Wednesday, October 22, 2008

Pendekatan "Bail Out" 1997 Diiktiraf Oleh US

Oleh: Tulip Desa
Sesi Dewan Rakyat bersambung ke petang dengan hujah bajet 2009. MP Kimanis meluahkan rasa kesal terhadap pembangkang yang acapkali mempersoalkan bajet 2009 dan menyifatkan mereka tidak memahami kemelut kelembapan ekonomi dunia. Beliau menggesa agar Kerajaan menumpukan kepada mengembalikan keyakinan pelabur terutamannya pelabur luar yang merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara.
Kelembapan ekonomi yang melanda dunia adalah sesuatu yang kompleks. Kemelut dan krisis kewangan yang serius mengakibatkan ekonomi tidak menentu dan ekonomi dunia pada masa ini turut mempengaruhi persekitaran ekonomi. Sehubungan itu, beliau menegaskan supaya tiada pihak tertentu berniat mengucar-kacirkan ekonomi negara demi kepentingan politik sempit mereka.
MP Kimanis turut merasa bangga dengan mekanisme 'bailout' yang digunakan oleh Kerajaan Barisan Nasional suatu ketika dulu bertujuan untuk menyelamatkan syarikat tertentu untuk mengelakkan keruntuhan ekonomi negara diguna pakai oleh Amerika Syarikat untuk memulihkan ekonomi negaranya dengan membelanjakan sebanyak 700 billion dolar. Sehubungan itu, mekanisme 'bail out' telah terbukti memberi kesan positif dan diiktiraf oleh beberapa negara maju sebagai jalan penyelesaian untuk membaikpulih ekonomi negara mereka.

1 comment:

rayliew said...

Kepentingan politik yang sempit hendaklah dihapuskan. Mekanisme BAILOUT adalah berkesan untuk menyelamatkan negara dari krisis kemelut ekonomi global. Kita lihat apa yang berlku di Amerika sekiranya tiada tindakan diambil, ekonomi negara dan pasaran saham akan lumpuh dan yang menderita adalah rakyat. Oleh itu rakyat perlu yakin dengan segala usaha kerajaan untuk menyelamatkan ekonomi negara dari kelembapan ekonomi dunia yang disebabkan oleh keruntuhan syarikat besar dan institusi bank di negara besar AMERIKA, BRITAIN dan negara eropah.