oleh: PEMIKIR
MP Permatang Pauh dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 7 Oktober 2008 dan mahkamah belum membuat keputusan untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi. Seperti biasa penyokong-penyokong MP ini turut hadir di mahkamah tetapi yang anehnya, jumlahnya sangat berkurangan.
Penyokong-penyokong beliau dari PR agak bingung dengan cara, pendekatan dan taktik MP mereka. Dahulu, beliau menjanjikan akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008, tetapi tiada apa pun yang berlaku. Kemudian beliau menyebut tarikh-tarikh baru tetapi hasilnya tetap negatif. Jadi, ke mana yang beliau ini hendak tuju sekarang?
Parlimen akan mula bersidang pada 13 Oktober 2008 dan beliau sedang mencari perkara baru untuk membuat kejutan lagi. Tetapi kali ini, penyokong perlu fikir 2 kali samada hendak menyertai beliau atau sebaliknya. Begitu juga dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang dari PAS dan DAP yang sangat berharap Anwar akan menjadi Perdana Menteri dan duduk di Putrajaya. Mereka berangan-angan juga untuk dilantik sebagai ahli-ahli kabinet dalam kerajaan baru kononnya. Tetapi ini hanya tinggal angan-angan, Parlimen tetap bersidang dan BN masih lagi memerintah.
Pemerhati berpendapat bahawa MP Permatang Pauh perlu berehat dalam bulan syawal ini sehinggalah sampai musim hari raya Haji. Janganlah bising dan membuat cemuhan-cemuhan terhadap kerajaan BN kerana orang sudah mula kurang kepercayaan terhadap anda.
Kepada MP Ipoh Timur, MP Marang dinasihatkan supaya kaji semula pendirian dalam PR kerana anda akan terus diperbodoh-bodohkan sehingga 2013.
Wednesday, October 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment