oleh: PEMIKIR
MP Seputeh, merangkap ADUN Kinrara, didapati tidak selesa tinggal di rumah sendiri. Akhbar tempatan mengatakan beliau akan menggunakan anggota keselamatan untuk menjaga rumah dan keluarga tercinta.
Cadangan MP Teresa Kok sangat sesuai tetapi ia boleh dianggap mengada-ngada. Apakah selama ini, ibu dan bapa beliau tidak hidup aman? Dari gambar mereka dalam akhbar, didapati bahawa mereka berdua sangat waras dan baik orangnya. Tetapi anaknya, Teresa Kok kelihatan rakus, biadap dan tidak suka menghormati orang lain. Kenapa ini berlaku? Adakah beliau cari pasal, atau sombong, tidak sensitif kepada persekitaran? Atau beliau ingat apabila sudah jadi MP, mula menonjolkan ego negatifnya?
Sekiranya beliau adalah seorang MP yang baik, orang tidak akan mengganggu dia dan ibu bapanya. Adalah elok Teresa Kok lihat diri sendiri dalam cermin dan mulai pada hari ini, lupakan perangai-perangai negatif dan paparkan satu wajah baik. Dengan cara ini, orang akan beranggapan baik terhadap beliau dan ibu bapanya dan akan dapat mengelakkan gangguan-gangguan kelak. Sekaligus beliau akan menyelamatkan duit untuk membayar anggota keselamatan menjaga rumah dan ibu bapa beliau. Seterusnya, jiran pun rasa aman dan keseluruhan penduduk-penduduk yang berhampiran dengan tempat tinggal Teresa Kok akan merasa selamat dan sejahtera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment