetulkan persepsi buruk yang cuba diwujudkan oleh Hindraf.

‘‘MIC akan terus memberi gambaran yang benar mengenai apa yang telah dilakukan kerajaan untuk membantu masyarakat India negara ini,” katanya.
Beliau berkata, tindakan Hindraf menyebarkan fitnah itu mungkin menimbulkan masalah kepada dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan untuk membantu kaum India.

‘‘Melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Masalah Berkaitan Kaum India, kita telah mencapai banyak kejayaan seperti mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar India, tambahan peluang pekerjaan dalam sektor awam dan banyak lagi,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia (15 Jan. 2009)
*************************************
Citra Adora:
HINDRAF berniat jahat terhadap Kerajaan Malaysia dengan menyebar cerita-cerita palsu berunsur fitnah. Kononnya pihak Kerajaan telah merobohkan kuil-kuil Hindu setiap minggu dan menindas kaum India.
Pemimpin HINDRAF juga telah meminta Kerajaan India mengadakan sekatan perdagangan terhadap Malaysia dan menghentikan segala projek yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat dari Malaysia.
Tuduhan tidak berasas ini wajar diperbetulkan dan pihak berkuasa perlu menggunakan saluran undang-undang yang ada bagi menahan atau menghukum mereka yang terlibat memfitnah Malaysia di luar negara.
Fitnah yang ditaburkan HINDRAF ini memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran Negara sekali gus mencemarkan imej negara di mata dunia. Walhal perkara sedemikian tidak wujud sama sekali. Tindakan tegas perlu dikuatkuasakan.

Felda kejayaan program fardu kifayah kerajaan - Raja Nazrin

KUALA LUMPUR 15 Jan. — Rancangan pembukaan tanah oleh Felda, yang bermula sejak 1961, adalah kejayaan gemilang program fardu kifayah kerajaan, titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Menurut baginda rancangan pembangunan itu bukan sahaja mengatasi masalah kemiskinan ribuan keluarga Islam malah turut membawa mereka menerokai kejayaan lebih luas dan lebih besar lagi.

“Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa, berkemungkinan berada dalam kategori miskin tegar, jika Felda tidak wujud di negara ini,” titah baginda semasa menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di sini hari ini.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa mengikut kronologi peristiwa, peneroka tanah rancangan Felda hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan lebih moden 11 tahun terkemudian daripada kemudahan yang dinikmati oleh penduduk Kampung Baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs.

Rancangan Briggs, yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney dalam tahun 1950, memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke Kampung Baru, yang terletak hampir dengan bandar berbanding dengan kawasan pembangunan Felda. - Bernama
Sumber: Utusan Online (15 Jan. 2009)

Pendedahan Eksklusif - Pemuda PAS MERAJUK & MENOLAK Perjuangan Wahid Endut di Kuala Terengganu....!!!

DR SYED AZMAN MERUPAKAN CALON YANG PALING IDEAL UNTUK BERTANDING DI PARLIMEN P36 KUALA TERENGGANU)
Baru-baru ini Shahboy berkesempatan singah ke Kuala Terengganu, saja untuk berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan lama kita dari PAS untuk bertanyakan khabar dan sebagainya. kebetulan pula dalam masa yang sama Shahboy telah berjumpa dengan beberapa ahli Pemuda PAS yang kelihatan lesu dan mungkin kurang berminat dengan apa yang telah berlaku di Kuala Terengganu sekarang ini.(WAHID ENDUT MERUPAKAN SATU PEMILIHAN YANG SILAP BUAT PAS DI KUALA TERENGGANU, CALON YANG SERING TIDOR DI DEWAN DUN)
Satu persoalan telah terlintas didalam pemikiran Shahboy yang ingin mengetahui apa sebab pekara sebegini boleh terjadi.. lalu persoalan sebenar terjawab apabila salah seorang Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat melontarkan masalah yang dihadapi oleh PAS sendiri di dalam Pilihanraya Yang bakal berlaku pada hari Sabtu ini..(PUNCA & PERSELISIHAN YANG BERLAKU DI DALAM PAS ADALAH DISEBABKAN DARIPADA HAJI HADI YANG TIDAK MAHU MENDENGAR KEPUTUSAN BARISAN PEMUDA).
Beliau menyatakan panjang lebar tentang masalah dalaman yang berlaku diantara kumpulan PEMUDA PAS dengan KUMPULAN ULAMAK PAS yang sememangnya tidak SEBULU di Kuala Terengganu. Permasalahan sebenar ini timbul sewaktu Pemilihan Calon yang telah dilakukan oleh Presiden PAS sendiri.
Dikalangan PEMUDA PAS, mereka mahukan calon mereka Iaitu DR SYED AZMAN yang merupakan Ketua Pemuda PAS Pusat sebagai calon pada pilihanraya kali ini. Namun apa yang berlaku sebaliknya. Haji Haji telah memilih Abdul Wahid Endut yang merupakan dari kalangan ULAMAK PAS sebagai calon untuk bertanding dalam Plihanraya kali ini. Macam mana benda sebegini bole terjadi. Nampak sangat dikalangan anggota PAS juga mereka gilakan kuasa!!!!Sebenarnya WAHID ENDUT dan DR SYED AZMAN mempunyai sejarah masing-masing, mereka ini dari dahulu lagi tidak sebuli dan mempunyai krisis sesama sendiri. Masalah yang berlaku adalah disebabkan perebutan kuasa di dalam PAS sendiri. Lalu setelah mengetahui WAHID ENDUT merupakan calon PAS maka Pemuda PAS sepakat untuk tidak memainkan peranan mereka didalam pemilihan kali ni, Senang cerita BOIKOTTT!!!!sebagai contoh: Pemuda-pemuda yang memasang bendera di kawasan Parlimen Kuala Terengganu adalah diupah dari orang luar dan bukannya dari kalangan PEMUDA PAS Kuala Terengganu sendiri.PAS di Kuala Terengganu telah berpecah dari dua BLOG iaitu BLOG EDROGAN (PEMUDA) dan BLOG ORTODOC (ULAMAK) emm kini memang betul lah orang kata PAS SUDAH CELARU!!!!!

EZAM DEDAH SURAT.......HUSAM KENAL PERIBADI ANWAR


Ezam dedah surat..Husam kenal peribadi Anwar

KUALA TERENGGANU – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor semalam mengotakan janjinya dengan mendedahkan isi kandungan surat yang ditulis oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu Datuk Seri) seminggu selepas Anwar dipecat dari jawatan dalam kabinet pada 2 September 1998.Ezam turut membuktikan bahawa apa yang diperkatakan olehnya selama ini bukan rekaan atau gimik politik semata-mata.

“Saya tunjukkan kebenaran di hadapan anda. Ini adalah bukti besar bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang paling hipokrit. Saya melakukan ini (pendedahan mengenai surat) kerana ingin mempertahankan diri saya dari tuduhan yang dibuat oleh banyak pihak berkaitan dengan enam kotak yang mengandungi dokumen rasuah yang sibuk diperkatakan.“Saya ingin jelaskan di sini bahawa pada hari Anwar meminta saya menyerahkan surat inilah, beliau (Anwar) juga telah menunjukkan kepada saya isi empat daripada enam kotak yang mengandungi pelbagai dokumen rasuah yang membabitkan pelbagai dokumen rasuah yang membabitkan banyak pihak termasuk beberapa pemimpin negara yang sehingga sekarang masih lagi tidak didedahkan oleh Anwar,” katanya.

Menurut Ezam, Anwar telah meminta beliau menyerahkan surat itu terus ke tangan Tun Mahathir pada 8 September 1998 sebelum Tun (yang ketika itu memegang jawatan sebagai Presiden UMNO) berjumpa dan berucap dengan semua pemimpin UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada petang hari tersebut.

“Itu merupakan pertemuan pertama Tun bersama semua pucuk pimpinan UMNO dan akar umbi selepas Anwar dipecat, “katanya.

Bagaimanapun menurut Ezam, beliau gagal menyerahkan surat berkenaan ke tangan Tun pada waktu yang sepatutnya.

“Saya terlewat beberapa minit sahaja dan ketika saya sampai di Jabatan Perdana Menteri, Tun Mahathir ketika itu baru sahaja meninggalkan pejabatnya menuju ke PWTC dan saya serahkan surat berkenaan kepada salah seorang pegawai Tun, dan meminta pegawai berkenaan menyerahkan surat itu kepada Tun".

“Isi kandungan surat ini telah membuktikan sikap hipokrit Anwar yang sebenarnya. Ini kerana kita semua tahu sebaik beliau dipecat, Anwar dengan segala kekuatan yang ada, di hadapan puluhan ribu penyokongnya di merata tempat termasuk dalam dan luar negara telah mengutuk dan mengkritik keras Mahathir dengan pelbagai gelaran dan cacian, tetapi pada hari yang sama kutukan itu dibuat, beliau secara peribadi tanpa pengetahuan penyokong-penyokongnya meminta saya untuk menguruskan usaha damai dan berbaik dengan Tun.

“Inikah ciri-ciri seorang pemimpin yang kita semua inginkan?” ujar Ezam.

Ezam sebelum itu hadir menyampaikan ucapan dan membuat pendedahan mengenai surat berkenaan di hadapan lebih seribu penduduk di Kampung Kubang Parit di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang menganggap integriti bekas Setiausaha Politik Anwar itu sudah tidak boleh dipercayai ekoran dakwaan yang dibuat tetapi masih belum dibuktikan, Ezam berkata, Husam sepatutnya lebih arif tentang perkara itu kerana beliau sendiri telah menjelaskan kepada Husam mengenai perkara itu dan Husam juga mengakui akan keperibadian Anwar yang sebenar.

“Husam tahu sebab saya meninggalkan Keadilan dari saya masih ingat kata-kata Husam bahawa dia juga kenal peribadi Anwar tetapi mereka (PAS) juga mahu mempergunakan Anwar untuk kepentingan parti (PAS). Kalau itu yang dimaksudkan dengan integriti oleh Husam, rakyat boleh menilai, “kata Ezam.

Ezam juga berkata, beliau sanggup bersumpah menyatakan kebenaran apa yang diperkatakan oleh Husam kepadanya mengenai isu itu.“Anwar juga pernah menyatakan kepada saya bahawa beliau tidak pernah ada hormat kepada PAS, tetapi PAS boleh dipergunakan untuk kepentingan parti (PKR), “katanya.

Menjawab tuduhan Anwar bahawa dia dipergunakan oleh UMNO dan BN, Ezam berkata, Sayidina Ali juga dipergunakan oleh Rasulullah ketika peperangan.

“Tidak salah dipergunakan tetapi perlu dilihat atas dasar apa? Saya rela dipergunakan sekiranya itu adalah cara terbaik untuk melawan sifat munafik manusia seperti Anwar Ibrahim, “katanya.Menurutnya, apa yang beliau lakukan hari ini adalah dengan niat untuk mempertahankan agama dan bangsa.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam bahawa Anwar akan mendedahkan isi kandungan surat yang dihantar oleh Ezam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin yang kononnya beliau meminta jawatan dan beberapa kepentingan lain dalam UMNO, Ezam berkata, “Saya cabar Anwar dalam masa tujuh hari untuk mendedahkan bukti isi kandungan surat itu. Kalau dia dapat buktikannya dalam masa tujuh hari, saya akan tinggalkan dunia politik saya dalam masa 24 jam. Sebaliknya jika Anwar gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari itu, saya cabar dia untuk letak semua jawatannya dalam politik, “ tegas Ezam.



PAS FOBIA DENGAN HANTU

ORANG ORANG PAS AMAT YAKIN MEREKA MENANG DI KUALA GANU. AMAT RIAK SEKALI MEREKA HINGGA DAKWA UNDI PAS DAPAT KEBAJIKAN. TADI MASTER ADA TERDENGAR SEORANG CINA BERKATA PADA RAKANNYA..APA GUNA KITA BANTU BN...50 TAHUN TIDAK DAPAT APA PUN...KITA TOLONG PAKATAN RAKYAT SETAHUN SAHAJA..SUDAH DAPAT TANAH 999 TAHUN...HA...KALAU ORANG MELAYU BUTA LAGI TAK TAHU LA.

TAMPARAN KEPADA PBB

Sumber: Mingguan Malaysia, 11 Januari 2009
Mukadimah
TANPA menghiraukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, rejim Zionis dengan angkuh meneruskan misi membunuh dan melanyak penduduk Genting Gaza. Dunia tahu ada ‘tangan’ Amerika Syarikat (AS) di sebalik keberanian Israel mendabik dada kepada dunia bahawa rejim itu kini menjadi the last colonial power on earth.

Hubungan erat di antara AS yang bertindak sebagai God of the world dan Israel yang kini menjadi the most powerfull political nation adalah jawapan kepada persoalan mengapa sebahagian daripada dunia porak-peranda.Percaturan politik dunia terutama di Asia Barat itu menurut Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim amat berkait rapat dengan cita-cita rejim Zionis untuk meluaskan empayarnya baik dari sudut agama, politik dan ekonomi.

Yang dikesali ialah kecacatan Israel-AS yang buta untuk melihat mayat penduduk Palestin yang tidak berdosa bergelimpangan dan tuli untuk mendengar suara dunia agar keganasan dihentikan.Rais ketika diwawancara wartawan Mingguan Malaysia NORAINI ABD. RAZAK dan KHUZAIRI ISMAIL merumuskan keganasan Israel itu sebagai lantunan imej kegagalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga terpaksa sujud di kaki AS. Begitu juga dengan Liga Arab yang amat teragak-agak untuk memperjuangkan nasib negara anggota hanya kerana menjaga kepentingan hubungan dengan AS dan Israel.

Menurut Rais, hanya jalinan perpaduan yang tulen di kalangan negara Islam dapat menangkis keangkuhan AS sekali gus mengekang keganasan Israel.“Kita tidak ada kuasa dan lunas untuk berjuang menterjemahkan kuasa kepada bentuk fizikal. Keupayaan itu mesti kita cari”.
MINGGUAN: Resolusi yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) hasil inisiatif Malaysia supaya Israel menghentikan serangan menerusi gencatan senjata tidak dipedulikan. Bagaimana Datuk Seri melihat perkembangan ini?

DR. RAIS: Tindakan rejim Zionis yang terus menyerang seketika selepas Resolusi Majlis Keselamatan PBB itu dibuat dua hari lalu, mencerminkan apa sebenarnya jenis manusia yang dipanggil Zionis itu. Melalui kacamata Judaism, Zionis memandang hina terhadap manusia lain yang mereka anggap hanya ‘isi dunia’ sahaja. Mereka menganggap hanya diri mereka yang bertaraf “manusia pilihan Yahweh” (Tuhan) mereka. Inilah sebab utama kenapa Hitler hampir melenyapkan orang Yahudi di Jerman dan Eropah.

Tindakan Israel terus menyerang itu bukan tamparan kepada Malaysia, Brazil dan lain-lain negara yang bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib kemanusiaan di Gaza. Sebaliknya perbuatan itu adalah tamparan khusus kepada PBB dan dasar keamanan sejagatnya yang setakat ini gagal mengatasi sifat pemusnah Zionis. Fakta bahawa Amerika Syarikat (AS) berkecuali dalam membuat keputusan Majlis Keselamatan PBB itu juga mencerminkan siapa sebenarnya yang memperkasa dan mendalangi Israel. Jika hanya Israel bertindak bersendirian, ia sudah lama hancur-lumat ‘dikerjakan’ oleh Palestin dan sekutunya.

Jadi sebenarnya keganasan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin amat berkait rapat dengan faktor agama?

DR. RAIS: Tindakan Israel sebenarnya adalah untuk meneruskan ideologi agama mereka yang memandang rendah terhadap manusia lain yang tidak seagama dengan mereka atau tidak sehaluan falsafah hidup dengan Yahudi. Terdapat satu falsafah dalam Judaism yang menganggap manusia selain daripada penganut agama itu dianggap tidak setaraf dengan mereka.

Jadi kelangsungan daripada situ kita dapati tindakan keganasan Israel ke atas Gaza adalah penerusan bagi mencapai tahap bukan sahaja dari sudut politik tetapi juga dari sudut ideologi keagamaan. Memang tindakan Israel boleh dilihat cuba melupuskan Palestin sebab dulu pernah dilakukan dan pernah juga dinyatakan bahawa peperangan ini adalah peperangan agama.

Sejarah pernah menunjukkan bahawa asal usul Islam dan Yahudi adalah Nabi Ibrahim dan kemudian anaknya Nabi Ismail seterusnya Nabi Yakub. Kalau dari segi itu mereka tidak seharusnya berbunuhan. Tetapi fakta bahawa mereka berbunuhan tidak dapat diselesaikan dengan soal politik.

Jadi apa jalan penyelesaiannya?

DR. RAIS: Justeru banyak pihak berpendapat bahawa ini adalah perang agama terutamanya di pihak Israel. Pandangan saya pastinya akan dikritik tetapi sebenarnya itulah yang berlaku. Ini juga menunjukkan dialog dan persidangan agama yang dilaksanakan sebelum ini adalah gagal. Ini kerana yang berkudis di tempat lain tetapi yang diubat di tempat yang lain.

Tinggal lagi sebagai manusia kita mesti ada harapan. Dalam kumpulan Yahudi pun ada yang liberal dan pragmatik. Tapi kumpulan itu tidak dicari bersungguh-sungguh. Di sebelah pihak Palestin pula kalau Yasser Arafat masih hidup, mereka sebenarnya mempunyai kekuatan. Tetapi Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak dilihat sebagai seorang lagi Yassir Arafat.

Di sebelah Israel juga kekuatan tentera Yahudi disokong oleh Amerika Syarikat. Tetapi tiada sokongan di pihak Palestin melainkan sokongan kewangan secara diam-diam dari beberapa negara seperti Iran dan Arab Saudi. Kejayaan Palestin mesti dikuatkan dari segi ekonomi dan pertahanannya sebab mereka tidak akan berjaya dan hancur kalau bersendirian.

Apa yang mampu kita buat sekarang ialah melahirkan pandangan yang positif supaya konflik Palestin dilihat dari perspektif sebenar. Kita yang berada beribu-ribu batu jauhnya dari Palestin tidak akan dapat menyelesaikan konflik di sana, tetapi kita cuba memberi idea supaya pemikiran dan prosesnya itu menelurkan satu penyelesaian pada jangka panjang.

Apa jadi kepada pertubuhan-pertubuhan dunia yang seolah-olah merelakan Israel bermaharajalela di Palestin sejak 1948? Di mana peranan mereka?

DR. RAIS: Keadaan ini dapat merumuskan beberapa pandangan. Pertama, gagalnya Liga Bangsa-bangsa (League of Nations) dahulu dan sekarang gagalnya pula Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memainkan peranan lantaran badan-badan ini sentiasa di kekang oleh AS. Oleh kerana kedudukan AS yang melibatkan persenjataan dan kekayaan yang luas serta begitu berkesan, maka dunia sebenarnya dikongkong oleh kuasa-kuasa ini.

Jadi dalam soal ini apa yang boleh dilaksanakan oleh PBB sangat terhad. Justeru negara-negara Islam perlu menerima hakikat jika mereka tidak mempunyai perancangan sendiri maka Palestin akan terus dalam keadaan sedikit demi sedikit dikurangkan oleh Yahudi dan Israel.

Kita tidak menyatakan bahawa PBB itu sepenuhnya tidak memainkan peranan, sebaliknya kita masih boleh meletakkan harapan sekiranya satu mandat itu diputuskan secara prosedur yang tepat.Prosedur pertama ialah menerusi Majlis Keselamatan yang harus membuat keputusan. Malangnya, keputusan yang berbentuk resolusi setakat ini dipermainkan oleh kuasa besar khususnya AS. Maka kuasa itu telah memendapkan resolusi yang dibuat. Dalam keadaan sedemikian hanya satu lagi kuasa kolektif yang ada iaitu menerusi resolusi perhimpunan khas (special assembly).

Inilah yang negara telah perjuangkan dan Wisma Putra menggunakan saluran diplomatik tertinggi ini termasuk secara mengirim surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada semua Perdana Menteri di bawah sayap PBB, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Liga Arab, Asean dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa lain.

Kesannya sudah jelas bahawa PBB telah menerima surat ini selain surat dari Brazil. Kedua-dua kesannya ialah dengan mengadakan sidang khas pada 8 Januari lalu di New York. Ini sudah diketahui umum merupakan satu peranan yang cemerlang dari segi perjuangan Malaysia.
Biarpun telah diputuskan resolusi.

Keganasan Israel di Gaza terus mendapat kutukan dunia. Ia sepatutnya memberi tekanan kepada PBB untuk memastikan resolusi yang diputuskan dilaksanakan secara berkesan bukan sekadar beresolusi?

DR. RAIS: Memang ada petanda positif dan kita tidak boleh memandang remeh terhadap suara dunia yang begitu kuat menentang tindakan Israel. Sebenarnya Israel sekarang sudah menterjemahkan tindakannya ke dalam bentuk perang apabila semua isyarat dan syarat-syarat kepada wujudnya peperangan itu sudah ada. Antaranya menggunakan kekerasan udara dan darat serta melakukan pembunuhan. Ketiga-tiga ini sudah wujud di Gaza dan dengan itu menjadikan tindakan Israel ketika ini dianggap sebagai peperangan.

Lantaran itu pandangan dunia sekarang terhadap Israel ialah satu negara yang menceroboh, satu negara yang menyeksa kemanusiaan dan satu negara yang perlu diambil tindakan hukuman antarabangsa. Jadi memanglah dunia berharap supaya PBB bertindak dan salah satu caranya dengan mengawasi pemberhentian serangan Israel.

Resolusi daripada perhimpunan agung khas pernah berjaya ketika peperangan di Korea, begitu juga beberapa tindakan dalam krisis di Darfur dan Bosnia suatu ketika dahulu. Tetapi kita juga harus sedar tidak semua resolusi itu berjaya kerana adanya permainan kuasa tertentu.

Bagaimanapun di situ ada landasan-landasan untuk kita menaruh harapan. AS sendiri ketika ini faham jika mereka keterlaluan bermain dengan politik, maka dengan keadaan ekonomi negara itu yang semakin teruk, mereka juga akan dihimpit oleh dunia bebas. Saya yakin perkara-perkara ini berada dalam pemikiran Presiden baru AS iaitu Barack Obama yang akan mewarisi segala perkara yang dahsyat dari George W. Bush. Untuk itu kita akan tunggu setakat mana kebijaksanaan AS. Menerusi lunas diplomasi, Malaysia akan terus memainkan peranan supaya suara kita tidak akan terhenti setakat itu saja. Kita berharap Liga Arab khususnya juga memainkan peranan yang sama.

Dalam konflik di Asia Barat, Liga Arab dilihat gagal memainkan peranan. Apa sebenarnya yang mengekang pergerakan Liga Arab ini?

DR. RAIS: Liga Arab sebenarnya berdepan dengan dilema keyakinan. Banyak pihak melahirkan pandangan bahawa Liga Arab tidak dapat menyelesaikan masalah di negara Arab kerana perkara-perkara yang ada di depan mereka. Kalau persoalan Hamas yang timbul dalam konflik ketika ini, kita harus menyatakan bahawa dunia luar melihat Hamas semata-mata sebagai pemberontak atau kumpulan yang menaja keganasan.

Mereka lupa bahawa Hamas juga menjalankan kegiatan amal seperti membina hospital dan sekolah. Malah, Hamas sendiri dipilih oleh rakyat Gaza sebagai pihak berkuasa. Perkara ini tidak pernah ditimbang oleh masyarakat dunia atau Liga Arab.

Malaysia sebaliknya dalam perkara ini mempunyai pandangan yang sangat adil. Apa yang dilakukan oleh Hamas dalam bentuk yang baik kita terima sebagai penaja kebaikan. Apa yang dianggap sebagai teroris, maka Hamas terpaksa berhadapan dan menjawab tentang perkara itu. Apa yang penting ketika ini kita perlukan resolusi ini diterjemahkan dalam tindakan PBB.

Masalah Liga Arab juga ialah keseganan mereka terhadap AS. Liga Arab tidak bersatu sesama mereka dalam menghadapi sesuatu isu termasuk krisis di Palestin. Mesir yang bersempadan dengan Israel misalnya rapat dan mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu. Begitu juga dengan Jordan dan Turki yang turut mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Tetapi 13 buah negara lain tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan di situ sendiri pun sudah menunjukkan bahawa mereka tidak bersama. Selain itu kepentingan ekonomi juga menyebabkan mereka tidak sekutu dalam penentuan haluan politik. Misalnya dari segi pandangan Mesir, mereka dapat sekitar empat bilion dolar setahun dalam bentuk sumbangan dari AS.

Jadi kemungkinan dalam keadaan ekonomi dan sosio mereka, bantuan itu perlu diterima. Maka agak lunak untuk Mesir berhadapan dengan kekuasaan dan kekerasan yang dikenakan Yahudi apatah lagi AS ke atas Palestin.

Selain itu kita dapati dasar pentadbiran negara-negara Liga Arab juga masing-masing berbeza. Tidak pernah kita dapat lihat satu suara menerusi Liga Arab. Kita tidak memandang rendah kepada Liga Arab tetapi Liga Arab mulai hari ini memikirkan dari sudut survival umah Islam yang sebenar.

Adakah mereka terlibat untuk ke tahap yang positif atau sekadar menyatakan pandangan individu dalam Liga Arab. Saya pernah bercakap dengan Abu Musa iaitu Setiausaha Agung Liga Arab, walaupun meyakinkan tetapi praktisnya belum dapat kita lihat.

Jadi sama-samalah kita berdoa sebagai saudara seagama supaya Liga Arab akan lebih kuat dan bersatu. Tetapi ini lebih mudah untuk kita bercakap tetapi sukar dilaksanakan.

BN TAK PAKSA PILIH CALON

Sumber: Berita Harian, 14 Januari 2009

Kakitangan awam bebas undi wakil pilihan masing-masing

Kakitangan awam bebas undi wakil pilihan masing-masing KUALA TERENGGANU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memaksa kakitangan awam, sebaliknya mereka bebas mengundi calon pilihan masing-masing pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada Sabtu ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah menjadi tugas pemimpin kerajaan bertemu dan menerangkan dasar kepada kakitangan awam. "Kita tidak paksa sesiapa, ini tugas kita sebagai kerajaan dan kita boleh jumpa dengan pegawai dan kakitangan kerajaan. Mereka bebas mengundi ikut kehendak masing-masing, kita cuma terangkan dasar kerajaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kesedaran Alam Sekitar di Wisma Darul Iman di sini semalam.
Beliau mengulas dakwaan Pas bahawa BN menggunakan majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang berlangsung kelmarin untuk memaksa kakitangannya menyokong calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Najib juga ditanya mengenai kaji selidik Merdeka Centre for Opinion Research yang mendapati isu layanan adil bagi bukan Bumiputera mendapat perhatian tinggi dengan 75 peratus responden Cina amat bersetuju atau agak bersetuju dengan memilih calon bukan BN, masyarakat Cina mendapat memberi isyarat jelas kepada kerajaan BN mengenai menjaga kepentingan mereka. Najib berkata, kerajaan tidak sama sekali membezakan layanan antara orang Melayu, Cina dan India, sebaliknya BN lebih bertimbang rasa kepada kaum minoriti kerana Pas tidak pernah memberikan kerusi untuk kaum Cina di Terengganu, berbanding BN yang memperuntukkan wakil rakyat MCA di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.
"(Bantuan) wang ihsan adalah contoh jelas. Semua dapat...yang miskin tidak kira kaum dapat, raya...raya Cina dapat dan banyak lagi bantuan yang kita berikan," katanya. Najib juga mengharapkan semua pihak menyokong BN kerana ia sudah berjasa kepada negara dan apa yang dikecapi hari ini adalah hasil perjuangan BN. Katanya, BN mengambil kira hasrat pengundi supaya berlaku dasar yang seimbang dan tidak lupa bahawa ramai rakyat masih ketinggalan dan memerlukan pertimbangan kerajaan. "Bukan saja mereka yang berjaya tetapi mereka yang kurang berjaya memerlukan bantuan. Bagi kaum minoriti di Kuala Terengganu, kerajaan tidak membezakan layanan antara orang Melayu, Cina dan India," katanya.

Menjawab dakwaan Pas bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersekongkol dalam isu pengundi hantu, Najib berkata, itu hanyalah taktik pembangkang yang ditimbulkan setiap kali pilihan raya. Sambil menafikan sekeras-kerasnya, beliau berkata, pembangkang tidak akan menimbulkan isu pengundi hantu apabila menang pilihan raya.
**********************************
Tulip Desa
Tinggal satu hari lagi, tempoh berkempen untuk Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Nampaknya calon Barisan Nasional dan PAS tidak menang tangan berkempen di peringkat akar umbi untuk memastikan kejayaan parti masing-masing. Yang pastinya, pada 17.1.2009 semua warga Kuala Terengganu akan keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat yang dapat membawa suara rakyat Kuala Terengganu dengan lantang ke Parlimen. Untuk pengundi Kuala Terengganu, buatlah pilihan yang tepat kerana undi anda akan menentukan nasib rakyat Kuala Terengganu.

PENGUNDI KUALA TERENGGANU:- CALON BN LEBIH BERWIBAWA

Oleh: Perry
Tinjauan dan pengamatan umum mengenai populariti calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu jelas menunjukkan bahawa majoriti pengundi Kuala Terengganu mempunyai persepsi bahawa calon BN , Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh lebih berwibawa dan berpengalaman politik berbanding dengan calon PAS, Abdul Wahid Endut.

Calon PAS , Abdul Wahid Endut yang berumur 52 tahun mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang pertanian dan perikanan dari Universiti tempatan. Beliau pernah menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) selama 5 penggal.

Manakala Wan Ahmad Farid yang berumur 46 tahun mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang dari United Kingdom, boleh berbahasa Inggeris dan Arab dengan fasih. Wan Ahmad Farid juga merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara dan Peguam Syarie sejak tahun 1987.

Beliau pernah dijemput untuk menyampaikan kertas kerja dalam seminar berkaitan dengan isu-isu semasa, kepimpinan di kalangan golongan muda dan ancaman pengganas di nusantara oleh beberapa negara luar termasuk negara-negara di Asia dan Barat seperti Vietnam, Australia, Indonesia dan Amerika.

Beberapa kertas kerja yang disampaikan oleh Wan Ahmad Farid pernah menjadi kertas rujukan oleh Universiti Of Copenhagen dan University Of Sydney.

Wan Farid juga pernah dianugerahkan sebagai “contoh generasi baru kepimpinan Asia” oleh Regional Institute For Asia And The Pacific (RIAP) kerana membentangkan kertas kerja bertajuk “Malaysia After Mahathir” pada tahun 2003. Pemikiran dan pengalaman luas beliau dalam mendekati isu-isu semasa turut dikongsi oleh Universiti dan Badan-Badan Antarabangsa tersebut dan dijadikan sebagai bahan penulisan dan rujukan pelajar-pelajar di Institusi Tinggi.

Dalam bidang kemasyarakatan pula, Wan Farid juga mempunyai rekod menabur jasa kebaktian kepada hal-ehwal kemasyarakatan dan pembangunan serta bidang sukan. Beliau pernah menjawat jawatan Presiden Persatuan Badminton Negeri Terengganu dan Setiausha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu,

Dalam kerjaya politik pula, beliau menceburi politik dalam usia yang muda dengan tujuan meningkatkan taraf hidup kaum Melayu di Kuala Terengganu dengan menyertai politik UMNO. Sehubungan ini beliau pernah menjadi ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu pada tahun 1995, Ketua Pemuda Bahagian UMNO Kuala Terengganu pada tahun 1998, menganggotai EXCO Pemuda Malaysia pada tahun 1999 hingga 2004, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu pada tahun 2001 dan dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu pada tahun 2004 sehingga sekarang.

Seterusnya, Wan Ahmad Farid pernah di lantik sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri dan pernah dilantik sebagai Senator dan menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri sejak 18 Mac 2008 sehingga beliau meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 17.1.09.

Memandangkan rekod kerjaya politik dan kemasyarakatan Wan Ahmad Farid , calon BN dan Abdul Wahid Endut, calon PAS, ramai pengundi Kuala Terengganu berpendapat bahawa Wan Ahmad Farid harus dipilih sebagai wakil rakyat supaya beliau dapat memberi perkhidmatan kepada rakkyat Kuala Terengganu dengan berkesan.

Menurut persepsi bilangan besar pengundi Kuala Terengganu, Calon PAS, Abdul Wahid Endut sedia dilantik sebagai ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam. DUN ini merupakan salah satu DUN dalam kawasan parlimen Kuala Terengganu. Dengan itu, adalah menjadi harapan pengundi Kuala Terengganu bahawa biarlah Abdul Wahid Endut mewakili kaum Melayu (Kuala Terengganu ) di peringkat negeri dan Wan Ahmad Farid mewakili mereka di peringkat Persekutuan atau Parlimen.

Harapan pengundi Kuala Terengganu adalah munasabah dan berpatutan kerana sekiranya Wan Ahmad Farid menang dalam pilihan raya kecil ini, beliau akan dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, satu jawatan yang akan memberi peluang kepada Wan Ahmad Farid untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat Kuala Terengganu.

Sementara itu, sekiranya kita membuat analisis terhadap landskap politik dan dasar –dasar kerajaan Persekutuan, segala perubahan yang dijanjikan oleh Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan didapati dilaksanakan . Sebagai contoh, kita melihat kerajaan kepimpinan Pak Lah membawa perubahan dalam sistem kehakiman yang didakwa tidak adil, memberi lebih kuasa kepada agensi yang menjalankan usaha-usaha mencegahan rasuah dan sebagainya.

Kedua-dua perubahan utama yang dilaksanakan oleh kerajaan BN pimpinan Pak Lah dijangka akan meningkatkan ketelusan ( transparency) dan meningkatkan tahap kerajaan yang bersih dan cekap ( good governance ). Kedua-dua perubahan ini mendapat sokongan dan sambutan daripada parti Pakatan Rakyat, termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim.

Justeru itu, pengundi Kuala Terengganu yang berpemikiran liberal, berpengalaman (wisdom) dan mantap , malah mengharapkan penerusan perubahan dan pembaikan dalam sistem pentadbiran kerajaan Persekutuan , harus memilih Wan Ahmad Farid supaya beliau dapat membantu merealisasikan cita-cita rakyat dalam melahirkan sebuah kerajaan yang bersih, liberal, telus dan cekap tadbir.

Dato’ Razali yang mewakili BN menang tipis iaitu dengan majoriti 628 undi dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu. Tetapi, pada ketika ini, majoriti pengundi Kuala Terengganu telah bersedia untuk memilih Wan Ahmad Farid supaya penduduk Kuala Terengganu dapat menikmati perkhidmatan yang lebih memanafaatkan rakyat . Pemberian sokongan kepada calon BN, Wan Ahmad Farid adalah disifatkan sebagai satu usaha meneruskan segala rancangan yang diidamkan oleh mendiang Dato’ Razali, yang menjadi pilihan bilangan besar kaum Melayu, malah kaum bukan Melayu.

Penganalisis politik yang berkumpul di Kuala Terengganu sejak hari penamaan calon pada 6.1.2009 menjangka calon BN, Wan Ahmad Farid akan mencapai kemenangan atau mengulangi keputusan pilihan raya umum tahun 2004 iaitu mencatat kemenangan dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Keluar jika hudud dilaksana

KUALA LUMPUR 14 Jan. - DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya Pas masih mahu melaksanakan undang- undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.

"Sewajarnya Pas mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami," katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Surat itu diterima oleh Setiausaha Istana Negara Zainab Muhammad di luar pagar pintu belakang Istana Negara.

Pada 21 Disember lepas, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.
Sumber: Utusan Malaysia (15 Jan. 2008)
**********************************
Citra Adora:
DAP mengulangi pendiriannya untuk tidak sesekali menerima hukum hudud dan qisas jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara. DAP turut memberi amaran kepada PAS bahawa mereka akan keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat jika PAS bertegas ingin melaksanakannya.
Kenyataan ini secara tidak langsung memberi impak yang besar terhadap kredibiliti dan kepimpinan PAS kerana impian mereka tidak disokong DAP.
Nampaknya cadangan untuk melaksanakan hukum hudud oleh PAS ini hanyalah merupakan provokasi dan propaganda mereka sahaja bagi mempengaruhi pengundi-pengundi beragama Islam.

PROFIL CALON BN DATO' WAN AHMAD FARID


Nama: Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Tarikh lahir: 13 November 1962

Umur: 46 tahun

Isteri: Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab, 40

Anak:

Wan Syafiqah Iryani, 19;

Wan Anis Majida, 15;

Wan Syazana Fasihah, 11;

Wan Deena Masyitah, 8;

Wan Nureen Sofia, 5;

Wan Khaireen Dunnyana, setahun.


Jawatan dalam parti: Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu


Pendidikan: Berkelulusan Undang-Undang dari Universiti Thames Valley, London


Rumah: Suasana Sentral Kondominium, KL Sentral, Kuala Lumpur
Emel: wanfarid@yahoo.com


DATO' Wan Ahmad Farid, dilahirkan di Jalan Ibrahim, Kuala Terengganu pada 13 November 1962 dan pernah bertugas sebagai Peguam bela dan Peguam cara mulai 1987. Beliau menang jawatan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu selepas menewaskan Datuk Roslan Awang Chik pada 2004.


Berusia 46 tahun, beliau kini menjadi Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu yang disandangnya sejak dua penggal.


Beliau dilantik Senator pada 2006 dan bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri bermula 1 Januari 2004 hingga 18 Mac 2008, sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, mulai 19 Mac lalu.


Beliau yang gemar membaca, memiliki kelulusan Undang-Undang dari Universiti Thames Valley, London. Selain itu, beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Terengganu mempunyai pengalaman dan pembentangan kertas kerja dan menghadiri seminar di beberapa negara. Antaranya, persidangan Regional Ethics In Leadership di Vietnam pada 2000; pemerhati pilihan raya Presiden Amerika Syarikat atas jemputan Jabatan Negara AS (2000), membentang kertas kerja Ancaman Keganasan Di Asia Tenggara, CSIS, Jakarta (2002).


Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Bengkel Penubuhan Komuniti Asean di Manila di Asean People's Assembly (2002) dan berucap di Institut Rantau Asia dan Pasifik, University of Sydney semasa menjadi tetamu kerajaan Australia pada 2003.

Wednesday, January 14, 2009

JANGAN CONTOHI KEPIMPINAN ANWAR

Oleh: Citra Adora

Anwar Ibrahim (DSAI) datang lagi Kuala Terengganu malam ini bagi memberi sokongan dan membantu kempen-kempen rakan sekutunya, PAS.

Namun sikap beliau ini bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Apa tidaknya beliau ini sekejap datang, sekejap balik semula ke Kuala Lumpur. Apabila berceramah, Anwar menaburkan pelbagai janji manis kepada penyokong-penyokongnya. Tetapi apabila para penyokongnya mula bersemangat dengan hujah-hujah yang ditaburkan, esoknya beliau sudah kembali ke Kuala Lumpur. Hujahnya hanya sekadar melepas batuk di tangga. Bagaimana penyokong-penyokong hendak mengutarakan masalah jika beliau sekejap ada, sekejap tiada.

Sepatutnya selaku Ketua Pembangkang di Parlimen, beliau sentiasa berada di bumi Kuala Terengganu ini bagi membantu kempen calon PAS dan mendengar masalah-masalah rakyat.

Inikah contoh pemimpin yang ingin kita pilih bagi menerajui Negara? Agaknya bila dah berjaya menggapai cita-citanya sebagai PM nanti, Anwar akan terbang ke sana ke mari. Bukannya bekerja keras membangunkan Negara mencari pelabur dan merangsang ekonomi negara, tetapi ke hulu ke hilir berfoya-foya. Nasib negara entah ke mana, nasib rakyat pula tak terbela.

KARPAL SUDAH SEMBUH DARI BERKHATAN


Sumber:Http://www.masterdedah.com

PETANG TADI KARPAL DAH PERGI BERSIAR SIAR DI PAYAR PAYANG MEMILIH KAIN PELIKAT..DIA TAK PILIH KAIN PELIKAT GAJAH DUDUK..TAPI KAIN YANG LEBIH LEMBUT DAN DIIMPORT KHAS DARI BUKIT SELAMBAU...PILIHLAH LAGI PAKATAN RAKYAT. ESOK PENGUNDI PENGUNDI PAKATAN RAKYAT AKAN DAPAT KAIN PELIKAT PERCUMA. JANGAN KE MANA-MANA TUNGGU DI RUMAH, KAIN PELIKAT AKAN DATANG.




HIDUP USTAZ HADI TAK AMAN KERANA BANYAK BERBOHONG

Oleh: Pemikir

Pemimpin PAS secara senyap-senyap seperti ular menyusup di kalangan pengundi-pengundi menabur fitnah dan pembohongan terhadap Kerajaan BN yang benar-benar memperjuangkan hasrat rakyat Terengganu. Mereka ini menabur berita-berita buruk dan pembohongan semata-mata kerana faktor politik sempit dan jika tidak didedahkan akan merugikan rakyat Terengganu.

Perangai orang PAS ini pun serupa di mana-mana jua sama ada di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Johor. Mereka ini mengaku Islam tetapi banyak melanggar cara-cara Islam. Demi berpolitik mereka sanggup menipu, memutar belit, mereka-reka cerita dan segala-galanya.

Di antara pemimpin PAS yang pakar membuat pembohongan serta suka menyesatkan pemikiran warga Islam adalah MP Marang (Terengganu). Beliau adalah profesional dalam bidang putar alam sehingga warga Terengganu mudah percaya dengan kata-kata manis penuh dengan racun. Yang memilukan, kanak-kanak pun boleh percaya kepada putar belit Ustaz Hadi Awang.

Semasa menjadi MB Terengganu dahulu, beliau membohongi rakyat kononnya Kerajaan BN membuat perjanjian-perjanjian palsu dan juga menyimpan wang ehsan dalam Jabatan. Setelah disiasat didapati semua dakwaan beliau ini salah belaka dan tidak berlaku.

Pengundi-pengundi perlu ingat bahawa MP mereka ini banyak dosanya yang sekiranya ditimbang sebesar matahari. Eloklah Ustaz Hadi hentikan niat dan tindakan buruk ini supaya beliau dapat duduk aman dan damai dari sekarang.

ADUN-ADUN PAS DI KUALA TERENGGANU SUDAH BANKRAP PEMIKIRAN

Oleh: Pemikir
Setelah beberapa hari kempen di empat DUN oleh kedua-dua ahli parti, rakyat sudah mula mengukuhkan pendirian calon mana yang hendak dipilih. Dengan pembangunan yang begitu pesat di Kuala Terengganu rakyat di kawasan ini kelihatan tiada menghadapi apa-apa masalah besar kerana Kerajaan Negeri dan pemimpinnya didapati proaktif menangani keperluan mereka.

Kawasan DUN yang dipegang oleh ADUN PAS masih terdapat ciri-ciri bahawa mereka tidak berupaya untuk membela nasib pengundi-pengundi mereka. Terdapat kelompok-kelompok kemiskinan yang sepatutnya dikenal pasti dan diselesaikan oleh ADUN-ADUN PAS tersebut. Malangnya ADUN-ADUN PAS ini tidak berwibawa untuk membuat sesuatu selain dari menunggu peluang untuk datang dari langit untuk membantu mereka.

Apabila berlakunya pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, ADUN-ADUN PAS dan penyokongnya didapati mula mencari peluang untuk mengeksploitasi keadaan untuk kepentingan mereka. Dengan sewenang-wenangnya mereka tanpa segan silu mengutuk Kerajaan BN yang tidak prihatin kononnya. Inilah kerja PAS setiap hari mencari kelemahan tetapi tidak berusaha untuk mengatasinya.

Pengundi Kuala Terengganu perlu sensitif dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan putar belit PAS serta penyokong-penyokongnya yang sedang sibuk berkempen di lapangan. Apa yang dikatakan oleh perayu-perayu PAS perlu diteliti kerana banyak maklumat palsu dan dengan itu ditolak tanpa ragu-ragu.

Kerajaan BN tetap seperti diwar-warkan oleh pemimpin-pemimpinnya sentiasa prihatin terhadap tiap warga Kuala Terengganu tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

Pas putar belit fakta kemiskinan di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Parti pembangkang sengaja memutar belit fakta dengan mendakwa kononnya Terengganu masih berada di tempat kedua kadar kemiskinan tertinggi dalam negara bagi menutup kelemahan mereka ketika memerintah negeri itu dari 1999 hingga 2004, kata bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata pembangkang memberikan maklumat yang kurang tepat mengenai perkara itu dalam siri ceramah mereka bagi memburukkan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini. Katanya, fakta yang menunjukkan bahawa Terengganu menjadi negeri kedua termiskin dalam negara, sebenarnya adalah semasa negeri Terengganu di bawah pentadbiran Pas.

“Selepas BN kembali memerintah pada Mac 2004 hingga 2007, kadar kemiskinan turun dari 15.4 peratus kepada 6.5 peratus dengan pendapatan purata penduduk meningkat daripada RM1,984 kepada RM2,463,” katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Program Jejak Rakan Sebaya anjuran Pemuda Bahagian Kuala Terengganu di sini hari ini. Majlis itu disempurnakan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Menteri Pelajaran, dan yang turut hadir ialah Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Sabri Alwi. Idris berkata, Terengganu kini bukan lagi negeri kedua termiskin, sebaliknya ia sudah turun ke tangga keempat, hasil program-program yang dilakukan kerajaan untuk memajukan ekonomi rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa pembangkang terutama Pas supaya tidak lagi membohongi rakyat dengan memberikan fakta yang tidak tepat sedangkan pada masa yang sama parti itu mendakwa bahawa perjuangan mereka berlandaskan Islam. Sementara itu, Hishammuddin mengarahkan semua jentera pemuda supaya menggunakan tempoh berkempen yang tinggal beberapa hari lagi, untuk terus mengingatkan penduduk Kuala Terengganu tentang peritnya kehidupan rakyat semasa PAS memerintah negeri itu. “Inilah jentera yang akan digunakan untuk beri penjelasan kepada perkara-perkara yang cuba dimanipulasi oleh pembangkang. Kalau tak dijelaskan, orang akan terpengaruh,” katanya. - Bernama
***********************************************************
Tulip Desa
Jelas PAS gemar memanipulasikan fakta khususnya isu kemiskinan bagi melindungi kegagalannya ketika memerintah Terengganu. PAS bijak meletakkan kelemahannya di bahu Kerajaan Barisan Nasional supaya kredebiliti dan imej Kerajaan tercalar di kacamata rakyat. Pada pandangan Tulip, pengundi perlu sedar dengan niat jahat Pakatan Rakyat yang mengambil kesempatan untuk memperbodohkan-bodohkan rakyat dengan pembohongannya itu.

PAS MEMPOLEMIKKAN ISU AGAMA

Oleh: Tulip Desa
Dosa dan pahala itu adala hak mutlak Allah s.w.t.
Tok Guru Menteri Besar Kelantan tidak berhak menentukan dosa dan pahala, syurga dan neraka kepada pengundi.

Isu ini dicetuskan oleh Menteri Besar Kelantan yang mendakwa undi PAS dapat pahala. Manakala, undi PAS masuk syurga pula adalah kenyataan Allahyarham Buniyamin Yaakob.
Isu Syurga:

Sebenarnya, makhluk pertama yang menjaja dan menjamin syurga ialah Iblis sewaktu Nabi Adam di dalam syurga (lihat surah Al-A’raf:ayat 20-22).

Aqidah kita seharusnya ialah penentuan syurga atau neraka adalah milik Allah s.w.t., bukan milik individu.

Isu Pahala :

Undi PAS bukan dapat pahala tetapi berdosa merujuk kepada ideologi yang dibawa, iaitu memperkudakan agama semaksimum mungkin untuk parti. Antara isu yang jelas dipermainkan ialah isu Tuhan Mencarut, maka kita juga boleh mencarut. Manakala ideologi sebelum itu pula ialah Islam adalah PAS dan PAS adalah Islam.

Kalau mereka hendak kata juga undi PAS dapat pahala, maka kita katakan pahala yang mereka dapat adalah sedikit kerana sumbangan PAS untuk Islam amat sedikit malah bagaikan tiada. Tetapi, undi UMNO dapat pahala lebih besar kerana jasa UMNO kepada pembangunan umat Islam telah terbukti sejak sekian lama.
PAS menggunakan isu tersebut untuk meraih undi dan juga untuk publisiti untuk mengukuhkan kedudukan politik PAS yang kini dilihat semakin goyah.

Tok Guru tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana mempunyai pengetahuan ilmu agama yang tinggi. Apa yang dilakukan oleh Tok Guru dikhuatiri hanya memesongkan minda dan akidah umat Islam.


Tuesday, January 13, 2009

PAKATAN LEBONG




















Isu Pelaksanaan Hukum Hudud Di Terengganu

Oleh: Citra Adora

  • Isu Hudud merupakan isu basi yang sering dimainkan oleh PAS sejak dahulu lagi. Isu ini merupakan mainan politik PAS apabila menghadapi pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.

  • Terdapat dua draf Hukum Hudud PAS iaitu di Kelantan dan Terengganu. Apa yang menjadi kekeliruan ialah mengapa wujud dua draf mengenai hukum ini sedangkan Hukum Allah S.W.T adalah sama dan tetap/tidak berubah yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis.

  • Kedua-dua draf hukum Hudud ini tidak dilaksanakan semenjak PAS memerintah Kelantan hampir 20 tahun (di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar merangkap Mursyidul Am PAS Malaysia.

  • Hukum Hudud PAS Kelantan tidak memasukkan Hukum Bughaoh (derhaka kepada kerajaan) dalam draf Hukum Hudud mereka tetapi PAS Terengganu memasukkan hukum tersebut dalam draf Hukum Hududnya. Wujud perbezaan dalam draf mereka meskipun dari parti yang sama.

  • PAS sering berjanji dalam kempen-kempen pilihan raya yang mengatakan bahawa mereka akan melaksanakan hukum Hudud sebaik sahaja berjaya memerintah negara/negeri tetapi sehingga kini Hudud tidak pernah dilaksanakan baik di Kelantan mahupun di Terengganu semasa PAS memerintah dahulu.

  • Jelas PAS tidak serius dan sengaja melambat-lambatkan pelaksanaan Hudud agar dijadikan modal setiap kali pilihan raya diadakan.

  • Ini adalah jelas membuktikan PAS mempermainkan isu Hudud bagi meraih undi pilihan raya, bukan untuk mengangkat martabat Islam.

  • YB Hj. Abdul Hadi Hj. Awang pernah mengatakan Hudud hanya 0.0001% daripada hukum Islam. Kenyataan beliau ini salah sama sekali kerana Hukum Hudud adalah 100% hukum Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

  • Jika dahulu PAS rajin membaca surah Al-Maidah ayat 44, yang mana menghukum kafir ke atas mereka yang tidak melaksanakan hukum Islam tetapi kini semakin jarang kedengaran mereka mengeluarkan ayat tersebut. Ini kerana walaupun kini PAS dan sekutunya Pakatan Rakyat telah berjaya mentadbir lima buah negeri (Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang) namun sehingga kini pakatan pembangkang tidak sedikitpun mengimplementasi hukum Hudud dalam pentadbiran negeri yang ditakluknya.

  • Kononnya apabila berjaya memerintah, segala pusat hiburan, maksiat dan judi akan dibanteras serta dimansuhkan. Namun janji tinggal janji. Ibarat menanam tebu di bibir. PAS tidak berani melaksanakan hukum Hudud sementelahan pula mendapat tentangan hebat daripada rakan Pakatan Rakyatnya, DAP.

UMNO Macam Israel, Anwar Macam Apa?

Sumber: Adam Jalil (www.pemuda.com.my)

Untuk Anwar menggelar UMNO seperti Israel bukanlah satu keanehan. Sepanjang kerjaya politik beliau sama ada di pihak revolusioner, sederhana mahu pun pembangkang, Anwar dikenali sebagai tokoh yang suka mengungkap kata-kata bombastik dan bersifat "mengada-ngada membesarkan kesan ucapannya" (hiperbola).

Ini bukan kali pertama Anwar mengungkap kenyataan UMNO macam Israel. Pada 1970-an dulu ungkapan yang sama beliau gunakan untuk menjatuhkan UMNO.

Pada 1980-an apabila menyertai UMNO, parti itu menjadi suci dan bersih biarpun ia merupakan parti yang memimpin kerajaan Malaysia yang terbabit dengan peristiwa Memali. Demikian juga apabila Operasi Lalang dilaksanakan pada 1987, UMNO bukan Israel pada kaca mata Anwar.

Sebaliknya ketika itu Anwar melabelkan DAP sebagai Cauvinis Cina dan Pas sebagai Parti al maki wal hamun yang hanya merosakkan imej Islam.

Anwar mendakwa, “Umno, like Israel, does not recognise the chosen Hamas leadership.”

Kepimpinan yang dipilih rakyat mana yang tidak diiktiraf UMNO? UMNO bukan entiti kerajaan tetapi entiti politik.

Namun kerajaan pimpinan BN dan UMNO mengiktiraf keputusan pilihan raya lalu secara jelas dan bertamadun. Para Menteri Besar dan Ketua Menteri menerima pengiktirafan sewajarnya dari kerajaan Persekutuan tanpa mengira parti.

Peruntukan-peruntukan yang dijelaskan dalam Perlembagaan Malaysia dipatuhi dan tidak dilanggari.

Anwar juga mendapat pengiktirafan sewajarnya sebagai Ketua Pembangkang. Cuma Anwar tidaklah boleh mengharapkan beliau diiktiraf seperti pemimpin nombor satu atau nombor dua negara kerana beliau hanyalah ahli parlimen dari sebuah parti yang gagal memenangi pilihan raya umum yang lalu.

Jika UMNO dianggap Israel, Anwar pula apa berdasarkan tingkah laku beliau yang tidak habis-habis berkempen memburukkan pimpinan negara biarpun selepas pilihan raya?

Jika dilihat tingkah laku Anwar sejak April 2008 lalu nyata beliaulah yang tidak dapat menerima apa sahaja keputusan rakyat.

Selebihnya siapa yang lebih rapat dan akrab dengan Yahudi jika bukan Anwar? Anwar secara otomatik telah menjadi alat US dan Israel apabila menjadi Pengerusi Foundation For the Future diumumkan di Bahrain oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) 12 November 2005.

Kenyataan Anwar bahawa UMNO macam Israel sekadar menonjolkan lagi ciri-ciri peribadi beliau sebagai seorang muslim yang tidak berakhlak. Tidak ada muslim yang baik akan menyamakan rakannya Islamnya yang lain seperti Israel mahu pun kafir harbi lain.
Inilah wajah sebenar Anwar yang kadang kala terjelma di sebalik kepalsuan imej ciptaannya sebagai pemimpin yang mempunyai akhlak dan pekerti yang mulia.

PAS OH PAS

Sumber: Http//mimpi916.blogspot.com
DAP & PKR hanya mahu pergunakan kita. Mengunakan kita untuk kebaikan mereka. Sampai bila kita mahu ikut telunjuk mereka. Harap, kedudukan PAS dalam PR dapat di kaji semula
**********************************************************************
Tulip Desa

Semoga kepimpinan PAS menyedari bahawa PKR dan DAP mengkuda-kudakan mereka untuk mencapai matlamatnya menguasai Malaysia. Segala kebaikan yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP hanyalah sekadar kosmetik untuk mempengaruhi dan memperalatkan PAS yang dilihat mudah diperbodoh-bodohkan.


PENGUNDI ATAS PAGAR MENENTUKAN KEPUTUSAN PRK KUALA TERENGGANU

Oleh: Perry

Pengundi Kawasan Parlimen P.036 Kuala Terengganu akan keluar mengundi pada 17.1.2009 untuk memilih wakil rakyat mereka. Pilihan Raya Kecil (PRK) ini dianggap penting oleh penganalisis-penganalisis politik kerana majoriti pengundi kawasan ini, hampir 86% adalah terdiri daripada pengundi Melayu.
Secara umumnya kemenangan calon parti-parti pembangkang, kemudian dikenali sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang ke-12 dikaitkan dengan sokongan pengundi bukan Melayu. Adalah juga dilaporkan andaian bahawa calon-calon BN dan khususnya calon-calon UMNO mendapat sokongan padu daripada pengundi Melayu di semua kawasan yang mereka bertanding. Dengan itu, PRK ini dijangka menjadi tanda penunjuk kepada kebenaran andaian tersebut.
Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, menyeru pengundi di Kawasan Parlimen P.036 Kuala Terengganu menyokong dan memilih calon BN, Dato' Wan Farid Bin Wan Salleh, sebagai wakil mereka supaya meneruskan usaha-usaha pembangunan yang dirancang oleh mendiang Dato' razali yang menjadi pilihan semua kaum di Kuala Terengganu.
Dato' Seri Najib mengingatkan pengundi Kuala Terengganu bahawa samada calon BN menang attau kalah dalam PRK, BN tetap akan menjadi Kerajaan yang memerintah Negeri Terengganu dan Persekutuan. Walaupun pemilihan calon dalam PRK ini melibatkan jumlah kerusi di Parlimen, keputusan pemilihan PRK tidak akan mengubah status kuasa memerintah kerajaan Persekutuan. Barisan Nasional tetap mendahului, malah melebihi jumlah kerusi di Parlimen.
Namun, pemilihan calon dalam PRK ini akan menentukan status perwakilan rakyat Kuala Terengganu dalam parlimen dan Kerajaan Persekutuan. Najib membayangkan bahawa sekiranya Dato Wan Farid Wan Salleh, calon BN, dipilih, beliau akan dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, satu jawatan yang akan membantu beliau memberi perkhidmatan yang lebih bermakna kepada penduduk Kuala Terengganu.
Sekiranya calon PAS menjadi pilihan pengundi Kuala Terengganu, maka calon PAS hanya boleh menyuarakan hasrat pengundi di Kuala Terengganu di Parlimen tetapi tidak dapat deliver atau menyampaikan perkhidmatan yang mampu menyelesaikan masalah-masalah pembangunan yang berkaitan dengan kualiti hidup penduduk Kuala Terengganu. Disebaliknya, calon PAS, selaku ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam dapat terus menyuarakan hasrat penduduk Kuala Terengganu dalam Dewan Undangan Negeri.
Justeru itu, pengundi di kawasan P. 036 Kuala Terengganu terpaksa memikir sedalam-dalamnya dalam membuat keputusan bijak dalam memilih wakil parlimen mereka pada 17.1.2009. Pengundi di Kuala Terengganu pernah membuat keputusan yang bijak semasa mereka menghadapi pilihan raya umum yang ke-12 pada 8 Mac 2008. Apakah mereka akan mengulangi keputusan bijak tersebut dalam PRK ini?
Menurut laporan intelligence daripada akar umbi, 53% pengundi Melayu, 50% pengundi Cina dan 80% pengundi India menyokong calon BN. Ini menunjukkan calon BN, Dato Wan Farid Wan Salleh mendahului calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menjelang hari pengundian pada 17.1.2009. Adalah menjadi tanggungjawab pengundi Kuala Terengganu keluar beramai-ramai untuk menunjukkan pilihan mereka pada hari mengundi.
Penganalisis politik mnjangkakan pengundi yang tidak menyertai sebarang parti politik, samada UMNO,MCA atau PAS di Kuala Terengganu akan menentukan pilihan raya pada 17.1.2009.

Wan Ahmad ikrar bawa suara rakyat ke Parlimen

WAN Ahmad Farid (kiri) mengangkat Fatimah Abdullah yang menderita penyakit saraf untuk dihantar ke Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu di Kampung Masjid, Batu Burok, semalam.

CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyifatkan semua pengundi di Kuala Terengganu, termasuk penyokong parti pembangkang adalah majikannya. Katanya, jika diberi mandat sebagai wakil rakyat dan sebagai seorang pekerja, beliau akan bekerja untuk semua penduduk daerah Kuala Terengganu tanpa mengira agama, bangsa, usia, budaya serta fahaman politik. "Suara dan kehendak pengundi tanpa mengira latar belakang akan diterjemahkan di Parlimen," katanya ketika ditemui selepas diwawancara Pengarang Berita Online Berita Harian, Zainuddin Isa di Pusat Media The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Permai Inn, di sini, semalam.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kekosongan kerusi apabila penyandangnya, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands pada 28 November lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari mengundi pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Wan Ahmad Farid; Mohd Abdul Wahid Endut (Pas), manakala Azharudin Mamat @ Adam (Bebas). Wan Ahmad Farid yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu berkata, setiap seorang penduduk yang berdaftar sebagai pemilih tanpa mengira kedudukan, kaya atau miskin hanya mempunyai satu undi.
Katanya, undi mereka termasuk orang kurang upaya (OKU) adalah mustahak dan besar maknanya kepada semua calon yang bertanding. Ketika mengulas isu dibangkitkan pengundi hasil kempen dari rumah ke rumah yang diadakan, Wan Ahmad Farid berkata, banjir kilat yang melanda di kawasan Parlimen Kuala Terengganu bulan lalu antara isu besar disuarakan pemilih. Katanya, banjir kilat itu berpunca daripada sistem saliran yang ada tidak mampu menampung jumlah air disebabkan hujan yang melanda di negeri ini melebihi daripada kadar biasa. "Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim. Sebanyak RM59.5 juta akan dibelanjakan untuk projek saliran bandar fasa dua sejauh kira-kira 18 kilometer, termasuk RM2.5 juta bagi menyediakan sistem perparitan jejari di sekitar bandar Kuala Terengganu,” katanya.
Sumber: Berita Harian, 13 Januari 2009
***************************************
Tulip Desa

Janji calon BN, Wan Ahmad Farid, akan bekerja untuk semua penduduk Kuala Terengganu tanpa mengira usia, bangsa, agama, budaya dan fahaman politik apabila menjadi wakil rakyat. Pada Tulip janji tersebut menggambarkan kesungguhan beliau untuk menabur bakti sebagai wakil Kerajaan untuk membawa kehidupan rakyat Kuala Terengganu kepada yang lebih baik dan selesa. Berilah beliau peluang untuk membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah yang terbaik dalam memacu pembangunan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat bagi menangkis tohmahan Pakatan Rakyat yang senantiasa mendakwa Kerajaan Barisan Nasional tidak membela nasib rakyat.

Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu 4 Hari Lagi

Citra Adora:
Suasana hangat menjelang hari mengundi Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu pada 17 Januari ini semakin terasa. Perang poster semakin rancak dipasang di tepi-tepi jalan, di rumah-rumah dan bangunan. Kempen-kempen dan ceramah-ceramah politik pula semakin galak dilaksanakan.
Tinggal 4 hari sahaja lagi warga kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan keluar beramai-ramai untuk mengundi. Mengundi calon yang difikirkan boleh menjaga kebajikan dan masa depan mereka. Mengundi calon yang benar-benar layak memikul tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat.
Walaupun calon-calon yang bertanding semakin giat berkempen dan dibanjiri penyokong masing-masing tetapi suasana adalah terkawal dan tiada sebarang insiden buruk yang berlaku. Faktor keselamatan amat dititikberatkan oleh pihak berkuasa.
Semoga suasana ini akan berterusan sehingga hari mengundi dan selama-lamanya. Kekalkan keamanan dan keharmonian negara kita.

Sidang tergempar sekali lagi

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Malaysia akan mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan Perhimpunan Agung Khas sekali lagi sekiranya arahan gencatan senjata di Genting Gaza yang diputuskan minggu lalu gagal dipatuhi sepenuhnya oleh rejim Zionis dan keadaan buruk di wilayah itu tidak berubah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara-negara yang sependapat dengan Malaysia mesti mengambil langkah yang sama dengan mendesak Presiden Perhimpunan Agung PBB mengadakan sidang tergempar khusus untuk membincangkan kegagalan Israel mematuhi keputusan Majlis Keselamatan PBB.

Menurut Abdullah, beliau sendiri telah mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB, ketua-ketua kerajaan negara anggota Majlis Keselamatan, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan tokoh-tokoh dunia untuk membantu dalam usaha mencari kedamaian di Asia Barat amnya dan Gaza khasnya.

Katanya, antara tokoh-tokoh yang telah dihubungi termasuk Pope Bendict XVI; bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama; dan bekas Presiden AS, Jimmy Carter.

"Kerajaan juga, telah mengarahkan Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York terus berusaha demi keamanan dan keselamatan bumi Palestin.

"Beliau telah diarah bekerjasama dan berurusan rapat dengan wakil negara-negara anggota OIC dan NAM," katanya ketika membentangkan usul mengecam serangan rejim Zionis Israel ke atas wilayah Gaza pada sidang khas Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, keputusan Majlis Keselamatan pada 9 Januari lalu amat jelas iaitu mengisytiharkan gencatan senjata di Gaza di bawah Resolusi No. 1860 (2009), mendesak semua pihak mematuhi keputusan tersebut dan mengarahkan tentera Israel keluar dari wilayah Palestin.

Bagaimanapun, kata Abdullah, resolusi itu langsung tidak menyentuh tentang kepungan atau blockade yang dikenakan oleh Israel ke atas Palestin sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak terutamanya sikap AS yang berkecuali ketika 14 negara lain menyatakan sokongan.

Lebih mendukacitakan, Perdana Menteri berkata, resolusi itu tidak mengadakan sebarang peruntukan mengenai penubuhan satu pasukan antarabangsa sama ada kumpulan pengawasan atau pasukan tentera pengaman untuk menyelia gencatan senjata dan arahan-arahan lain dipatuhi.

Abdullah menarik perhatian mengenai ketiadaan kumpulan seumpama itu menyebabkan tiada sesiapa pun dapat berperanan atau memastikan tentera Israel berundur dari wilayah Gaza seperti yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan PBB.
"Tiada siapa untuk menentukan bahawa gencatan senjata benar-benar berlaku. Inilah kelemahan Resolusi No. 9567 itu," katanya.

Perdana Menteri turut merumuskan serangan ke atas wilayah Gaza kali ini adalah yang terburuk pernah dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Palestin sejak penaklukan wilayah itu pada tahun 1967.

Dalam perkembangan terbaru pula, kata Abdullah, kanak-kanak Palestin terbunuh akibat terkena tembakan, pengeboman dan bedilan kereta kebal Israel yang dilakukan secara rambang sehingga memusnahkan tiga sekolah yang ditadbir oleh United Nations Relief and Works Agency.

"Serangan tersebut telah mengorbankan berpuluh kanak-kanak sekolah. Kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin tiada tolok bandingnya," kata Perdana Menteri.
Perdana Menteri turut melahirkan rasa sedih dan kesal rakyat negara ini terhadap tragedi di Gaza akibat serangan dan tindakan kejam tentera Israel sehingga melumpuhkan sebuah wilayah kecil yang tidak berupaya mempertahankan dirinya daripada serangan kejam yang dilakukan secara bertubi-tubi.

Abdullah turut menyeru Obama bersungguh-sungguh membawa pembaharuan terutamanya apabila kuasa besar itu tidak henti-henti mengaku menjadi negara demokrasi terulung di dunia tetapi pada masa yang sama menolak keputusan pilihan raya umum di Palestin pada 2006 yang memberi kemenangan kepada Hamas.

Usul tersebut disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menyampaikan ucapan dan disusuli dengan perbahasan wakil parti komponen Barisan Nasional dan parti-parti pembangkang.

Lebih 60 diplomat asing termasuk Duta Palestin ke Malaysia, Abd. ElAziz Abu Ghoush hadir pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini. Kedutaan AS, Britain dan Singapura turut menghantar wakil masing-masing sebagai pemerhati.
Sumber: Utusan Malaysia (13 Jan. 2009)

KENAPA PAS TIDAK HARUS DISOKONG-EPISOD 1

Salam buat pembaca blog Pemuda Malaysia. Hari ini saya menerima beberapa komen daripada pengunjung seperti setapakian dan kifli yang mungkin masih tidak sedar dengan pembohongan yang dilakukan oleh PAS. Orang PAS seperti ini hanya menolak pembangunan dan langsung tidak tahu mentadbir negeri. Mereka hanya tahu mencari kesalahan dan mengkritik bentuk pentadbiran dan pembangunan yang cuba dibawa oleh BN.

Saya ingin memberi sedikit penerangan dan dalil, mengapa pengundi di Kuala Terengganu wajib menolak PAS. Bagi saya, menolak PAS bukan bererti kita menolak Islam. Tetapi menolak PAS adalah kerana parti PAS ini hanya mempermainkan agama Islam demi untuk mencapai hasrat peribadi masing-masing. Agenda pembangunan rakyat adalah perkara entah yang keberapa dalam manifesto mereka. Kita tidak nafikan bahawa kebanyakan pemimpin PAS datang dari kalangan mereka yang mempunyai latar belakang agama Islam. Namun sayangnya, mereka buta huruf dalam mencorak dan merancang pentadbiran untuk sesebuah negeri atau negara.

Ada 25 dalil yang akan mengupas mengapa PAS tidak harus disokong lebih-lebih lagi dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu kali ini. Saya akan senaraikan dalam lima episod di mana setiap episod akan menerangkan sebanyak 5 dalil.
DALIL 1 - TIADA PEMIMPIN WIBAWA

PAS tidak ada pemimpin yang boleh menolong rakyat Terengganu dan membangun negeri Terengganu. Cuba kita renungkan dan senaraikan pemimpin PAS di Terengganu, siapakah antara mereka yang boleh mendampingi rakyat, atas nama memohon pertolongan dalam urusan hidup ini. Jangan silap menyokong akibatnya masa depan kita tak beruntung. Yang alim dengan alam tok gurunya. Yang jahil sesat budayanya, maka rakyat terpinga-pinga.
Ingatlah;

Allah menyuruh kamu menyerah amanah kepada Ahlinya supaya apabila dia menjalankan hukum dapat berlaku adil.
Maksud Al-Quran
Ayat 58, Surah 4 An-Nisa
DALIL 2 - PEMERINTAH YANG GAGAL

Ternyata dalam tempoh memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 gagal membawa kebaikan untuk rakyat Terengganu. Percubaan telah diberi selama 4 tahun kepada PAS. Ternyata betapa kecewanya rakyat. Hukum Islam jadi azimat, pentadbiran penuh dengan kesumat, pembangunan tak bermatlamat. Rakyat tunggu setiap saat, pemimpin juga yang dapat hajat. Pemimpin PAS yang serebeh jadi smart sebab tiba-tiba jadi kaya kerana mentadbir Terengganu 1999-2004 dan apabila mereka kaya, dah tak dapat nak membezakan yang mana wajib atau yang mana sunat.

Ingatlah;

Orang Islam tidak disengat 2 kali dalam lubang yang satu.
Maksud Al-Hadis

DALIL 3 - SEMBUNYI KEBENARAN
PAS telah banyak membuat apa yang dilarangnya dahulu. Dulu PAS pernah berkata bahawa adalah haram bergabung dengan orang kafir, kini PAS bersekedudukan pula dengan DAP. Sebelum memerintah janji nak jalankan hukum Allah namun bila dapat perintah tipu Allah pula (Sebesar hama hukum Allah pun tarak). Semua hukum PAS anggap macam tuak, masa gila haram diminum namun bila jadi cuka halal pula.
Ingatlah;

Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran melaknat dan menjatuhkan azab terhadap mereka yang menyembunyikan kebenaran.
lihat ayat 42, 109 dan 174 Surah Al-Baqarah
DALIL 4 - BERTUKAR PERANGAI

Bertukar daripada mahu menjalankan hukum Allah kepada menganjurkan rusuhan. Dulu PAS nak bercakap nak jalan hukum Allah bila memerintah Terengganu, namun bila berjaya memerintah PAS mula banyak helah. baru PAS tahu betapa susah memerintah. PAS nak khabar apa lagi kepada rakyat, isu kurang dan hujah tiada. Akhirnya puak-puak PAS bertempik macam orang gila di tengah jalan siang dan malam buat rusuhan. PAS sudah tidak sebut lagi nak laksanakan hukum Allah. Dengan Allah pun PAS kecek (tipu).

Ingatlah;

Allah S.W.T menyeru kearah kesejahteraan.
Maksud Al-Quran
Ayat 25, Surah Yunus
DALIL 5 - PEMIMPIN TAMAK HALOBA

Pemimpin PAS lebih tamak haloba mengumpul harta semasa memerintah Terengganu. Anda tidak percaya? Orang yang taksub dengan PAS memang tidak akan percaya. Namun demikian, untuk mereka yang di atas pagar boleh bertanya kepada Hj. Hadi, Mustafa Ali, Wan Talib dan lain-lain pemimpin besar PAS. Tengok akaun masing-masing dalam bank. Dulu berapa sebulan masuk, kini lepas memerintah Terengganu berapa pula masuk. Ramai pengikut PAS pengsan.

Ingatlah;

Mereka yang menghimpun emas dan perak kemudian tidak berbelanja pada jalan Allah, beritahu mereka kegembiraan masuk neraka.

Maksud Al-Quran
Ayat 34, Surah Al-Taubah
Cukup lima dalil untuk episod pertama Kenapa PAS Tidak Harus Disokong-Episod 1. Insya-Allah episod kedua akan menyusul. Semoga 25 dalil PAS tidak harus disokong menjadi panduan kepada pengundi di Kuala Terengganu yang saya yakin bijak menilai antara jasa BN dan PAS kepada pembangunan rakyat Negeri Terengganu.

10 Usul Mengenai Kekejaman Rejim Zionis

Sidang khas Dewan Rakyat semalam (12 Jan. 2009) telah mengeluarkan 10 usul mengenai kekejaman rejim Zionis di Gaza yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Berikut adalah lima daripada 10 resolusi yang dikeluarkan (dipetik daripada Utusan Online):
  • Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa bagi menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

  • Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza;

  • Menggesa Majlis Keselamatan PBB membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan meluluskan penempatan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut;

  • Menggesa Perhimpunan Agung PBB mengadakan sesi tergempar khas Uniting For Peace di bawah Resolusi 377A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menguatkuasakan ketetapan yang diputuskan pada 8 Januari 2009;

  • Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

Jangan terpengaruh politik perkauman – TPM

KUALA TERENGGANU 12 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat India di Parlimen Kuala Terengganu supaya tidak terpengaruh dengan mainan politik perkauman yang menjadi taktik pakatan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil yang sedang berlangsung sekarang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, masyarakat India perlu memastikan sokongan yang berterusan kepada Barisan Nasional (BN) yang selama ini, telah terbukti prihatin dengan masalah rakyat termasuk golongan minoriti.

‘‘Masalah kaum India kita bincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet dan kita cuba cari penyelesaiannya. Dan banyak tindakan pun telah kita ambil.

‘‘Atas sebab itu jangan pula kita ambil tindakan yang di luar cara kita. Cara kita berunding ialah dengan mencari persetujuan bersama untuk selesaikan masalah masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum.

‘‘Kita percaya boleh capai (persetujuan) dengan syarat kita berpakat dan bekerjasama. Kerjasama yang tulen bukan hipokrit.,” katanya ketika berucap pada majlis pertemuan dengan masyarakat India di Parlimen Kuala Terengganu di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu; Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam; Naib Presiden MIC, Datuk S. Sothinathan dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berharap, masyarakat bukan Melayu memahami bahawa UMNO bukanlah sebuah parti yang ekstrem seperti yang cuba digambarkan oleh pemimpin pembangkang.

Kata beliau, sebaliknya satu dua kenyataan pemimpin dari parti UMNO yang dibangkitkan pembangkang sebelum ini, bukanlah satu ukuran yang mencerminkan polisi sebenar UMNO.
‘‘UMNO itu parti, satu dua pemimpin yang buat kenyataan yang tak kena, memang kita tak boleh elak.

‘‘Itu bukan gambaran polisi UMNO yang sebenarnya, sederhana. Kita tidak pernah ekstrem. UMNO tidak ada polisi ekstrem. Kita adil kepada semua komuniti dan kaum,” tegas Najib.
Sumber: Utusan Malaysia (13 Jan. 2009)