oleh: PEMIKIR
Akar umbi di kawasan Parlimen Segamat dan juga Tangkak didapati gembira terutamanya apabila mendapat khabar angin bahawa jalan raya Tangkak-Segamat akan diperluas dan dinaik tarafkan. Mereka menganggap ini sebagai satu hadiah kepada penduduk tempatan walaupun tidak ramai. Jalan baru ini jika dibina oleh Kementerian Kerja Raya nanti, pasti membawa pertubuhan ekonomi Tangkak-Segamat di samping membantu pembangunan Koridor Timur tertumanya Pahang/Terengganu.
Wira ingin mengucapkan tahniah kepada MP Tenggara, Dato' Halimah Sadeq yang dengan penuh semangat membahaskan perkara ini dalam 2 sesi Parlimen awal 2008. Apa yang beliau cetuskan akan membawa impak ekonomi yang boleh menaikkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat tempatan dari semua segi.
Penduduk-penduduk berharap bahawa kerajaan dapat melaksanakan projek menaik taraf jalan Tangkak-Segamat dengan secepat mungkin. Penduduk-penduduk Tangkak dan Segamat harus berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana prihatin tentang keperluan semasa rakyat. Projek yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya ini akan merapatkan lagi hubungan Muar-Segamat dengan masa yang lebih pendek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment