Monday, October 20, 2008

PENGGUNAAN ISA PADA CHENG DEMI MENJAGA KESELAMATANNYA

Penahanan setiausaha SUARAM atau Suara Rakyat Malaysia di Johor Bahru pada Jumaat lepas, bertujuan menjaga ketenteraman awam yang berlaku di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru. Akhbar tempatan melaporkan, Cheng telah menyebarkan maklumat yang boleh menakut-nakutkan penduduk tempatan dan ini bertentangan dengan seksyen 28, ISA.

Kebelakangan ini, rakyat-rakyat Malaysia tertentu cuba mengambil kuasa dalam tangan mereka sendiri dan cuba berlagak menjadi hero atau heroin pada kononnya kumpulan yang bermasalah. Cheng perlu faham bahawa Malaysia ini mempunyai undang-undang untuk menjaga keselamatan semua pihak. Sekiranya beliau cuba berbuat sesuatu yang bertentangan maka pihak berwajib boleh bertindak.

Pemerhati berpendapat bahawa beliau ini cuba meniru wartawan akhbar cina tempatan yang juga ditahan kerana mempertahankan fahaman sempit yang berbau perkauman. Kalau Cheng tidak suka apa yang berlaku di depan mata maka menjadi tanggungjawab beliau untuk menghubungi pentadbir tempatan untuk menyelesaikan masalah.

Di sini, rakyat dapat menilai bahawa ISA itu ada manafaat kerana sekiranya Cheng bertindak menghasut dan liar ini boleh membahayakan keadaan dan dirinya sendiri juga. Manalah tahu ada orang tertentu akan bertindak kasar terhadapnya kerana kebingungan beliau sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

kahkahkahkah...haii..macam2...lawak2. isk...

Zaidil Ripin said...

Salam...
ISA memang patutpun kita laksanakan kepada sesiapa yang cuba untuk mengapi-apikan isu perkauman. masalahnya akan lebih besar jika tidak dikawal.

Srikandi Biru said...

Kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...