oleh: Mat Sirat (22 Oktober 2008)
Hari ini, 22 Oktober 2008 bersamaan 22 Syawal 1429. dan tidak beberapa lama lagi Syawal akan melabuhkan tirainya.Sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dalam suasana meriah secara sederhana dengan amalan kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara serta sahabat handai.
Semangat perpaduan kaum termasuklah yang digambarkan menerusi majlis kunjung mengunjung sesuatu perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan sebagainya; adalah rencah utama Malaysia yang terkenal dengan masyarakat majmuk berbilang kaum. Dari aspek yang lain, majlis sambutan rumah terbuka yang dianjurkan oleh pelbagai pihak boleh dijadikan ‘Koridor Raya’ mengeratkan semangat mengeratkan semangat muhibah dan perpaduan.
Tidak melampaukan jika saya katakana bahawa Malaysia adalah pusat dunia perpaduan kaum memandangkan amalan rumah terbuka yang diadakan di negara ini adalah unik dan tidak terdapat di lain-lain tempat. Fenomena ini diakui sendiri oleh kebanyakan tetamu dari negara luar dan mereka juga menambah bahawa ini adalah kelainan berhubung masyarakat berbuilang kaum di negara ini.
Makanan tradisional yang melambangkan kaum di negara ini bukan sahaja pelbagai, malah keenakannya juga menambat hati mana-mana pengunjung majlis rumah terbuka.Rumah Terbuka sudah menjadi bukan sahaja tradisi setiap tahun terutamanya bagi para pemimpin pelbagai lapisan tidak terkecuali di bumi bertuah Wangsa Maj, malah menjadi platform yang paling sesuai untuk satu lagi episode pertemuan sesama masyarakat.
Sayang, sayang, seribu kali sayang…Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari…
Berikut adalah penjelasan terhadap soalan masyarakat terhadap Encik Wee Choo Keong - MP Wangsa Maju – PKR berhubung perkara di atas (lampiran dari aktiviti blog beliau yang beralamat seperti berikut: http://weechookeong.wordpress.com/).Sila fokus tumpuan anda kepada soalan Warga Medan Idaman (soalan 2) dan jawapan Wee Choo Keong (soalan 4).Beliau, MP Wangsa Maju – PKR yang jelas tidak bertanggungjawab dan tidak memahami konteks rumah terbuka sebagai senjata ampuh yang memantapkan perpaduan kaum. Beliau sepatutnya tidak memberi alasan seperti berikut dalam blog beliau:
“ Kerana jamuan seperti ini memerlukan banyak persiapan dan perbelanjaan yang besar, yang saya rasa lebih kita medermakan kos berlanjaan kepada rumah anak yatim, orang miskin dan orang kurang upaya.
Untuk makluman sdr, pada setiap malam Rabu pertama dalam setiap bulan saya akan menyediakan 100 beg @ 5 kilo beras untuk didermakan kepada orang miskin dan kurang upaya tanpa syarat kecuali mereka mesti menunjukan kad pengenalan mereka sebagai pengesahan bahawa mereka adalah warganegara Malaysia. Projek akan bermula pada bulan November yang akan datang.
“SUDAH TERANG LAGI BERSULUH…
1) Beliau dengan jelas telah mengenepikan serta menolak semangat perpaduan sejati antara kaum di Wangsa Maju hanya kerana tidak dapat melaksanakan tugas beliau dalam menyatupadukan kaum kerana alasan beliau bahawa rumah terbuka PKR Wangsa Maju pada tahun ini memerlukan “banyak persiapan dan perbalanjaan yang besar”.2) Kita seharusnya mencari langkah alternatif dari sekarang untuk mencari pemimpin-pemimpin alternatif yang boleh membawa perubahan positif dalam mempertahankan perpaduan kaum di bumi bertuah Wangsa Maju dalam apa jua sekalipun.
MAT SIRAT – JIKA MAJLIS BERORIENTASIKAN PERPADUAN SEPERTI MAJLIS RUMAH TERBUKA PKR WANGSA MAJU TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN, BERSEDIALAH WARGA PENGUNDI SPR WANGSA MAJU UNTUK MEMILIH CALON YANG LEBIH BERASPIRASI TINGGI UNTUK MEMPERTAHANKAN RENCAH UTAMA BUDAYA PERPADUAN KAUM DI BUMI BERTUAH WANGSA MAJU…
LAMPIRAN DARI BLOG
Your MP’s Question of the Week restsOctober 3, 2008 by weechookeong
There will be no question put forward for this week. We will resume next Friday. Thank you.Possibly related posts: (automatically generated)Parliament-question by YB Wee ( Wangsa Maju MP)
Posted in wangsa maju, wee choo keong 4 Comments
4 Responses to “Your MP’s Question of the Week rests”
on October 4, 2008 at 8:28 am
1 Matstapak
Dear YB,tks for standing up for fairness re pasar malam issue at Medan Idaman. Btw “selamat Hari raya” !tq
on October 5, 2008 at 7:04 pm
2 Warga Medan Idaman
YB Wee,Salam Sejahtera ditujukan kepada YB dan keluarga.Selamat Hari Raya juga diucapkan kepada seluruh warga Wangsa Maju.Sebenarnya saya ingin tahu bilakah tarikh YB akan mengadakan rumah terbuka kepada seluruh rakyat Wangsa Maju tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Lagipun, ini adalah sambutan Hari Raya Aidilfitri YB yang pertama.Sedang menunggu jawapan YB…on October 6, 2008 at 9:46 pm
3 Maizatul Ahmad
YB,Bolehkah YB mengemukakan soalan(tambahan) kepada mana-mana Kementerian yang berkaitan tentang :
1. syarikat-syarikat utaman negara(bidang telekomuniasi, hartanah, kewangan dll) yang pemegang saham terbesarnya dikuasai oleh syarikat asing…
2. berapa ramaikah YB YB di dewan rakyat yang memegang jawatan ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat sendiri/ milik kerajaan?
3. kaitan antara 1. dan 2.Terima kasih YB.
ps.: saya menunggu YB membangkitkan tentang perlunya ahli-ahli YB Dewan Rakyat mengisytharan harta-harta mereka kepada pihak awam.on October 7, 2008 at 12:29 pm
4 Wee Choo Keong
Warga Medan Idaman
Cadangan sdr adalah baik tetapi memandangkan situasi dan keadaan kini saya meminta maaf bahawa saya tidak dapat mengadakan jamuan tersebut. Kerana jamuan seperti ini memerlukan banyak persiapan dan perbelanjaan yang besar, yang saya rasa lebih kita medermakan kos berlanjaan kepada rumah anak yatim, orang miskin dan ornag kurang upaya.Untuk makluman sdr, pada setiap malam Rabu pertama dalam setiap bulan saya akan menyediakan 100 beg @ 5 kilo beras untuk didermakan kepada orang miskin dan kurang upaya tanpa syarat kecuali mereka mesti menunjukan kad pengenalan mereka sebagai pengesahan bahawa mereka adalah warganegara Malaysia. Projek akan bermula pada bulan November yang akan datang.
Saya amat harap sdr dan semua warga Wangsa Mjau akan memberi sokongan moral kepada saya.
3 Maizatul Ahamd
Untuk makluman sdr, saya memang boleh bertanya soalan tambahan seperti di cadangkan oleh sdr tetapi saya perlu menunggu semasa Menteri menjawab soalan berkaitan atau memasukkan soalan ini dalam ucapan Belanjawan saya. Akan tetapi adalah lebih sesuai sekiranya saya memasukan soalan ini secara bertulis untuk jawapan lisan atau bertulis oleh Menteri berkenaan pada sessi Parliament yang baru kerana masa untuk membentangkan soalan-soalan tersebut telah lupus untuk October ini.Kepada semua sdr/sdri:
Saya ingin mengucap Selamat Hari Raya Aidiltri Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong-penyokong, pembaca-pembaca termasuk pengkriitik. Saya sentiasa menghargai apa-apa cadangan yang beberikan kepada saya melalui blog saya.
Sekian, terima kasih.
Wee Choo Keong
Thursday, October 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya tak faham apa masalah tuan dengan tidak ade nye rumah terbuka hari raya pkr . Maksud tuan, dengan tidak ade rumah terbuka, semangat perpaduan tidak dpt terlaksana???? Oh cmon get a life.
Tahukah apa terjadi di rumah terbuka?? orang yg datang tu macam tak makan satu bulan, semua diambil, tapi tak habis.Yang datang pon mana ade masa nak borak2, depa datang ramai2, makan, sepah sampah sarap dan blah. Mempertahankan perpaduan kaum TIDAK TERLETAK KEPADA MAKANAN. Lebih dari itu, Janganlah perkara yg remeh ini sampai nak cari calon baru tuk PRU akan datang!!
WHO DO HE THINK HE IS? tidak patut beliau tidak mengenali seorang kawan beragama Islam pun?? mana kawan-kawan beragama ISlamnya dalam Pakatan Rakyat. Patutnya PAKATAN RAKYAT itu indah dari namanya tetapi ISINYA BURUK, tiada kesepakatan langsung. Saya ragu dengan elaun yang diperolehinya setiap bulan,ke mana perginya elaun ini, beli rumah? Kereta Mewah? takkan tidak boleh belanja sedikit untuk menjalinkan perpaduan kaum di kawasannya..
Post a Comment