Thursday, October 30, 2008

MASALAH DALAM SISTEM E-TANAH AKAN DAPAT DIATASI MENJELANG 2009

oleh: Mustikacitra-indah

Masalah yang timbul mengenai sistem e-tanah adalah berpunca dari data tidak bersih dimana sejumlah 58906 data daripada 297322 hakmilik tanah di Pulau Pinang tidak dapat dipadankan. Ini merupakan kesan daripada sistem lama yang telah digunapakai sebelum ini iaitu Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan Sistem Pungutan Hasil Berkomputer (SPHT) yang tidak berintegrasi. Namun perkara ini sedang diatasi oleh pihak vendor. Walaubagaimanapun, beberapa modul utama seperti Modul Pendaftaran dan Hasil telah digunapakai di pejabat-pejabat tanah di Pulau Pinang dan modul lain akan dapat digunakan sepenuhnya pada awal 2009.

Mendengar keterangan berikut di Parlimen hari ini, mungkin akan melegakan hati ramai pihak kerana terdapat dakwaan dan aduan mengenai masalah terdapat dalam pelaksanaan E-Tanah sebelum ini. Namun jika orang yang dipertanggungjawab dapat melaksanakan kerja secara efektif dan teratur, tentu sekali masalah dapat diminimakan.

2 comments:

rayliew said...

Dalam konteks ini, masalah teknikal dapat diatasi walaubagaimana susah pun, namun agak sukar untuk kita mengawal masalah tenaga kerja(human factor)..oleh itu usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan tenaga pekerja juga hendaklah dipertingkatkan lagi..

babybee said...

Bukan saya ingin mengatakan bahawa sistem e-tanah tidak bagus dalam menlaksanakan tugas. Tetapi orang yang mengawal sistem tersebut adalah seorang yang pakar tak? jangan tidak pandai buat lalu menyalahkan sistem tidak bagus. Orang tidak pakar dalam sistem ini maka tidak akan mencepatkan kerja tersebut, malahan lebih lambat daripada membuat kerja dengan manual. cuba fikirkan.!!