Thursday, October 30, 2008

Pelajar Luar Bandar Bakal Menikmati Program SchoolNet

Timbalan Menteri Pelajaran menjawab soalan yang diutarakan oleh MP Tanjong Manis berkaitan perlaksanaan program SchoolNet ke sekolah-sekolah pedalaman memandangkan kekurangan guru-guru yang mahir di sekolah pedalaman. Beliau menjelaskan bahawa terdapat kekangan untuk melaksanakannya di sekolah pedalaman yang masih belum mempunyai talian elektrik dan kemudahan elektrik. Sekolah pedalaman masih menggunakan gen set yang menimbulkan gangguan dari segi kemudahan connectivity. Sehubungan itu, pihak kementerian mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak terutama daripada Kerajaan Negeri dan juga syarikat tertentu.

Di Terengganu, Program SchoolNet disokong dan ditaja oleh pihak Kerajaan Negeri memandangkan Kementerian Pelajaran mempunyai sekolah yang banyak hampir 10000 ribu untuk dibiayai dan itu merupakan salah satu masalah yang kementerian hadapi. Di samping itu, pihak kementerian juga telah mengadakan latihan-latihan secara insentif melalui bahagian pendidikan guru dengan kerjasama BTP dalam memantapkan kemahiran guru dalam menggunakan aplikasi video conferencing.

1 comment:

rayliew said...

Kerjasama dari pada semua pihak adalah diperlukan untuk menjayakan program pendidikan ini, khususnya syarikat-syarikat gergasi tempatan agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat dalam sektor pendidikan generasi muda negara kita.