Thursday, October 30, 2008

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN NAIK TARAF PERKHIDMATAN KOMUTER DAN LRT

oleh: Mustikacitra-indah

Bagi meningkatkan kualiti perkhidamatan awam komuter dan LRT supaya operasinya lebih cekap, Kementerian Pengangkutan telah membuat penambahan laluan bagi kedua-dua sistem LRT sedia ada di Lembah Klang bagi aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang. Kedua-dua projek ini akan memberi manfaat kepada 2.6 juta penduduk di sepanjang Koridor Subang Jaya- USJ dan Koridor Kinrara-Puchong.

Kementerian Pengangkutan juga mengumumkan perolehan 35 set tren bagi aliran Kelana Jaya telah dilaksanakan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal 2010 dengan kos 1.3 bilion. Ini memandangkan kapasiti penumpang yang dijangka akan meningkat daripada 160 ribu penumpang sehari sehingga 350 ribu penumpang sehari. Malah satu laluan LRT baru sepanjang 42 km yang akan dibina dari Kota Damansara hingga ke Cheras bertujuan memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Klang. Laluan baru ini dijangka akan dapat menampung kapasiti melebihi 300 ribu penumpang sehari dan pada masa yang sama mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur. Dijangka siap pada 2014, perkhidmatan ini akan merangkumi banyak kawasan kediaman dan perdagangan sepanjang Koridor Kota Damansara-Cheras yang mempunyai bilangan penduduk lebih sejuta orang.

Sistem ini juga akan mendapat perolehan baru 10 set Electric Multiple Unit (EMU) dan membaik pulih 50 koc komuter sedia ada. Bagi golongan Orang Kurang upaya (OKU), lif, ramp, tandas dan laluan khas di stesen KTM, LRT, Monorel dan ERL akan dibina. Manakala Rapid KL pula menyediakan 100 buah bas baru yang mesra OKU dengan melibatkan 73 laluan dan pengenalan sistem tiket bersepadu bagi bas Rapid KL dengan perkhidmatan LRT-STAR dan LRT-PUTRA dengan kadar harga dan pakej lebih menarik.

1 comment:

rayliew said...

Tindakan bernas dan tepat pada masanya..Teruskan usaha kita..