YB Teo Nie Ching (Serdang) menyatakan beliau menunggu bas selama sejam untuk bertolak ke destinasi kerana menunggu semua tempat dipenuhi oleh penumpang. Beliau bertanya kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi samada Timbalan Menteri pernah menaiki bas ataupun tidak.
Soalan ini telah dijawab oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bahawa beliau pernah menaiki bas dari Temerloh ke KL dan merasai pengalaman menaiki bas dalam mengetahui tahap sebenar perkhidmatan yang dijalankan oleh bas-bas perjalanan jauh. Beliau juga mengatakan komen yang dihantar oleh penumpang akan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.
Cara yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi adalah satu langkah yang bijak dalam mengetahui keberkesanan perkhidmatan bas-bas perjalanan jauh. Dengan ini beliau sendiri dapat mengetahui masalah yang dialami oleh para penumpang dan dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan kenaikan tambang bas terutamanya pada musim perayaan.
1 comment:
Tindakan Menteri adalah baik, namun bukan semua perkara diajukan kepada beliau, prestasi tugasan pegawai-pegawai jabatan yang terlibat hendaklah dipertingkatkan. Semua aduan atau komen rakyat hendaklah diambil perhatian, sepertimana yang dinyatakan oleh PM PAK LAH yang mencadangkan untuk menubuh Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.
Post a Comment