Friday, October 29, 2010

Yong didakwa amal kronisme

Presiden SAPP nafi jual tanah ketika pegang jawatan

Ketua Menteri SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman semalam mendakwa calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee menjual beratus-ratus hektar tanah kepada syarikat swasta yang disifatkannya sebagai kroni ketika Presiden SAPP itu menerajui kerajaan negeri selama tiga tahun, mulai 1996.

“Ketika Yong menjadi Ketua Menteri, dia tidak pernah cakap fasal hak rakyat Sabah. Dia asyik jual tanah beratus-ratus hektar kepada kroninya. “Dia sudah diberi peluang menjadi Ketua Menteri.

Apa yang dia buat untuk memajukan negeri ini? Tanah diberi kepada kroni?” katanya berucap pada program Mengkoperasikan Rakyat Wilayah Sandakan di Sekolah Kebangsaan Karamunting di sini, semalam.

Yong yang diminta mengulas dakwaan Musa, menjelaskan beliau tidak ada kuasa menjual atau meluluskan permohonan tanah ketika memegang jawatan Ketua Menteri pada 1996. Menjawab soalan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) petang semalam, Yong berkata: “Ketika saya menjadi Ketua Menteri pada 1996, undang-undang sudah dipinda yang memindahkan kuasa meluluskan permohonan tanah dan hutan kepada Kabinet Negeri. “Saya tidak ada kuasa untuk menjual atau meluluskan permohonan tanah seperti didakwa Musa,” katanya.

Yong menubuhkan SAPP pada 1994 selepas keluar daripada Parti Bersatu Sabah (PBS). Selain pernah memegang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri serta Timbalan Ketua Menteri, beliau pernah menerajui kerajaan Sabah selama tiga tahun, mulai 1996 berdasarkan sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri bagi pemimpin parti komponen BN negeri ketika itu. Bagaimanapun, pada September 2008, Yong mengisytiharkan SAPP keluar BN dengan alasan hilang keyakinan terhadap kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

-Berita Harian Online, 29 Oktober 2010-

Tsen minta pengundi realisasi sokongan

CALON Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, yang juga Naib Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) dianggap sesetengah pihak terutama pembangkang sebagai calon lemah dan tidak fasih berbahasa Melayu. Namun, beliau mahu membuktikan andaian itu tidak tepat dan yakin pengundi tidak terpengaruh dengan isu remeh.
Selama ini Datin hanya membantu di belakang suami tetapi sekarang diberi tanggungjawab besar. Bagaimana Datin melaluinya selepas berdepan saat yang menyedihkan?
Sebenarnya, ia bukan sesuatu yang mudah tetapi saya sudah berupaya menghadapinya. Saya sebenarnya berdepan dengan cabaran baru, malah kami sekeluarga sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan sekarang.

Apa yang bermain di fikiran Datin sekarang. Bagaimana penerimaan anak dengan keputusan membabitkan diri secara serius dalam politik?
Saya memberi tumpuan sepenuhnya pada pilihan raya kecil ini. Saya mendapat sokongan penuh anak, malah mereka gembira jika saya menang. Saya berpeluang meneruskan kerja mendiang bapa mereka.
Ada pihak mendakwa Datin sebagai calon lemah berbanding calon Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)?
Saya akan melakukan yang terbaik untuk membuktikan dakwaan mereka tidak benar. Dalam beberapa siri kempen yang diadakan, termasuk bertemu rakyat, adalah antara usaha ikhlas saya untuk memberi khidmat terbaik kepada mereka. Saya berharap apa yang dilakukan ini membantu mereka membuat keputusan tepat untuk memilih saya.
Bagaimana Datin melihat sokongan mereka setakat ini?
Saya amat terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat orang ramai yang ditemui. Mereka boleh menerima saya dan berharap ia akan direalisasikan pada hari pengundian nanti.
Tumpuan utama jika memenangi pilihan raya kecil ini dan harapan kepada pengundi?
Saya mahu berkhidmat untuk rakyat. Saya berharap mereka akan membuat pilihan tepat bagi memastikan Parlimen Batu Sapi terus menikmati pembangunan dengan padu kerajaan negeri dan Pusat. Bagaimanapun, ini hanya dapat dilakukan jika BN memenangi pilihan raya ini.
-Berita Harian Online, 29 Oktober 2010-

Pembangkang mula bertelagah

PKR dakwa SAPP tak mampu bawa isu nasional, Yong tidak patut dipilih
SANDAKAN: Pembangkang yang sebelum ini membuat perjanjian lisan tidak akan mengkritik satu sama lain dalam misi merebut kerusi Parlimen Batu Sapi, mula bertelagah apabila PKR menganggap Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan Datuk Yong Teck Lee, bukanlah parti yang harus dipilih pada 4 November ini.

Meskipun kedua-dua parti itu sebelum ini bersetuju akan sama-sama berganding bahu untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), kini sudah bermusuh apabila Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh mendakwa SAPP hanya layak bersuara di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Fuziah mendakwa pengundi tidak harus memberikan kepercayaan kepada Yong kerana parti itu tidak mampu membawa isu nasional berbanding PKR yang sudah membuktikan kemampuannya di Parlimen. "SAPP tidak mampu membawa isu nasional," katanya pada sidang media yang turut dihadiri calon PKR, Ansari Abdullah di Pejabat PKR Cabang Batu Sapi di Bandar Ramai-Ramai di sini, semalam.
Ditanya sama ada kenyataannya itu mempamerkan sifat pertelagahan dengan SAPP, Fuziah berkata: "Tidak ada perjanjian antara kami dengan SAPP. Kami mencadangkan SAPP menyertai pakatan pembangkang, tetapi mereka enggan. Jika SAPP menerima tawaran kami menyertai pakatan pembangkang, kami sedia memberi laluan kepada mereka bertanding satu lawan satu dengan BN,” katanya.
Diminta menjelaskan maksud kenyataannya, Fuziah mendakwa, Yong sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PKR adalah parti `huru-hara.' Bagaimanapun, ditanya di mana Yong membuat kenyataan itu sama ada dalam ceramah atau sebagainya, Fuziah menjawab: "Itu kenyataan dia (Yong)." Sebelum kedua-dua parti itu mengumumkan calon masing-masing, SAPP dan PKR mengadakan rundingan di Ibu Pejabat SAPP di Luyang, Kota Kinabalu. Bagaimanapun, rundingan itu gagal mencapai kata sepakat untuk melawan BN satu lawan satu.
-Berita Harian Online, 29 Oktober 2010-

Thursday, October 28, 2010

AWAS BATU API DI BATU SAPI


OLEH MM

Kini pilihanraya kecil akan membuktikan bahawa demokrasi adalah amalan jitu kerajaan Malaysia. Pengundi-pengundi di Batu Sapi berpeluang memilih wakil parlimen mereka selepas ia dikosongkan apabila Dato’ Edmund Chong meninggal dunia. Calon pilihan Batu Sapi kali ini adalah Datin Linda Tsen Thau Lin balu kepada Dato’ Edmund Chong Ket Wah. Datin Linda adalah calon yang paling sesuai untuk meneruskan perjuangan BN di Batu Sapi dan BN berkeyakinan penuh bahawa Datin akan menjadi seorang MP yang perihatin.

Datin akan ditentang oleh 2 calon pembangkang iaitu Datuk Yong Teck Lee, Presiden Parti Maju Sabah, (SAPP) dan seorang lagi ialah daripada PKR Tuaran, Ansari Abdullah, juga seorang peguam.

Calon PKR di Batu Sapi merupakan pilihan MP Permatang Pauh. Yang anehnya, PKR sepatutnya tidak bertanding di Batu Sapi tetapi mengambil kesempatan kerana majoriti pengundi adalah orang-orang Melayu. Disini jelas menunjukkan kemiripan rasis pucuk pimpinan PKR. Ini juga merupakan 1 tren yang tidak sihat yang juga PKR lakukan semasa Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor apabila ia meletakkan calon Dato’ Zaid Ibrahim kononnya untuk memikat hati pengundi-pengundi Melayu. PKR gagal di Hulu Selangor apabila calon BN dari MIC menang dalam pilihanraya itu dengan sokongan pengundi-pengundi Melayu.

Pkr sebenarnya mempunyai niat buruk untuk menyemai kekeliruan dikalangan pengundi Batu Sapi dengan memilih orang Melayu untuk bertanding. Cara ini juga digunakan di pilihanraya kecil yang lain sebelum ini. Dan ini perlu dibendung sebelum keterlaluan. Taktik menggunakan kaum atau ras dalam pilihanraya kecil ini dianggap keterlaluan. MP Permatang Pauh cuba meniup sentimen benci dan cauvenisme untuk loncat ke Putrajaya. Pengundi-pengundi perlu sedar supaya tidak tertipu apabila mengundi nanti.

Kini beliau cuba mengungkit perkara 20 termasuklah Borneonisasi iaitu Sabah untuk Sabah. Tidakkah beliau sedar bahawa Sabah dalam Malaysia dan kini meperjuangkan tentang kemakmuran dan kedaulatan Malaysia? Tetapi beliau akan menggunakan isu ini untuk menjadi populis bagi mencapai matlamat sempit walaupun beliau sedar bahawa rakyat Sabah tidak mudah diperlekehkan.

Pengundi-pengundi perlu awas tentang niat busuk MP Permatang Pauh dan jangan mudah dipesongkan oleh putarbelit beliau dan penyokong-penyokong di Batu Sapi.

PM MANMOHAN YAKIN RAKYAT INDIA AMAN DI MALAYSIA




OLEH MM

Lawatan Perdana Menteri India Manmohan Singh ke Malaysia mulai 27 Oktober merupakan satu peningkatan hubungan Kuala Lumpur dengan Delhi. Perdana menteri ini adalah sangat dihormati oleh rakyat di India kerana kepimpinan dan integritinya yang terserlah. Juga sebagai seorang pakar ekonomi berkelulusan dari Universiti Cambridge, beliau telah dapat membawa ekonomi India kepada satu tahap yang menjadi daya tarikan pelabur-pelabur masuk ke India dan sebaliknya.

Kini lawatannya di Malaysia sebagai membalas lawatan YB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib akan membawa perubahan kepada hubungan dua hala Malaysia-India. Malaysia berharap bahawa perdagangan diantara Malaysia dengan India akan membawa keuntungan berjumlah 45 Bilion ringgit menjelang 2015.

Kehadiran perdana menteri India ini juga sangat dinanti-nantikan oleh kaum rakyat Malaysia keturunan India. Selain daripada mengalu-alukan ketibaan Manmohan untuk bersama-sama dengan Dato’ Seri Najib melancarkan Little India, mereka berharap bahawa Perdana Menteri India ini dapat memihak sentimen mereka berkaitan dengan isu yang mereka hadapi.

Di dalam sidang akhbar kedua-dua Perdana Menteri pada 27 Oktober, Perdana Menteri India ini dengan jelasnya mengatakan bahawa Malaysia berupaya untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh rakyat India di Malaysia. Beliau tidak khuatir langsung tentang masa depan kaum India di Malaysia. Manmohan menaruh kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada Dato’ Seri Najib yang sentiasa perihatin dan berusaha untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum India.

Perbincangan kedua pemimpin adalah menjurus kepada meningkat serta mengukuhkan hubungan kedua-dua negara disamping memperbanyakkan lagi kolaborasi diantara kedua-dua kerajaan yang telahpun mempunyai hubungan yang beratus-ratus tahun.

SERUAN KEPADA PENGUNDI DUN GALAS

OLEH MT

Pada 4 November 2010 pengundi di Galas akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pemilih. Calon UMNO/BN diwakili oleh En Aziz bin Jusoh merangkap Setiausaha Bahagian Gua Musang. Beliau merupakan orang kanan kepada Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Sementara tugas dan tanggungjawab Bahagian Gua Musang dipikul oleh En Aziz bin Jusoh, sebaik sahaja dilantik sebagai Setiausaha Bahagian Gua Musang. Justeru tidak ada sebab mengapa anda tidak mahu memilih beliau sebagai calon DUN Galas? Beliau mampu melaksanakan apa jua harapan anda untuk membawa perubahan di Galas, kenapa tidak? Kerana beliau merupakan seorang yang bertanggungjawab serta dedikasi, oleh kerana itulah beliau merupakan individu harapan kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan ahli-ahli UMNO/BN di Bahagian Gua Musang.
BN kali ini mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali DUN Galas yang telah jatuh ke tangan pembangkang sebelum ini. Ini berdasarkan kepada kesedaran pengundi betapa seksa dan sengsaranya semasa berada di bawah pembangkang yang tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Wakil rakyat PAS hanya mampu menabur janji dimana beliau berada, di kedai kopi, di restoran, di surau, di masjid, dan dimana-mana sahaja. Selain itu saya yakin anda sebagai pengundi di Galas juga bersetuju dengan saya jika kita lihat dari segi ketokohan kedua-dua calon. PAS menamakan doktor klinik perubatan yang bertugas di klinik, sudah dua tiga kali dicalonkan untuk Galas sebagai calon PAS, tetapi gagal. Pilihanraya kali ini juga akan menerima nasib yang sama.
Ini jelas kerana para pengundi sudah muak dan bosan dengan pucuk pimpinan PAS negeri Kelantan, tidak habis-habis seolah-olah tidak ada orang lain di dalam PAS melainkan Doktor Zulkifli bin Mohamad. Apakah ini? Mungkin ada sesuatu yang difikirkan oleh pucuk pimpinan PAS negeri Kelantan. Apa pun para pengundi muak dengan keputusan berkenaan. Beliau seorang yang tidak begitu disenangi oleh para penyokong PAS di Kelantan secara umum dan di Galas secara khusus. Beliau tidak mesra rakyat, susah mahu berbicara secara langsung. Dikenali sebagai seorang yang ego berstatus tinggi. Justeru itu pengundi tidak senang dengan beliau. Kali terakhir beliau dicalonkan sebagai calon PAS di Parlimen Gua Musang untuk menentang Tengku Razaleigh Hamzah yang berkesudahan Tengku Razaleigh Hamzah menang dengan majoriti begitu tinggi. Mengapa PAS tidak memilih tokoh lain atau lebih tepat saudara Hussin bin Embong sebagai calon kali ini? Barangkali pimpinan PAS negeri ingin menonjolkan kepada para pengundi di Galas nama atau title Dr. itu kepada pengundi. Jika para pengundi tidak menerima pun tidak mengapa kerana Dr. Zulkifli seorang yang ‘yes man’ atau ‘ye tok guru’. Manakala saudara Hussin Embong seorang yang bersih dalam perjuangan tidak mampu berbuat demikian. Justeru, beliau tidak dinamakan sebagai calon kali ini walaupun dari segi peribadi dilihat bersih dan mesra rakyat. Jika dibandingkan dengan Dr. Zulkifli. Pendek kata, sudara Hussin Embong dikenali dan digemari oleh pengundi Galas, tetapi tidak digemari oleh pucuk pimpinan. Seorang lagi tokoh yang begitu hebat dalam PAS, betul-betul berwibawa. Tokoh berkenaan tidak asing dengan para pengundi DUN Galas. Beliau ialaha saudara Abdullah bin Hussin, berpendidikan tinggi dalam bidang agama iaitu mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan Islam dari Universiti Jordan, petah bercakap/berpidato, warak, membawa perwatakan ulamak, ramai penyokong malah digemari kesemua lapisan umur samada dalam Bandar, luar Bandar termasuk pengundi-pengundi orang asli dikawasan pendalaman dan pengundi Cina kaum Tiong Hua di daerah mengundi di Kampung Pulai di Gua Musang.
Saudara saudari para pengundi di Galas, tidakkah anda ingat kenyataan pertama yang dibuat oleh YAB Dato’ Nik Aziz bin Nik Mat merangkap menteri besar Kelantan bila ditanya oleh wartawan mengenai cirri-ciri calon yang beliau suke untuk bertanding di DUN Galas, YAB Nik Aziz menjawab, “kita akan pilih individu yang mempunyai pendidikan tinggi dalam bidang keagamaan sentiasa berjubah warak, petah bercakap, bertanggungjawab, muda dan tidak merokok”. Jawapan itu disambut baik oleh para penyokong PAS negeri Kelantan secara umum dan di Galas secara khusus pada semua peringkat umur, tetapi apa yang berlaku hari ini YAB Dato’ Nik Aziz tidak mengotakan apa yang telah dikatakan sebelum ini. Apa dah jadi? Justeru itu para penyokong PAS di Galas tidak akan mengundi PAS kali ini. Mereka akan menolak calon PAS dan berpaling tadah kepada menyokong UMNO/BN pada hari mengundi iaitu 4 November 2010 terutama pengundi-pengundi muda yang sebelum ini menyokong Ustaz Abdullah bin Hussin yang disebut-sebut oleh tok guru sebagai calon yang paling layak untuk dicalonkan di Galas. Mereka begitu marah kepada pucuk pimpinan PAS kerana tidak menamakan calon mereka (Abdullah bin Hussin). Pada mereka segala cirri-ciri yang disebut oleh YAB Dato’ Nik Aziz sebelum ini semuanya ada pada diri Ustaz Abdullah Hussin. Kalo gitu jom? Undi UMNO, ape lagi? Marilah kita beramai-ramai pada 4 hb, calon yang kita pilih ialah calon UMNO/BN, En Aziz bin Jusoh, beliau mampu membawa perubahan dan impian para pengundi disamping mampu menyelesaikan masalah-masalah setempat, seperti masalah tanah rakyat yang kini telah dirampas oleh pihak berkuasa negeri dan diberi kepada satu syarikat untuk dimajukan, hasilnya tidak diagihkan kepada peneroka yang meneroka tanah berkenaan sejak sekian lama. Apa doh jadi? Jangan risau, En Aziz bin Jusoh mampu menyelesaikannya, undilah beliau pada 4 November 2010 nanti.
Jangan lupa.........UMNO/BN lah yang mampu membuat perubahan kepada kita khususnya di Galas, generasi-generasi selepas kita lihatlah siapa yang menyediakan kemudahan asas kepada kita seperti jalanraya, elektrik, air, bangunan sekolah untuk kita, adik-adik kita, anak-anak kita, pusat-pusat pengajian tinggi, pinjaman ptptn, sehingga kita tamat pengajian, semua ini disediakan oleh UMNO/BN. Suka atau tidak, itulah dia kenyataan yang wujud di depan kita. Bagi orang dewasa pula, siapa yang memberi baja untuk kita bajakan ke tanaman kita? Siapa yang memberi benih tanaman kepada kita? Siapa yang memberi pinjaman kepada kita untuk kita tanam semula untuk menggantikan pokok-pokok lama sejak dulu hingga kini? PAS atau UMNO/BN?? Yang jelas PAS memang tidak mampu, kita pun tahu Cuma kita pejamkan mata. Hari ini kita sedar apa yang berlaku kepada PAS dan kuncu-kuncunya, semuanya menipu kita dengan pelbagai alasan yang benar mereka sahaja (tokoh-tokoh PAS) yang beroleh keuntungan. Justeru, marilah sama-sama mengundi calon BN pada 4hb akan dating. Selamat mengundi, di Galas......

Wednesday, October 20, 2010

Henti prasangka

Muhyiddin beri jaminan UMNO tetap pertahan hak orang Melayu

KUALA LUMPUR: Hentikan prasangka. Itulah mesej Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepada mana-mana kumpulan yang masih mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta hak yang sah bagi kaum lain.

Sambil menegaskan UMNO akan terus mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera, Timbalan Perdana Menteri turut memberi jaminan hak kaum lain tetap dihormati seperti dalam Perlembagaan.

“Kepada orang Melayu dan Bumiputera, saya menegaskan bahawa UMNO sebagai parti teras Melayu, akan terus mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kedudukan agama Islam, kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan memastikan orang Melayu dan Bumiputera mendapat pembelaan sosial dan ekonomi yang seadil-adilnya.
“Kepada kaum lain, UMNO sebagai parti teras kenegaraan tetap menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.Sehubungan itu, Muhyiddin dalam ucapannya bertajuk ‘Menjulang Perjuangan, Mengisi Harapan’, mahu perasaan curiga antara kaum dibendung segera bagi mengelak percikan api kemarahan menjadi letusan yang memusnahkan segala nikmat keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang dibina selama ini.
“Debat perkauman mesti dihentikan, bukan esok atau lusa, tetapi sekarang. Hormatilah dan terimalah keluhuran Perlembagaan yang sudah meletakkan asas-asas bagi negara kita. “Saya yakin dan percaya, bahawa rasa curiga antara kaum akan dapat diatasi sekiranya semua kaum mendapat jaminan bahawa hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan dipertahan dan dihormati dalam apa jua keadaan,” katanya. Muhyiddin berkata, UMNO menerima hakikat kepelbagaian ras sebagai sesuatu fitrah dan sahih, manakala dalam masyarakat majmuk, kerukunan hidup hanya boleh dicapai jika semua kaum mendapat jaminan hak yang sah dan berpeluang mengecap kemakmuran secara adil.
Beliau berkata, rakyat perlu sedar ketika pihak lain menjanjikan bulan dan bintang kepada kaum di negara ini, UMNO sudah pun membuktikan bahawa semua kaum mendapat jaminan hak yang adil.“Di banyak negara bekas tanah jajahan, bangsa majoriti mendominasi kaum minoriti dengan memaksa mereka mengasimilasi, di mana mereka tidak dibenarkan mengamalkan bahasa, budaya dan agama mereka. “Sebaliknya, di Malaysia, melalui UMNO, pengasas negara kita sudah memilih dasar inklusif, yang menerima dan memberi layanan adil kepada semua kaum, inilah bukti keadilan dan keterangkuman UMNO,” katanya.
Muhyiddin juga menegaskan politik berasaskan kaum yang diamalkan UMNO bukanlah satu bentuk politik perkauman atau rasis.“Politik rasis bermaksud kita hanya mengutamakan kepentingan kaum sendiri dan menzalimi kaum lain. Parti yang mendakwa tidak berasaskan kaum boleh jadi amat rasis jika ianya zalim kepada kaum lain.“Hakikatnya, sepanjang sejarah perjuangan UMNO, parti keramat orang Melayu ini tidak pernah menjadi parti yang rasis.
UMNO tidak pernah membolot kekuasaan politik dan nikmat ekonomi untuk kaum Melayu saja.“Pemimpin UMNO sedar bahawa berkongsi kuasa politik dan nikmat ekonomi dengan kaum lain adalah jalan terbaik untuk mewujudkan kemakmuran dan keamanan dalam sebuah negara majmuk,” katanya. Selaras pendirian ini, katanya, Umno menjunjung Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, sebagai satu gagasan perpaduan yang memberi jaminan hak kepada semua warga negara berlandaskan prinsip Perlembagaan dan Rukun Negara.
-Berita Harian Online, 20 Oktober 2010-

UCAPAN MP PERMATANG PAUH DI PARLIMEN.......LESU

OLEH MM
Ketua pembangkang, MP Permatang Pauh dalam hujahnya di Parlimen pada 18 Oktober, seperti biasa cuba mencari kelemahan-kelemahan dalam ucapan bajet kerajaan pada 15 Oktober 2010. MP ini menimbulkan beberapa isu bertujuan untuk memperkecilkan bajet rakyat.

Beliau membuat hujah-hujahnya bersandar kepada laporan-laporan dalam dan luar negeri termasuklah PEMANDU. Kami khuatir bahawa petikan yang dibuat oleh MP ini tidak mengikut konteks yang sebenarnya. Beliau memetik ungkapan-ungkapan atau statistik-statistik untuk melunakkan hujahnya. Cara begini boleh mengelirukan kerana ia tidak menggambarkan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh laporan-laporan itu. Cara demikian akan memerangkapkan minda MP tersebut.

Berkaitan dengan isu rasuah, adalah wajar MP Permatang Pauh membaca laporan tahunan 2009 oleh SPRM terlebih dahulu. Punahsihat-punahsihat beliau sepatutnya memberi senaskhah laporan tersebut kepadanya. Untuk makluman, laporan tahunan ini sangat komprehensif dan sesuai dibaca oleh semua ahli-ahli dewan terutamanya pembangkang. SPRM mempunyai niat positif untuk memenuhi aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari jenayah rasuah. SPRM ini juga dimodelkan mengikut Suruhanjaya Menentang Rasuah Hong Kong.

Belanjawan kali ini mempunyai teras untuk mengurangkan beban rakyat dari beberapa aspek. Ia juga memberi tumpuan kepada pembangunan negara termasuklah MRT untuk membolehkan warga Kuala Lumpur khasnya, bergerak dengan pantas ke destinasi masing-masing. Projek ini memang memerlukan perbelanjaan yang besar, tetapi ia pasti menguntungkan semua pihak disamping mengurangkan kesesakan jalanraya dalam kota Kuala Lumpur.

Begitu juga dengan projek lain seperti Menara Warisan (100 tingkat) yang akan dibina dalam masa 5 tahun dengan perbelanjaan 6 Bilion dari PNB. Projek ini sudah pasti mempunyai Spin Offs- positif yang boleh menguntungkan semua lapisan sektor pembangunan. Ia akan dapat menarik jutaan pelancong dari luar negeri pada masa akan datang dan ini akan menambahkan lagi pendapatan negara 2015+.

MP Permatang Pauh perlu faham bahawa FELDA merupakan satu-satunya cerita kejayaan Malaysia dibawah Barisan Nasional. Apa yang berlaku dalam FELDA bagaimana yang diwar-warkan oleh pembangkang sudah diberi penjelasan secukupnya oleh pihak berwajib. FELDA bukan lagi isu yang patut disasarkan. MP Permatang Pauh seharusnya memberi pandangan-pandangan baru serta segar bagi membolehkan negara dapat mengembangkan ekonomi untuk kepentingan rakyat.

Wira berpendapat bahawa komen-komen yang diberi oleh Permatang Pauh adalah perkara-perkara lama yang tidak membina. Sebagai ketua pembangkang, ucapan beliau di Parlimen baru-baru ini boleh digredkan sebagai D-. Harap-harap beliau dan rakan-rakan termasuklah MP Machang, MP Indera Mahkota, MP Kuala Krai, MP Tumpat, MP Pokok Sena, dapat memberi hujah-hujah baru yang lebih bertenaga pada sesi parlimen bermula Oktober 2011.

UMNO TETAP PERTAHANKAN HAK MELAYU

OLEH MT
Tingkat 6 menyokong penuh ucapan timbalan presiden UMNO kepada tiga sayapnya iaitu Wanita, Putera, dan Puteri. Disamping itu beliau tetap menghormati hak kaum-kaum lain. UMNO tidak opologetik untuk mempertahankan identiti bangsa Melayu, bangga menjadi seorang Melayu, menjunjung adab dan budaya melayu, mempertahankan warisan budaya Melayu selagi mana UMNO tetap adil kepada semua kaum. Kaum-kaum yang ada dalam negara tidak perlu risau dan jangan takut berada di dalam negara ini kerana UMNO akan menjamin kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit dan rupa paras. Sama-samalah mempertahankan perjuangan UMNO demi kesejahteraan dan keharmonian kita semua. Rakyat perlu berterima kasih kepada pimpinan UMNO. Tanpa mereka kita tidak akan dapat mengecapi kenikmatan yang kita kecapi sehingga kini dan selama-lamanya. Syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan parti.

GALAS

OLEH MT

Peluang UMNO (BN) untuk merampas DUN Galas daripada Pas begitu yakin sekali ini disebabkan pengundi-pengundi di Galas telah sedar bahawa mereka telah ditipu oleh PAS dengan seribu janji tetapi yang jelas PAS tidak mampu melaksanakan janji-janji yang telah dibuat dalam Pilihanraya 2008.

Sebaliknya apa yang berlaku mereka merampas tanah yang diterokai oleh penduduk sejak begitu lama dan diberi kepada satu syarikat swasta untuk dimajukan. Hasilnya dibahagikan kepada syarikat Kerajaan Negeri dan sebahagian kecil diberikan kepada tuan tanah. Tanah-tanah yang dirampas kebanyakannya milik orang Melayu.

Selain itu peluang calon UMNO (BN) menang di Galas jelas terbayang disebabkan sokongan bekas-bekas pesara tentera, polis telah berikrar untuk menyokong BN disamping kaum Cina, India dan orang-orang asli di Galas.

Saya menyeru para pengundi kembali menyokong kerajaan demi kesejahteraan, keharmonian dan keselamatan Negara. Pembangkang (PAS) tidak mampu melaksanakan impian rakyat Galas, ingatlah............

SYABAS KEPADA PRESIDEN PARTI UMNO

OLEH MM
Perhimpunan Agung UMNO ke-64 (2010) 19 - 23 Oktober di PWTC Kuala Lumpur, seperti biasa telah menarik minat semua pemerhati-pemerhati politik dari dalam dan luar negeri. Pemerhati politik luar negeri dan juga warga diplomatik di Kuala Lumpur sentiasa tertunggu-tunggu perhimpunan seperti ini. Kepada mereka, ini adalah satu-satunya perhimpunan yang mempunyai ciri-ciri demokratik dan keterbukaan yang mudah diterima pakai oleh kaum berbilang bangsa. Perhimpunan ini juga menjadi tarikan mereka kerana peserta-peserta mempunyai ruang untuk berhujah dan berdepan dengan pimpinan utama parti.

Pemerhati berpendapat bahawa perhimpunan kali ini penting dan mempunyai mesej kepada semua ahli UMNO bahawa Barisan Nasional berazam untuk terus memimpin negara ini. Peserta-peserta akan didedahkan kepada pendekatan-pendekatan baru politik untuk dihayati dan diamalkan sebelum PRU-13.

Semangat perbincangan akan juga tertumpu kepada kedudukan raja Melayu dan juga orang Melayu itu sendiri. Presiden parti akan memberi jaminan bahawa UMNO tetap menjadi tunggak dalam memimpin negara ini berteraskan 1 Malaysia iaitu "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Wira mengucapkan syabas kepada presiden parti yang telah pun memaparkan gagasan transformasi UMNO supaya menjadi satu parti yang benar-benar bersifat inklusif, terbuka dan demokratik. UMNO akan menjadi satu parti yang dinamik dan sentiasa segar supaya ia dapat berkekalan memimpin orang-orang Melayu dalam abad-abad yang mendatang.

DR. HOO KE PING MENGGUNAKAN ANALOGI SRI LANKA

OLEH MM
Pensyarah universiti tempatan Dr. Hoo Ke Ping dalam hujahnya di RTM 1 diberita malam tadi, 19 Oktober telah dapat memberi satu analisa yang membuka mata. Beliau yakin bahawa hanya Barisan Nasional bertunggakkan UMNO boleh menjamin perpaduan dan kemajuan rakyat semua lapisan dan bangsa di Malaysia. Perpecahan tidak akan menjadi Malaysia maju, malahan memporakperndakan lagi lanskap politik semasa.

Beliau menjelaskan bahawa dibawah pemerintahan Barisan Nasional sejak 1957 telah membawa Malaysia ke satu tahap kemajuan dari semua segi yang dianggap luarbiasa. Kedudukan Bumiputera khasnya dari segi sosial dan ekonomi telah melonjak dengan positifnya dalam masa 50 tahun sejak merdeka. Kini kedudukan Bumiputera dari segi ekonomi telah mencapai tahap yang memberangsangkan.

Dr. Hoo mengatakan bahawa sekiranya UMNO tidak memerintah, besar kemungkinan wujudnya senario Sri Lanka di Malaysia. Satu ketika dahulu Sri Lanka telah menghadapi isu keselamatan dan keamanan yang runcing apabila berlakunya perpecahan etnik dan membawa kepada situasi peperangan diantara Tamil Tigers dan tentera kerajaan selama beberapa tahun. Kini Tamil Tigers yang dianggap tidak wujud selepas dilumpuhkan secara total oleh kerajaan sekarang.

Pandangan Dr. Hoo adalah jelas dan ini perlu diambil iktibar oleh semua rakyat. Hanya Barisan Nasional sahaja yang boleh menerajui negara ini disamping memacu program ekonomi untuk kepentingan semua rakyat pada masa akan datang.

Tuesday, October 19, 2010

Blogger Perlu Bertanggungjawab

Daripada MM
Kami telah membaca satu surat dari Abdul Haq kepada Utusan Malaysia 16 Oktober mengenai blogger yang kurang beretika dalam menyampaikan maklumat.
Pihak blogger harus menyedari had-had mereka dalam menulis termasuklah mengenai personaliti tertentu. Kalau betul blogger ini bertanggungjawab, adalah wajar beliau menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu untuk menjatuhkan imej sasarannya
Dalam hubungan ini, saya tidak bersetuju dengan pandangan blogger yang cuba memperkecilkan menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkaitann dengan pemberian kontrak bernilai 1 bilion ringgit. Tindakan beliau membuat tuduhan yang tidak tepat ini adalah satu fitnah yang mempunyai 1 motif yang tidak baik.
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim telah member khidmat kepada negara dan bangsa sebagai seorang ahli politik selama 40 tahun. Beliau mempunyai visi dan misi sebagai ahli politik di peringkat negeri dan juga nasional disamping membawa banyak perubahan dan anjakan dalam lanskap politik dan ekonomi negara. Beliau telah berkhidmat di bawah beberapa perdana menteri sehingga dewasa ini. Sebagai menteri di Kementerian Penerangan, beliau tanpa penat lelah memberi khidmat 100% dalam pembangunan negara dari segi memperjelaskan kejayaan-kejayaan Malaysia di bawah Barisan Nasional yang telah mencapai tahap negara maju serta mendapat pengiktirafan dunia.
Kami merasakan bahawa niat blogger berkaitan terperangkap dalam dunia blogging sehingga boleh melakukan sesuatu yang dianggap tidak waras. Saya berharap bahawa blogger ini hentikan kerja-kerja membuat blog yang mencemarkan integriti Datuk Seri.

Tuesday, September 21, 2010

Penjawat Awam Perlu Lebih Integriti

Terkejut dan sedih Tulip melihat pendedahan berhubung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa Pegawai Imigresen di dada akhbar. Menerima habuan RM60,000 sebulan. Jumlah yang begitu besar. Bayangkan, pegawai tersebut dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram. Tidak hairanlah jumlah pendatang asing semakin bertambah sehinggakan rakyat kita sendiri merasa tidak selamat berada di negara sendiri.

Keadaan ini begitu membimbangkan. Aku Janji yang dilafazkan oleh pegawai pada Ketua Jabatan, untuk menjadi penjawat awam yang berintegriti hilang entah ke mana. Yang penting, kehendak untuk mencari kekayaan diri mendahului daripada kepentingan negara. Mereka sanggup menggadai maruah negara dan meletakkan keselamatan negara dalam keadaan yang terancam.

Pada pandangan Tulip, Kerajaan perlu mengenakan hukuman yang lebih sesuai bukan sekadar menukar pegawai yang terlibat ke cawangan lain supaya ia menjadi pengajaran dan teladan kepada penjawat awam lain. Tanggungjawab yang diberikan jangan dianggap enteng kerana ia melibatkan kedaulatan negara. Tidakkah mereka sedar isu ini menyebabkan ‘trust in government’ di kalangan rakyat akan menurun. Sebagai penjawat awam, hindarilah diri kita daripada menjadi liabiliti kepada Kerajaan. Sedarilah, sebagai penjawat awam kita membawa nama Kerajaan. Seharusnya penjawat awam perlu berfikir dahulu, sebelum bertindak. Biarlah kita hidup senang dengan rezeki yang halal. Renung-renungkanlah.
Oleh: Tulip Desa

Thursday, September 2, 2010

IRAQ WITHOUT U.S TROOPS - OBAMA KEPT HIS PLEDGE

BY: MM
Obama kept to his promise that u.s troops would be withdrawn once the current government is able to handle the nation's security. The phasing out has begun and thousands of US troops had left Iraq to embarkation points in Kuwait. US seven-year combat deployment in Iraq is officially ended which has cost the lives of more than 4400 troops.

Vice-president, Joe Biden, said that 50,000 American troops will remain in Iraq until a totaled withdrawal at the end of 2011.

Biden added that US would have a new training mission called "Operation New Dawn" to continue US engagement with Iraq. The remaining contigent will conduct new training and counter-terrorism missions.

Wira hoped that Iraq would have the capacity and capabality to function as a sovereign state especially after the last US troop leaves in 2011. The challenges from within Iraq are real, particularly with the traditional tension and power struggle between the Shia and Sunni sects. With the availability of weapons of all sorts in the state and inspiration coming from neighboring country, bloody violences are not easily contained. The situation if not well managed, it could cause instability and insecurity in Iraq

President Obama has other important foreign policy priorities to deal with. His eyes are focused towards Afghanistan which US perceived as the exporter of terroism for as long as Osama bin Laden is alive.

Wednesday, September 1, 2010

DAP PENANG TEACHES IMAM TO BE ARROGANT

BY: MM

DAP, Penang, continues to exploit the sensitivity of Muslims in the state. This time it skillfully delved on abusing the sermon (khutbah) on 20 August 2010. The Penang government unnecessarily invited anger among Muslims.



On that day the Imam (Khatib), recited the sermon emitting the king's name and replacing it by the name of the Penang Chief Minister (MP/ADUN).


This phenomena appeared elementary to non-Muslims but it was not for all Muslims at large. Some personalities especially from PAS casually gave a card blanche to this as if the Imam could mention whoever he chose, including the chief minister, in his sermon. An opposition newsletter further considered such a sermon as a call for the PR to buck up.

These are all wrong and misleading views coming from opposition leaders who interpreted things according to their whims and fancies.

The Imam had realized that he had done wrong but short of repenting or apologizing. Imam portrayed his arrogance and stubborness which were not examplary to the Muslims in the country. Didn't he realize that he was preaching wrongness and bad influeces to the younger generation?

Wake up Imam, and repent. so that you would be a better Muslim preacher or you will face the wrath of the Providence.

MB SELANGOR LOSING GRIP

BY MM
DAP continues to be an ignoromus an Islamic-based matters. This was vivid as in the case of MP Serdang (DAP) who unashamedly violated the rules of surau Al-Huda, Kajang. She displayed disrespect when entering the surau without proper attire.

This MP should realize that there is a limit to everything. The keyword here is respect and this apparently, is lacking in her. If this is not checked, she may have the tendency to repeat this act in other suraus, especially, if the surau committee continues to be laxed.

The Selangor MB (PKR) seemed at loss on this matter affecting his own colleugue in the state. It was unbelievable that the MB did not show the slightest concern or interest affecting the Muslims. Why was he behaving awkwardly? Was it because he lost control or perhaps, lacking in leadership. It is indeed, a sad phenomena, which should be addressed by MB in a serious manner.

Observers felt that the MB has lost his grip over his comrades in Selangor. He seemed to be sliding in this performance as a State Leader.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

WIRAMALAYSIA mengucapkan kepada semua peminatnya Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Semoga Rakyat Malaysia terus menikmati kemerdekaan dan harmoni di bawah kerajaan Barisan Nasional dipimpin oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia

Namewee sengaja timbul isu perkauman, tak belajar kesilapan lalu

TERDETIK di hati saya mengenai Namewee apabila mengeluarkan kenyataan bahawa tindakannya melagukan makian, menunjukkan isyarat lucah dan menghina agama Islam adalah untuk menarik perhatian masyarakat. Atau beliau anggap orang Melayu bodoh apabila beliau menyebut video klip itu dibuat bagi mempertahankan Perlembagaan dan mengutuk sesiapa yang tidak menghormati usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membina negara 1Malaysia.

Apa akan jadi dengan konsep 1Malaysia jika semua rakyat Malaysia melagukan dan menyanyikan cacian serta makian di atas setiap fitnah dan isu yang disensasikan.

Sebelum Namewee memuatnaikkan ‘karya agung menghina Melayunya’ itu, sebagai seorang yang terpelajar dan bertanggungjawab, beliau sepatutnya menyelidik terlebih dulu kebenaran fitnah rasis yang dilemparkan kepada seorang pengetua sekolah serta isu remeh yang disensasikan kerana banyak blog yang menyiarkan cerita sebenar di sebalik fitnah yang sengaja dilemparkan untuk mengeruhkan keharmonian kaum di negara ini. Beratus-ratus pengetua termasuk bukan Islam menasihati pelajar bukan Islam supaya menghormati pelajar Islam yang berpuasa malah ada pengetua bukan Islam yang memarahi pelajar bukan Islam kerana bersubahat membeli makanan kepada pelajar Islam.
Jika benar Namewee seorang yang menentang rasisme dan cintakan kedamaian di negara ini, mengapa tidak ada lagu untuk mereka yang mempertikaikan hak istimewa Bumiputera. Mengapa tiada lagu untuk pengkhianat surau. Di mana lagu untuk mereka yang sengaja membakar jambatan perpaduan antara kaum. Di mana lagu yang menyokong sekolah wawasan atau sekolah satu sistem, dan mengapa tidak dilagukan cacian terhadap pendemontrasi yang menggugat keamanan negara. Sedangkan untuk orang Melayu atau membabitkan Melayu, sentiasa ada lagu istimewa yang menusuk hingga ke jantung.
Walaupun beliau sudah menarik balik klip video itu, namun ia tidak dapat menghapuskan sakit hati orang Melayu dengan begitu mudah seperti dengan mudahnya beliau akan membuat satu lagi permohonan maaf. Bukan semua umat Islam mudah memaafkan Namewee atas penghinaan yang beliau lakukan dalam klip video Negarakuku. Hanya orang Melayu yang dungu tidak terguris apabila menonton klip video itu. Hati orang Melayu hanya akan terubat sekiranya Namewee dinyahkan dari negara ini.
NORHISYAM MOHAMAD
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah.
Sumber: Berita Harian (1 Sept. 2010)

Rukun Negara teras perpaduan Malaysia

KETIKA semua rakyat Malaysia pelbagai kaum sekali lagi merayakan Hari Kemerdekaan ke-53, izinkan saya menekankan sekali lagi asas yang sudah menyatukan kita bersama iaitu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Rukun Negara diasaskan pada 1970 bertujuan mewujudkan satu persefahaman yang minimum terhadap aspirasi nasional di kalangan pelbagai komuniti di Malaysia tanpa mengira kaum atau daerah masing-masing.

Selain daripada mencapai tahap perpaduan yang lebih tinggi, mengekalkan demokrasi sebagai cara hidup, mewujudkan masyarakat yang adil, satu pendekatan yang liberal terhadap budaya dan tradisi serta membangunkan masyarakat yang progresif, berorientasikan sains dan teknologi moden.

Rukun Negara juga bertujuan dijadikan panduan negara berasaskan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-undang; serta Kesopanan dan Kesusilaan.
Rukun Negara yang membolehkan Malaysia menyatupadukan rakyatnya berbilang kaum dan agama serta menjadi prinsip asas kepada kenegaraan perlu disemaikan di sanubari generasi muda kita yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Ia adalah panduan kita untuk membangun negara dan perlu dihormati serta dihayati semua pihak.
Ia juga wawasan yang dikongsi untuk perpaduan negara. Prinsipnya perlu didukung dan dipraktikkan kerana kita tidak boleh leka dengan kestabilan, keamanan dan keharmonian dicapai setakat ini. Sebenarnya ramai yang mengambil mudah soal perpaduan. Ini adalah satu perkembangan yang tidak sihat kerana dalam sesebuah masyarakat majmuk, negara pelbagai kaum, agama dan budaya seperti Malaysia, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memelihara dan mengukuhkan perpaduan.
Perpaduan adalah satu hadiah yang tidak ternilai dan simbol kemanusiaan kita. Ia adalah asas kita membina hubungan, keluarga, masyarakat dan negara. Ia adalah ikatan yang mengukuhkan kenegaraan kita. Perpaduan perlu bermula dari setiap individu. Jika ada perpaduan dalam pemikiran emosi dan perbuatan seseorang, ia akan diluahkan di dalam perilaku terhadap orang lain. Marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia memperkukuhkan perpaduan. Kita mesti memulakan bersuara dengan satu suara yang merangkumi semua rakyat Malaysia pelbagai kaum. Kita semua menyumbang ke arah kestabilan dan kemakmuran ekonomi negara ini.
Marilah kita sama-sama mengukuhkan komitmen untuk meningkatkan budaya keamanan, keharmonian dan perpaduan. Marilah kita memelihara dan melindungi apa yang sudah kita capai setakat ini dengan semangat persefahaman dan tolak ansur. Janganlah kita membenarkan perkauman melampau dan fahaman ekstrem dalam bentuk apa pun, memecah-belahkan negara yang kita cintai kerana ini adalah tempat kita dilahirkan, tempat kita tinggal dan bekerja dan akhirnya tempat kita akan disemadikan.
TAN SRI LEE LAM THYE, Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia.
Sumber: Berita Harian (1 Sept. 2010)

Masa terbaik untuk PAS bermuhasabah

Perisytiharan DAP tolak hudud, negara Islam bukti kerjasama selama ini tak sekata



RAMADAN adalah bulan di mana syaitan dirantai dan pintu neraka ditutup. Bulan ini membawa keberkatan buat umat Islam yang mana pintu keampunan dibuka oleh Allah seluas-luasnya untuk bertaubat. Ramadan juga adalah masa terbaik untuk bermuhasabah.

Barangkali, Ramadan kali ini juga adalah kesempatan terbaik untuk pemimpin PAS mengkaji dan menilai kembali kerjasama yang dijalin mereka dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang. Ini kerana, dalam bulan mulia ini juga ketika umat Islam menjalani ibadat puasa, DAP sekali lagi mengulangi pendirian menolak pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam PAS.

Kali ini, penolakan terhadap pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan disuarakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Ini bermakna Pengerusi DAP, Karpal Singh, tidak berseorangan dalam isu berkenaan. Ini juga bermakna, Karpal mendapat sokongan Kit Siang dan DAP keseluruhan.


Apa pendirian PAS dalam isu ini. Apakah mereka yakin mampu untuk ‘mengIslamkan’ dua pemimpin DAP yang secara terbuka menolak hasrat PAS untuk membentuk kerajaan Islam serta melaksanakan hukum hudud. Sebenarnya, bukan kali ini PAS dimalukan oleh rakan sekutunya dalam isu sebegitu. Sebelum ini, pada konvensyen pertama pakatan pembangkang di Shah Alam, Karpal secara terbuka menolak kepemimpinan PAS dan mengiktiraf kepemimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Di mana maruah dan suara pemimpin PAS yang selama ini melaungkan kepemimpinan ulama dan berpaksikan agama Islam. Apakah PAS boleh menerima rakan pakatannya menolak hukuman Islam dan juga negara Islam diperjuangkan parti itu selama ini. Mungkin ada betulnya juga kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), bahawa usaha untuk membolehkan pemimpin DAP itu mengenali Islam dengan lebih mendalam, tidak akan berjaya.


“Hari ini kita jual diri kita kepada sesiapa saja demi kepentingan tertentu. Ada pemimpin Islam sanggup mengadakan perbincangan dan bekerjasama dengan bukan Islam ataupun pihak yang menolak Islam, tetapi tidak pula mahu mengadakan sebarang perbincangan dengan orang Islam. “Mereka sanggup berbincang dengan orang yang menolak Islam kononnya untuk mendekatkan (pemimpin bukan Islam) dengan Islam, supaya mereka memahaminya. Usahlah khayal untuk mengubah mereka supaya percaya kepada Islam, jika sebelum ini ada di kalangan mereka berkata langkah mayat aku dulu jika mahu menubuhkan negara Islam,” katanya.


Malah bagi Dr Mahathir, pemimpin yang mendakwa mereka mendokong perjuangan Islam sebenarnya sebelum ini pernah menyatakan adalah haram jika orang Islam bekerjasama ataupun berkawan dengan bukan Islam. Tetapi kini ia ibarat meludah ke langit, akhirnya air liur itu jatuh ke muka sendiri, apabila pemimpin Islam itu sedia bekerjasama dengan bukan Islam demi kepentingan politik dan sanggup memusuhi sesama Islam.


Jika sebelum ini, apabila Karpal menyuarakan tentangan terhadap penubuhan negara Islam, pemimpin PAS berkata itu adalah pandangan peribadi pemimpin DAP itu dan bukan suara daripada parti. Tetapi kini, Kit Siang juga menyuarakan perkara sama. Justeru, apa pendirian pemimpin PAS. Apakah mereka masih mahu mempertahankan pemimpin DAP? Disebabkan suara Kit Siang menyokong Karpal, maka hari ini kedengaran pula suara segelintir pemimpin PAS mahu isu itu tidak lagi diperdebatkan.


Ada yang meminta pucuk pimpinan PAS supaya memahami bahawa hukum hudud hanya boleh dilaksanakan jika mendapat mandat orang ramai. Ini bermakna, sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, hukum hudud diperjuangkan PAS sebelum ini belum tentu dapat dilaksanakan dan negara Islam dicanang PAS sebelum ini juga mungkin hanya tinggal angan-angan. Oleh itu inilah masa yang terbaik untuk PAS menilai kembali perjuangannya dalam pakatan pembangkang, adakah ia mampu merealisasikan apa diimpikan sebelum ini ataupun dasar perjuangan sebelum ini perlu dikorban. Apakah perjuangan Islam yang dibawa parti itu akan terkubur.


Hari ini Islam masih berkuasa di negara ini, namun, cadangan untuk melaksanakan hukum hudud sudah ditolak DAP dan negara Islam ditentang. Bagaimana agaknya jika Islam tidak lagi berkuasa di Malaysia, apakah suara umat Islam akan didengari dan perjuangan PAS akan diterima.


Sudah tiba masanya juga untuk PAS memikirkan semula sedalam-dalamnya cadangan untuk melihat parti itu dan UMNO duduk semeja bagi membincangkan kepentingan tertentu yang semestinya membawa keuntungan kepada umat Islam dan orang Melayu di negara ini daripada memikirkan kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang yang sememangnya tidak memberi keuntungan kepada PAS.


Sumber: Berita Harian (1 Sept. 2010)


***********************************************************

ATH:
Saya masih ingat kata-kata Allahyarham Dato’ Asri Haji Muda, mantan Presiden PAS suatu ketika dahulu. Allahyarham menasihatkan orang-orang Melayu supaya sentiasa berwaspada dengan musuh-musuh umat Islam di Malaysia ini.

Allahyarham Dato’ Asri secara kiasan pernah berkata, jika hendak menebang sebatang pokok kita memerlukan mata kapak. Kapak itu pula perlu ada hulu atau tangkai kayu untuk dimasukkan ke dalam mata kapak dan jika dihayun ke batang pokok, barulah pokok tersebut dapat ditebang dan tumbang.

Sepohon kayu rendang yang memberi teduh kepada manusia tidak mungkin dapat ditumbangkan dengan hanya menggunakan sebilah mata kapak berhulukan tangan. Sebaliknya pokok akan tumbang jika mata kapak berhulukan kayu. Pokok kayu itu tumbang disebabkan oleh kayu juga.

Di sini dapat diibaratkan bahawa jika hendak tumbangkan orang Melayu maka hendaklah menerusi orang Melayu juga. Dalam hal ini orang yang menjadi mata kapak adalah PAS dan DAP pula berperanan sebagai hulu kapak serta penebang pokok kayu tersebut.

DAP bijak memanipulasikan hubungannya dengan PAS. Jalinan kerjasama yang diterap hanya semata-mata untuk menumbangkan Kerajaan sedia ada pada hari ini, iaitu sebuah Kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu.

Inilah yang perlu kita renung dan muhasabah diri…



KHATIB YANG TIDAK JAHIL?

Oleh: ATH

Zakaria Ahmad, khatib yang membaca doa khutbah solat Jumaat dengan menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melenting apabila dikatakan jahil kerana menggugurkan nama SPB Yang Di-Pertuan Agong tetapi sebaliknya berdoa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Zakaria menegaskan beliau tidak jahil tetapi mengaku hanya cara dan tempat beliau berdoa itu adalah silap dengan erti kata lain pendekatannya tidak betul. Tidakkah ini merupakan sifat orang yang jahil? Buat silap itu bermakna kita jahil. Jahil ertinya bodoh dan tidak mengetahui. Contoh lain ialah cara memakai kasut. Kalau kita meletakkan kasut di atas kepala dan bukan memakainya di kaki, bukankah itu namanya jahil? Jika masih tidak mengaku perbuatan itu adalah kerana jahil, apa lagi ayat yang sesuai untuk dikaitkan dengan perbuatan tersebut?

Dikatakan bahawa saudara Zakaria ini merupakan lulusan salah sebuah universiti Islam yang terkemuka dari luar negara dalam bidang pengajian Islam. Beliau bukan calang-calang orang kerana berpengetahuan dan mendalami bidang agama Islam. Namun mengapa pula dia boleh silap pendekatan cara dan adab berdoa sebagai seorang muslim?

Namun begitu saya berpandangan bahawa beliau bersikap sedemikian kerana banyak sebab-musababnya.
1) Sifat fanatik kepada sesuatu puak ataupun seseorang. Dalam hal ini kita melihat betapa fanatiknya beliau terhadap parti khususnya PAS dan DAP di Pulau Pinang.
2) Dia jahil tetapi tidak mengaku jahil kerana ego. Orang seperti ini sebenarnya, “pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar”.

Fikirkanlah sama ada beliau ini seorang lulusan atau lepasan…

Monday, August 30, 2010

DAP TIDAK FAHAM BUDAYA ISLAM

OLEH: Pemikir
Sejak kebelakangan ini, politik di Selangor telah membingungkan rakyat apabila seorang ahli politik bukan Islam memberi tazkirah di ruang solat surau Al-Huda Kajang, Selangor. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah memang benar hukum Islam membenarkan bukan Islam memasuki masjid atau surau, tetapi didalam kes ini ia ada unsur politik dan peraturan jelas sudah dikeluarkan mengenainya. Perintah DYMM Sultan Selangor melarang aktiviti unsur politik di tempat beribadat umat Islam demi kepentingan Ummah.

Yang menjadi isu disini adalah tindakan Ahli Parlimen Serdang (DAP) didapati membuat sesuatu tindakan yang dianggap tidak menghormati titah DYMM. Jelas bahawa niat MP tersebut mempunyai tujuan politik. Ini bertentangan dengan perinsip-perinsip pengwujudan masjid termasuklah untuk beribadat dan mendalami ilmu agama Islam.

Disini menunjukkan bahawa DAP keseluruhannya, dan MP tersebut khasnya, tidak faham budaya Islam. Pelancong-pelancong yang melawat masjid-masjid terutamanya Masjid Negara, pun lebih arif tentang budaya masjid. Masjid telah menyediakan pakaian lengkap untuk pelancong-pelancong wanita bukan Islam sebelum memasuki masjid. Kita tidak pernah mendengar apa-apa masalah di Masjid Negara. Tetapi di surau Al-Huda telah berlaku sesuatu yang tidak elok dilihat dan dibaca.

Kepada Ahli-ahli DAP yang bukan Islam, hendaklah faham tentang adab-adab memasuki surau atau masjid. Perbuatan yang samada sengaja atau tidak boleh mencemar Islam, perlu dielakkan. Kenyataan-kenyataan dari PAS yang mempertahankan tindakan biadap Ahli Parlimen berkenaan mempunyai motif politik.

Pihak DAP perlu sensitif dan jangan cuba bermain api berkaitan dengan agama Islam khususnya kerana ia boleh membawa kesan sampingan yang negatif. Bersyukurlah kita bahawa Malaysia mempunyai sikap toleransi yang tinggi tetapi ini janganlah diambil kesempatan oleh DAP.

DAP seharusnya melihat di negara-negara lain seperti di India, Pakistan dan juga di negara-negara barat. Orang-orang Islam, terutamanya di India, mudah bertindak ganas apabila berlaku pencemaran oleh pihak2 tertentu terhadap masjid-masjid.

MALAYSIA BIJAK MENANGANI ISU BENDERA (JAKARTA)

OLEH: Pemikir MM
Tindakan BENDERA di Jakarta melakukan demonstrasi baru-baru ini di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, adalah sesuatu yang bertentangan dengan perinsip perhubungan berbaik-baik Malaysia-Indonesia. Dari sumber media, BENDERA berlaku samseng dengan perbuatan-perbuatan keji terhadap kompleks kedutaan Malaysia. Mereka ini kelihatan bertindak berasaskan emosi dan persepsi negatif, jika tidak dikawal, boleh mencalar hubungan akrab Jakarta-Kuala Lumpur.

Pada awalnya, pihak media Jakarta pun cuba menangguk di air yang keruh dengan mensensasikan tindakan BENDERA, yang pernah pada satu masa dulu melakukan demonstrasi yang serupa di hadapan kedutaan Malaysia berkaitan dengan isu Tarian Pendet. Pihak TV Indosia pun sama juga memaparkan berita-berita tidak enak ditontoni oleh penonton-penonton Malaysia yang berada di Indonesia sebagai pelajar, ahli perniagaan, dan juga pelancong.

Reaksi daripada pemimpin-pemimpin utama Malaysia agak lebih rasional dan berfakta. Malaysia menganggap bahawa perbuatan liar BENDERA adalah dicetuskan oleh mereka sendiri tanpa kaitan dengan pemerintahan Indonesia. Malaysia selanjutnya meminta Jakarta mengambil tindakan terhadap perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh ahli BENDERA. Pendirian Malaysia dalam hal ini adalah didapati tidak konfrontatif. Ini menggambarkan betapa sabar dan warasnya pemimpin Malaysia yang tidak mahu terperangkap dalam kemelut kecil ini.

Indonesia sebagai negara Islam, sepatutnya memaparkan contoh terbaik kepada dunia dalam bulan Ramadhan ini. Anggota BENDERA seolah-olah tidak mengerti dengan semangat Ramadhan dimana penumpuan sepatutnya dibuat untuk mempertingkatkan kerja-kerja beribadah kepada Allah S.W.T.

Wira mendesak BENDERA supaya hentikan kegiatan-kegiatan yang tidak bermanfaat dan pusatkan segala energi untuk membantu mereka yang sangat memerlukan di bulan Ramadhan ini. Wira mengalu-mengalukan inisiatif Wisma Putra dan DEPLU (Indonesia) berusaha mententeramkan keadaan.

Friday, August 27, 2010

DAP bertazkirah di rumah Allah


Teoh Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah memberi tazkirah di Surau Al Huda, Kajang, Selangor pada jam 9.33 mlm, 22 Ogos 2010.
Apa komen umat Islam terutamanya penyokong fanatik Pakatan Rakyat berhubung isu ini?

Sumber gambar: Utusan Malaysia (27 Ogos 2010)

Wednesday, August 25, 2010

Sanggupkah DAP, PKR, Pas isytihar pertahankan Perlembagaan?

MOHD. AZIM SYAFI
Sungai Buloh, Selangor

BANYAK seruan dibangkitkan supaya orang Melayu bersatu untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan adalah sesuatu yang sangat luhur dan tidak sepatutnya dibiarkan diganggu-gugat oleh orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi.

Perlembagaan adalah panduan hidup bermasyarakat dalam negara majmuk ini. Khabarnya, perancangan untuk mengubah Perlembagaan itu sudah dimulakan selepas pembangkang berjaya mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Mereka sudah berangan-angan bahawa langkah untuk menawan Putrajaya semakin hampir dan selepas cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) untuk membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) gagal, maka perkara ini mula dirancang.

Kebetulan, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan gagasan 1Malaysia untuk mencapai perpaduan kaum pula diperalatkan sebagai saluran mendesak kesamarataan.

Jadi, kita kena berhati-hati. Sejak tahun 2008, kedudukan berkaitan dengan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu, hak keistimewaan Melayu, kontrak sosial dan kepentingan institusi-institusi awam yang terlindung di bawah Perlembagaan negara selalu diperlekehkan dan dihina.

Saya sedih, keharmonian dan perpaduan Barisan Nasional ketika era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad kini semakin hilang.

Baru-baru ini, Mufti Perak, Harussani Zakaria mendedahkan tentang ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan.
Saya bimbang, jika kerajaan tidak bertindak menggunakan kuasa yang ada padanya, kestabilan negara akan rosak dan punah.

Saya percaya usaha untuk menulis perlembagaan baru ini digerakkan oleh parti politik tertentu. Motifnya untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara republik.
Tetapi, walau apa pun usaha untuk menulis semula kandungan Perlembagaan, ia digerakkan dengan memburuk-burukkan institusi raja-raja kerana tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja semua pindaan tidak akan diluluskan. Sebab itu ada cubaan supaya orang Melayu sendiri membenci dan merobohkan institusi Raja-raja supaya senang mereka merungkai asas kenegaraan, bagi mengikut acuan gagasan parti tertentu.

Saya berasa hairan sikap mereka yang mengaku warga Malaysia yang mahu mencabul Perlembagaan negara.
Banyak pemimpin kaum minoriti di luar negara amat menjunjung perlembagaan. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama misalnya, sejak di awal penglibatan dalam politik berikrar mempertahankan perlembagaan dan tidak pernah tergelincir daripada asas tersebut. Di negara-negara lain juga senarionya begitu.

Maknanya, apa sekalipun aliran dan perbezaan ideologi di kalangan parti politik, perlembagaan sesebuah negara perlu dipertahankan oleh semua pihak tanpa mengira agama mahupun etnik.
Saya bersetuju dengan pandangan Awang Selamat di bawah tajuk Perlembagaan digugat? dalam Bisik-Bisik Mingguan, Ahad lalu yang mencabar para pemimpin pembangkang tampil menyatakan pendirian dan sekaligus berikrar untuk sama-sama mempertahankan dan menjunjung sepenuhnya Perlembagaan negara.

Sehingga kini saya belum membaca kenyataan daripada pemimpin parti pembangkang tentang usaha mempertahankan Perlembagaan.

Saya teringin mendengar kenyataan mengenai kesanggupan dan ikrar pemimpin DAP, PKR dan Pas untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Jika mereka enggan atau berdolak-dalih, jelaslah mereka mempunyai agenda yang sedang kita perkatakan ini.
-Utusan Malaysia, 25 Ogos 2010-

Siapa dalang?

Daripada BORHAN ABU SAMAH borhan.samah@utusan.com.my
Wisma Putra digesa mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menyiasat dalang di belakang tindakan segelintir warga Indonesia yang terlibat dalam demonstrasi menghina Malaysia.

Dalam pada itu, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang berdemonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kelmarin, turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta rakyatnya bertenang dan mengingatkan supaya hubungan baik Malaysia-Indonesia dijaga.

Rata-rata rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia mencemuh perbuatan Bendera yang memijak Jalur Gemilang dan melempar najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia.

JAKARTA 24 Ogos – Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang mengadakan demonstrasi dan melontar najis ke dalam Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam, dipercayai didalangi oleh pihak ketiga.

Kumpulan itu turut mengugut akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia dengan mengadakan sekatan jalan raya di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat.
Ugutan itu dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kenyataan media di Internet.
Bendera turut mengecam kepimpinan Susilo yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia dan lambat menangani isu penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu.

Tahun lalu, beberapa orang aktivis Bendera ditangkap kerana melakukan operasi pengusiran rakyat Malaysia di hadapan ibu pejabat mereka di Jalan Deponegoro, Jakarta Pusat dengan menggunakan senjata buluh runcing.

Bagaimanapun, polis membebaskan mereka dengan alasan tidak ada senjata buluh runcing digunakan semasa tindakan Sweeping Malaysia itu.
Pada sidang Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia hari ini, seorang anggota pembangkang dari parti Golkar, Tantowi Yahya meminta pemerintah Indonesia mengambil tindakan keras terhadap Malaysia.

Tantowi turut menyelar pemerintah Indonesia kerana merendah-rendahkan martabat negara itu apabila melakukan pertukaran pembebasan tujuh nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dengan tiga anggota penguat kuasa terbabit.

Dalam pada itu, jurucakap Polis Metro Jaya, Asisten Komisioner Daniel Bolly Tafaona berkata, empat aktivis Bendera yang ditahan dalam demonstrasi melontar najis semalam dibebaskan malam tadi kerana didapati tidak melanggar sebarang undang-undang.
“Kerana sasaran yang akan mereka lempar tidak sempat dilemparkan, kita bebaskan mereka,” jelasnya di sini hari ini.

Bagaimanapun difahamkan salah satu daripada lima bungkus najis yang dilempar telah masuk ke dalam premis kedutaan. – utusan.

Tindakan pijak Jalur Gemilang cemari Ramadan – Rais

IPOH 24 Ogos – Tindakan memijak bendera Jalur Gemilang dalam satu tunjuk perasaan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia disifatkan sebagai mencemar kesucian Ramadan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan tersebut amat menyedihkan terutama ketika rakyat Islam di kedua-dua negara sedang menjalani ibadah puasa.

“Memijak bendera negara jiran yang berbudi zaman-berzaman tentunya bukanlah perbuatan yang mencerminkan Islam sekali gus mencemar kesucian Ramadan.
“Namun begitu, rakyat di Malaysia seharusnya bertenang dan tidak bertindak di luar batasan rasional ekoran insiden tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tunjuk perasaan yang disertai anggota Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang membawa sepanduk mengecam Malaysia di Kedutaan Malaysia di Jakarta semalam.

Ia ekoran penangkapan anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang didakwa menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.
Bagaimanapun, suasana menjadi kecoh apabila Kedutaan Malaysia di Jakarta dilempar dengan sebungkus najis manusia selain bendera Jalur Gemilang dipijak oleh beberapa penunjuk perasaan tersebut.

Dalam pada itu, Rais yang sedih dengan kejadian itu yang berlaku beberapa hari sebelum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara berharap, kerajaan Indonesia akan bertindak tegas terhadap penunjuk perasaan yang didapati bersalah.
“Semoga pihak penguat kuasa di Jakarta tidak tunduk pada keadaan yang menyedihkan itu,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia (25 Ogos 2010)

Tuesday, August 24, 2010

Pornthip gagal pertahan teori 80% dibunuh

TUMPUAN terhadap inkues menjadi semakin panas bila mana pakar patologi Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand memberikan keterangan beliau berhubung hasil post mortem kedua yang dibuat ke atas mendiang Teoh Beng Hock.

Seperti yang telah dijangkakan, kenyataan dan hasil penemuan yang dikemukakan akan bersifat kontroversi dan sama sekali bertentangan dengan hasil penemuan empat lagi patologi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan iaitu Dr. Khairul Azman, Dr. Prashant Naresh Samberkar, Dr. Shahidan Md. Noor dan pakar forensik Britain, Dr. Peter Vanesis.

Berdasarkan penemuan kajian pertamanya, Dr. Pornthip telah pun mengeluarkan teori yang amat kontroversi serta mencetuskan keresahan di kalangan rakyat iaitu kematian Beng Hock - 80 peratus dibunuh, 20 peratus bunuh diri. Apa yang peliknya, dengan hanya meneliti gambar-gambar sahaja beliau boleh membuat keputusan bahawa kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh.

Kenyataan atau teori ini bercanggah atau bertentangan sama sekali dengan hasil penemuan yang dibuat oleh tiga pakar patologi tempatan dan seorang pakar patologi Britain. Ini membuatkan kehadiran beliau ke Malaysia amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia untuk mengetahui apakah beliau akan dapat mempertahankan teori 80-20 yang dinyatakan sebelum ini.

Kehadiran beliau di Malaysia juga turut dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga tercetus andaian bahawa keselamatan beliau akan terancam. Malaysia digambarkan sebagai sebuah negara yang huru-hara, tiada undang-undang dan tidak selamat sehingga membahayakan nyawa seorang pakar forensik yang datang untuk memberikan kenyataan. Semuanya mengarut dan sengaja diada-adakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Sebelum kita membahaskan kenyataan Pornthip dan hasil penemuan terbarunya dalam post mortem kedua (yang benar-benar berasaskan mayat mendiang Beng Hock dan bukannya gambar) maka wajar kita teliti semula apakah pandangan keempat-empat ahli patologi yang turut terlibat secara langsung dalam post mortem terhadap mayat mendiang Beng Hock.
Kesimpulan yang boleh dibuat berasaskan laporan keempat-empat ahli patologi di atas adalah seperti berikut:

* Kematian Beng Hock disebabkan kemungkinan bunuh diri;
* Tidak jelas tanda-tanda bahawa Beng Hock dibunuh sebelum dicampak dari tingkap;
* Kecederaan yang terdapat tidak menunjukkan tanda-tanda struggle;
* Beng Hock masih sedar ketika jatuh. Kecederaan patah kedua-dua tulang tangan dan kedua-dua tulang kaki juga menunjukkan yang Beng Hock masih dalam keadaan sedar dan cuba menahan impak jatuh;
* Kecederaannya konsisten dengan kejatuhan dari tempat tinggi;
* Kesan calar pada kasut Beng Hock konsisten dengan perbuatan beliau mencangkung di tingkap sebelum terjun;
* Beng Hock tidak dipengaruhi oleh dadah ataupun alkohol.

Terbaru dalam inkues yang berlangsung jelas menunjukkan bahawa Pornthip yang selama ini berkeras dengan teori 80-20 tidak dapat mempertahankan hujahnya. Kalau sebelum ini beliau berkeras menyatakan bahawa wujud tanda-tanda Beng Hock diseksa, dipukul dan dubur ditusuk dengan objek tumpul serta dibunuh sebelum dicampak keluar tingkap. Namun hari ini, pengakuannya telah berubah namun masih lagi dianggap kontroversi.

Terdapat beberapa fakta yang tidak dapat dipertahankan oleh Pornthip berasaskan laporannya sebelum ini. Antaranya:

* Beliau menukar pandangan dengan tidak lagi mengekalkan pendapat bahawa 80 peratus Beng Hock mati akibat dibunuh;
* Kecederaan Beng Hock tidak menunjukkan bahawa beliau diseksa atau dipukul sebagaimana kenyataannya sebelum ini yang mengatakan Beng Hock diseksa, dipukul;
Tiada bukti ditemui menunjukkan bahawa Beng Hock dipukul ataupun diseksa sebagaimana kenyataannya sebelum ini;
* Beliau turut menyangkal dakwaannya sebelum ini yang menunjukkan bahawa kecederaan pada dubur Beng Hock akibat tusukan benda tumpul dan mengesahkan penemuan pakar-pakar lain yang ia disebabkan kesan jatuh dari tempat tinggi.

Bagi menyelamatkan maruah dirinya, Pornthip yang boleh dibaratkan sebagai fortune teller atau ahli nujum mengeluarkan teori baru tetapi tergantung iaitu kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri. Namun bila ditanya oleh pihak pembelaan adakah ia disebabkan oleh 'dibunuh', Pornthip tidak dapat menjelaskannya.

Kalau bukan disebabkan bunuh diri, apa pula punca kematiannya? Sudah tentu dibunuh dan dicampak keluar tingkap? Bukan begitu? Namun, dalam kenyataannya beliau jelas mengatakan bahawa teori 80 peratus tidak lagi berguna, tiada langsung bukti menunjukkan Beng Hock dipukul dan diseksa atau dibunuh dan tiada tanda-tanda kecederaan pada tubuh Beng Hock yang berkaitan dengan insiden pukul atau diseksa.

Ini jelas menunjukkan bahawa Pornthip sebenarnya bukanlah seorang 'pakar' sebagaimana yang dihebahkan oleh pihak-pihak berkepentingan. Kehadirannya hanya sebagai seorang pelakon untuk menghuru-harakan hasil penemuan empat pakar forensik yang benar-benar profesional serta bertujuan untuk polemik politik dan meraih simpati sokongan masyarakat.

PEGUAM RAKYAT
Shah Alam
Sumber : Utusan Malaysia (24 Ogos 2010)

Malaysia negara Islam, sekular

TAJUK di atas tentu mengejutkan ramai orang khususnya Karpal Singh yang sering mahu menganggap Malaysia sebuah negara sekular dan bukan Islam kerana dia beranggapan bahawa negara Islam tidak disebut dalam Perlembagaan.

Malah, negara sekular juga tidak disebut di dalamnya. Jadi apa yang dia katakan itu sebenarnya adalah anggapannya sahaja. Dia pilih sekular sebab Islam tidak disebut dan tidak sebaliknya.
Sebenarnya, Malaysia adalah sebuah negara Islam dan sekular.

Tentu tidak ramai yang sedar bahawa negara sekular itu adalah satu konsep pemerintahan atau kerajaan yang telah diperkenalkan di Eropah semasa mereka mahu memisahkan corak pemerintahan di antara gereja dan politik.

Sekular di sini bererti bahawa negara-negara di Eropah itu bukan mengguna sistem Kristian atau Katholik.

Jadi, oleh sebab Malaysia tidak mengamalkan sistem seperti ini, maka ia boleh dianggap sekular.
Tetapi ini tidak bermakna ia tidak Islam. Malaysia ialah sebuah negara Islam.
Walaupun ini tidak disebut dalam Perlembagaan, tetapi inilah hakikatnya.

Ini adalah kerana Malaysia terdiri daripada sebuah kerajaan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan kumpulan sistem kerajaan sembilan negeri-negeri beraja.
Maka secara tidak langsung, Malaysia adalah sebuah negara Kesultanan dan berkerajaan Islam.
Ini diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia sendiri yang tertulis bahawa Islam adalah agama rasmi.

Walaupun negara-negara lain ada raja seperti di Thailand dan Jepun, tetapi peruntukan seperti ini tidak ada dalam Perlembagaan mereka yang memperuntukkan agama rasmi negara mereka.
Jadi, anggapan Karpal Singh tentang Malaysia bukan sebuah negara Islam dan sebuah negara sekular tidak benar.

Malaysia sebenarnya sebuah negara Islam dan juga sekular.

MANSOR PUTEH
www.mansorbinputeh.blogspot.com
Cheras, Selangor
Sumber : Utusan Malaysia (24 Ogos 2010)

Tuesday, May 18, 2010

Undi protes, 'ubah angin' perlu dikaji

Oleh: Kadir Dikoh (Berita Harian 18 Mei 2010)

BN kena segera bedah siasat punca calon SUPP tewas di Sibu

AWAL pagi semalam, Ahli Parlimen Sibu yang baru, Wong Ho Leng, ke Kuching menerusi penerbangan sejam dari Lapangan Terbang Sibu dan terus menuju ke Petrajaya untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), atas kapasitinya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek.

Ho Leng, 49, yang tangan kanannya masih berbalut kesan jatuh sebelum ini, walaupun cuma tidur sejam dua selepas keputusan diumumkan jam 11 malam kelmarin, sentiasa senyum melayan ucapan tahniah sesiapa saja yang bertembung dengannya. Calon Barisan Nasional (BN) yang tewas, Robert Lau Jr, 45, masih tersentak dengan kekalahan, sekali gus mengakhiri dominasi keluarga Lau selama lima penggal di Parlimen Sibu.

Namun, kekalahan BN melalui calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) itu, bukan saja memerlukan kajian menyeluruh, malah melihat beberapa aspek yang selama ini dipandang remeh, terutama oleh jentera BN. Ketika undi masyarakat Cina memang dijangka lebih cenderung menyokong DAP bukan saja di Sibu, malah dalam beberapa pilihan raya kecil di Semenanjung sebelum ini termasuk Hulu Selangor, apa yang mengejutkan di Sarawak kali ini ialah meningkatnya undi DAP di kubu kuat BN membabitkan lokasi Bumiputera seperti di rumah panjang kaum Iban dan perkampungan orang Melayu.

Bayangkan di beberapa saluran mengundi di kawasan kaum Iban, DAP berjaya menembusinya kerana selama ini ia dikuasai BN. Misalnya di saluran mengundi SK Sungai Rassau, BN memperoleh 229 undi dan DAP 93; SK Nanga Tutus, BN 179, DAP 79; SK Sungai Pasai BN 496, DAP 368; SK Sungai Pinang BN 249, DAP 41; Rumah Basseh, BN 300, DAP 128; SJK Boi Ing (Bawang Assan) BN 59, DAP 87. Kawasan Iban terbabit sebelum ini sukar bagi DAP atau pembangkang memperoleh lebih 50 undi. Apakah benar dakwaan bahawa SUPP yang mewakili BN, mengabai kawasan penempatan kaum Iban sehingga seorang menteri kanan kaum Iban dalam Kabinet Sarawak sendiri membuat pengakuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya itu.

Menteri itu kemudian membuat penjelasan bahawa beliau cuma meluahkan apa disuarakan masyarakat kaum Iban. Masalah seperti ketiadaan bekalan air dan elektrik, jalan raya yang tidak sempurna atau tiada langsung dan sebagainya, memang bagi sesetengah pihak agak remeh, tetapi itulah keperluan asas masyarakat luar bandar di Sarawak. Bukan sedikit pengumuman peruntukan sama ada oleh menteri Pusat atau negeri sepanjang kempen lapan hari ke kawasan kediaman kaum Iban di sepanjang Sungai Rajang itu, tetapi kemudian masyarakat Iban tertanya-tanya, mengapa tiba-tiba bantuan mencurah masuk, sedangkan mereka sudah mendiami kawasan itu berpuluh-puluh tahun, masih tiada kemudahan asas.

Jentera kempen BN perlu melihat pendekatan strategi ini, yang mungkin perlu diubah. Pokok pangkalnya ialah kerajaan perlu sentiasa menjaga kebajikan rakyat sepanjang masa. Bagi kawasan majoriti Melayu/Melanau di Kampung Hilir, Kampung Nangka, Kampung Datu, Kampung Baharu dan Kampung Jariah, sesetengah undi DAP meningkat. Di saluran mengundi SK Abang Ali dalam DUN Nangka, satu daripada tiga kerusi DUN dalam Parlimen Sibu, BN cuma memperoleh 96 undi, calon Bebas (2), tetapi DAP menang di situ dengan 207. Tidak pernah dalam sejarah kawasan orang Melayu/Melanau, DAP boleh menang dan di beberapa saluran mengundi lain di DUN Nangka, jumlah undi DAP kelihatan turut meningkat.

Sesetengah pemerhati berpendapat, ia antara lain berpunca daripada kegagalan Adun Nangka, Awang Bemee Ali Basah di kawasan terbabit dan berasa tidak puas hati pengundi terhadap beliau, diluahkan dalam bentuk undi protes kepada DAP. Ceramah tetap pakatan pembangkang di medan selera Bandong di Kampung Nangka setiap malam sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan dan buat kali pertama dalam sejarah politik Sarawak, penduduk tempatan disajikan ceramah oleh tidak kurang 30 ahli Parlimen PKR, DAP dan Pas, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng; Tian Chua serta Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Malah, gambar wajah hero Sarawak, Rosli Dhoby yang digantung sampai mati kerana membunuh Sir Duncan Stewart ketika melawat Sibu pada 1948, turut dipaparkan sebagai poster kempen dan ada majlis dianjurkan atas nama ‘Memperingati Rosli Dhoby’ hingga kuburnya di situ dikunjungi bukan saja pemimpin pembangkang, malah BN. Pembangkang mengeksploitasi isu itu dengan mendakwa bahawa Rosli Dhoby pejuang Sarawak, anak Melayu jati Sibu, tetapi nasib orang Melayu Sibu dikatakan diabai oleh pemimpin BN, terutama SUPP. Kampung Nyabor dan Kampung Dato di Sibu, yang seakan Kampung Baru di Kuala Lumpur, dikatakan bakal lenyap dengan pembangunan komersial dan separuh kampung itu, kini sudah diduduki hotel seperti Hotel Paramount dan Hotel RH – dua hotel terbesar di bandar Sibu.

Pembangkang menggunakan isu ini yang mempengaruhi minda orang Melayu/Melanau. Parlimen Sibu mempunyai 66 peratus pengundi Cina dan pada pilihan raya kecil ini, 20 peratus undi kaum Cina yang selama ini berada dalam genggaman SUPP, lari kepada DAP. Kawasan padat kaum Cina di Rejang Park yang merangkumi satu suku daripada jumlah pengundi Cina, dikuasai DAP. Semua lima saluran mengundi di situ dimenangi DAP. Antara isunya ialah masalah banjir dan bagi masyarakat Cina, SUPP gagal menangani masalah itu sebaik mungkin, di sebalik pengumuman RM1 bilion untuk projek tebatan banjir dan RM300 juta sedang dibelanjakan.

Begitu juga masalah pajakan tanah dimainkan DAP. Malah masyarakat Cina kurang senang dengan pencalonan Robert Lau Jr kerana bagi mereka, keluarga Lau, termasuk sepupu calon, mendiang Datuk Robert Lau menguasai ekonomi dan media di Sibu. KTS group yang dikuasai keluarga itu, menguasai empat akhbar, iaitu akhbar berbahasa Inggeris Borneo Post yang mempunyai edaran tertinggi di Sarawak (86,000 sehari), Utusan Borneo (bahasa Melayu dan Iban), See Hua Daily News dan Oriental Daily.

Lebih parah lagi ialah masalah dalaman SUPP itu sendiri dan sudah menjadi rahsia terbuka bahawa kepemimpinan SUPP di Sibu berbalah sesama sendiri sehingga menjejas jentera kempen BN. Pendeknya, SUPP semakin hilang pengaruh di kalangan masyarakat Cina dan kekalahan di Sibu sebenarnya banyak berpunca daripada kelemahan SUPP sendiri yang gagal meyakinkan masyarakat Cina. Jika SUPP tidak bangkit, ia mungkin alami nasib sama seperti MCA.

Strategi pikat rakyat, undi Cina perlu dicari

Oleh: Manja Ismail (Berita Harian 18 Mei 2010)

Taib wajar namakan pengganti untuk terajui BN Sarawak

BENNY Pladin, pemuda Iban yang menjadi pemandu kami meninjau kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Khamis lalu, ketika ditanya calon mana yang akan diundi oleh penghuni rumah panjangnya di Tanjung Penasu, tanpa teragak-agak menjawab: "Dak ya mauk beri DAP (disebut dap) dua tahun, mun DAP sik bagus, undi balit BN." (Mereka mahu undi DAP untuk dua tahun akan datang, jika DAP tidak bagus, kami undi semula BN).

Apabila ditanya kenapa, pemuda berusia 23 tahun itu memberi pelbagai alasan daripada kekurangan kemudahan asas sehinggalah kesukaran mendapat pekerjaan, yang menurutnya, penduduk Iban dan Melayu di pinggir bandar Sibu kurang diberi perhatian berbanding masyarakat Cina di bandar. Malah beliau sendiri, yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dari sebuah kolej swasta di Melaka hanya menjadi pemandu sambilan dan berhasrat mencari kerja di Semenanjung.

Ternyata sebahagian daripada 7,823 pengundi Iban dan 8,866 pengundi Melayu/Melanau, masing-masing mewakili 17 dan 15 peratus daripada 54,695 pengundi Sibu, yang secara tradisinya penyokong Barisan Nasional (BN) kali ini berpaling arah. Akibatnya, DAP pertama kali mencatat kemenangan dalam sejarahnya menyertai pilihan raya kecil apabila calonnya, Wong Ho Leng, mendapat 18,845 undi, menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew (18,447 undi) dan calon Bebas, Narawi Haron (232 undi). Sebanyak 395 undi rosak dicatatkan, manakala peratusan keluar mengundi sebanyak 70 peratus kelmarin adalah tertinggi berbanding tiga pilihan raya di Sibu, sebelum ini.Pada Pilihan Raya Umum 2008, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang mewakili BN menang dengan majoriti 3,235 undi.

Beliau memperoleh 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang daripada PKR (812 undi). Pilihan raya kecil kelmarin adalah kemenangan pertama Wong di Sibu selepas tiga kali menentang Hoi Chew pada 1995, 2004 dan 2008, tetapi tidak pernah mencapai kemenangan. Dengan kemenangan itu juga, DAP kini mempunyai dua kerusi Parlimen di Sarawak. Analisis awal menunjukkan punca kekalahan tipis BN di Sibu kelmarin ialah kerana sebahagian besar pengundi Cina, yang selama ini menjadi penyokong Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengundi DAP. Di kawasan Dewan Undangan Negeri Pelawan misalnya, lebih 10,000 pengundi Cina menyokong DAP, berbanding 5,000 undi yang diperoleh BN, berbanding BN menang 200 undi di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ini ditambah dengan undi sebahagian masyarakat Melayu/Melanau dan Iban yang sama ada mengundi DAP, merosakkan kertas undi atau tidak keluar mengundi, sebagai protes terhadap BN. Jumlah undi rosak yang hampir sama dengan majoriti diperoleh DAP menunjukkan betapa sengitnya pilihan raya kecil kelmarin.Walaupun andaian bahawa tsunami politik 2008 sudah melanda Sarawak ekoran kemenangan pembangkang di Sibu kelmarin masih boleh dipertikaikan, hakikat bahawa masyarakat Cina di Sibu, yang selama ini penyokong BN, berpaling arah, tidak boleh dipandang ringan. Begitupun, sebab kenapa masyarakat Cina Sibu lari daripada BN berbeza dengan rakan mereka di Semenanjung.

Punca pengundi Cina Sibu, sebahagian besarnya keturunan Foochow, menyokong DAP bukan kerana mereka sukakan parti pembangkang itu, tetapi lebih kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepemimpinan negeri dan muak dengan perpecahan dalam SUPP, termasuk di Sibu sendiri.Rasa tidak puas hati masyarakat Cina Sibu terhadap kepemimpinan negeri dan SUPP ini ternyata digunakan dengan berkesan oleh DAP dalam kempen mereka, terutama melalui papan tanda dan risalah yang diedarkan kepada pengundi. Antara papan tanda DAP yang menarik perhatian ialah ‘undi SUPP=undi Taib’ atau dalam dialek Foochow, ‘undi SUPP=undi Pek Moh’ (rambut putih), merujuk kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Bukan rahsia lagi di sepanjang tempoh lapan hari berkempen, Taib tidak kelihatan pada ceramah BN untuk pengundi Cina di kawasan bandar, termasuk yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, Taib menumpukan perhatian kepada penghuni rumah panjang di kawasan pinggir bandar atau yang agak pedalaman. Dalam kata lain, keputusan di Sibu kelmarin lebih mencerminkan kesan masalah dalaman SUPP dan sentimen masyarakat Cina terhadap kerajaan negeri. Malah, ada pemerhati politik yang berpendapat DAP mungkin menang lebih besar jika Najib tidak datang untuk membantu kempen BN di Sibu minggu lalu.

Keputusan kelmarin juga belum boleh dianggap bahawa pengundi Cina di Sarawak dan Sabah mengikuti jejak rakan mereka di Semenanjung yang lebih memihak kepada pembangkang, khususnya DAP.Namun, kekalahan BN di Sibu kelmarin sudah cukup untuk dijadikan isyarat kepada BN Sarawak, terutama SUPP, agar memikirkan strategi yang lebih berkesan untuk menawan semula pengundi Cina supaya kembali menyokong BN pada pilihan raya negeri akan datang.Pilihan raya negeri Sarawak mesti diadakan sebelum Julai tahun depan dan BN negeri mempunyai kira-kira setahun untuk memperbaiki segala kelemahan bagi memastikan percikan tsunami politik yang digembar-gemburkan oleh pembangkang ekoran kemenangan mereka di Sibu, tidak menjadi kenyataan.

Taib, sebagai ahli politik veteran yang hampir seangkatan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad serta banyak berjasa kepada BN dan Sarawak cukup menyedari perkara ini. Barangkali inilah ketikanya bagi beliau untuk menamakan bakal pengganti secara jelas supaya siapa saja yang dipilihnya nanti dapat dibimbing, bukan saja untuk meneruskan falsafah politik pembangunannya, tetapi lebih penting lagi dalam memastikan BN terus berkuasa di Bumi Kenyalang.

SUPP cari punca kalah

KUCHING: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengakui rasa tidak puas hati pengundi terhadap parti itu adalah punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, kelmarin.

Sehubungan itu, Presidennya, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata pihaknya akan turun padang dan melakukan bedah siasat dalam masa terdekat untuk mengetahui punca mereka tidak memberikan sokongan. "Lebih 50 peratus pengundi tidak senang dengan SUPP. Sudah pasti kami perlu turun ke akar umbi untuk mengetahui puncanya," katanya kepada pemberita selepas Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-16, di sini semalam. Pada pilihan raya kecil itu, calon Barisan Nasional (BN) dari SUPP, Robert Lau Hui Yew tewas kepada calon DAP, Wong Ho Leng majoriti dengan 398 undi.

Wong memperoleh 18,845 undi berbanding Lau, 18,447 undi dan calon bebas Norawi Haron hanya mendapat 232 undi, manakala undi rosak 395.

Chan berkata, bedah siasat amat penting sebagai persediaan menghadapi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang perlu diadakan selewat-lewatnya Julai tahun depan.

"Pada masa ini kita tidak tahu mengapa mereka tidak gembira dengan SUPP... kita akan buat bedah siasat dan menggembirakan mereka sebelum pilihan raya negeri kelak," katanya.
Namun, Dr Chan, menafikan faktor calon antara penyebab kekalahan BN kerana Lau adalah calon terbaik dan dikenali pengundi Sibu.

"Beliau seorang yang cukup baik, bekerja kuat untuk parti sejak beberapa tahun lalu dan sudah memberikan perkhidmatan kepada penduduk Sibu. Tidak ada sebab, jika calon dikatakan sebagai faktor kekalahan BN, tetapi tetapi kita sedia mengkajinya," katanya.

Sumber: Berita Harian Online (18 Mei 2010)

Wednesday, May 12, 2010

Kaji sejarah sebelum tuduh kerajaan kuku besi

KUALA LUMPUR 11 Mei - Parti pembangkang perlu mengkaji semula sejarah tanah air sebelum menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah kuku besi.
Saranan itu dikemukakan oleh ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan pembangkang sengaja melemparkan tohmahan itu untuk meraih simpati rakyat.
Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, sejak pilihan raya bandaran pada 1951, rakyat negara ini mula diberikan kebebasan untuk memilih pemerintah daripada parti-parti yang bertanding.

''Banyak calon bertanding pada setiap pilihan raya umum tetapi rakyat negara ini terus memberikan mandat kepada BN untuk memerintah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menolak dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Malaysia sebuah negara kuku besi kerana pembangkang tidak mampu membentuk sebuah kerajaan.
Ramlah berkata, peluang terbuka luas untuk mana-mana parti bertanding dalam pilihan raya dan ia jelas membuktikan kerajaan BN tidak pernah melanggar prinsip demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

''Kerajaan juga tidak pernah mewujudkan undang-undang untuk menyekat penubuhan mana-mana parti pembangkang,'' katanya.
Jelas Ramlah, parti pembangkang di negara ini bukan sahaja boleh terus berkembang tanpa sebarang gangguan, malah kepimpinannya juga diwarisi dalam sesebuah keluarga.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menjelaskan, demokrasi yang diamalkan oleh negara ini tidak mungkin akan diperoleh di negara-negara lain.

''Parti pembangkang sengaja mendakwa demikian kerana sehingga kini mereka masih gagal mendapat kepercayaan rakyat untuk menjadi pemerintah.
''Sebenarnya pemerintah negara bukan kuku besi tetapi 'terlampau' demokrasi kerana sanggup melayan tuntutan dua tiga orang sahaja atas alasan tidak puas hati di atas sesuatu perkara ,'' katanya.
Bagi Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Profesor Datuk Dr. Kamarudin Kachar, slogan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kerajaan begitu mengutamakan rakyat dan jauh sekali daripada bersikap kuku besi.
''Slogan ini sudah cukup tepat bahawa kerajaan bersedia untuk mendengar dan cuba menyelesaikan apa jua masalah rakyat,'' katanya.

Sehubungan itu Kamarudin berkata, tuduhan parti pembangkang bahawa pemerintah sekarang adalah kuku besi perlu ditolak sama sekali oleh rakyat.
Sumber: Utusan Malaysia Online (12 Mei 2010)

Tuesday, April 20, 2010

Dr Halili umum sertai Umno, Keluar PKR

Kenyataan Media Dr Halili

Saya memanggil sidang media ini untuk mengumumkan bahawa pada hari ini saya keluar dari menjadi ahli PKR dan sekali gus akan masuk menjadi ahli Umno.

1. Keputusan ini adalah kerana saya telah berpendapat bahawa PKR yang ada sekarang ini jauh terpesong daripada perjuangan Parti Keadilan Nasional yang saya terbabit secara langsung semasa mengasaskannya pada 1999.

2. PKR yang ada hari ini sudah dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang-orang Melayu khususnya serta rakyat Malaysia umumnya. Sudah nyata lagi jelas PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan tetapi PKR lebih condong kepada sebuah parti yang pentingkan kuasa sehingga tidak mempedulikan kepada kesejahteraan rakyat walaupun sudah diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri.

3. Dalam masa sama, saya melihat kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak memang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik Umno dan BN ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk terus memperjuangkan nasib rakyat dengan memberi sokongan yang penuh pada usaha beliau dan pemimpin kerajaan yang lain. Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini adalah kerana kecewa tidak terpilih sebagai Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor kali ini, dan saya tegaskan seperti berikut;

1. Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor ini dan saya juga tidak pernah mengatakan yang saya menerima pelawaan untuk menjadi calon jika dijemput walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian.

2. Walaupun saya pernah bertanding di atas tiket PKR sebelum ini pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004 tetapi bagi saya Pilihan Raya Kecil kali ini saya merasa berat untuk memikirkannya kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah.

3. Saya juga membuat kenyataan ini, pada hari ini semasa kehangatan kempen Pilihan Raya Hulu Selangor, dengan tujuan saya tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR adalah masih sama seperti di zaman Deklarasi Permatang Pauh.

4. Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yam, Hulu Selangor, amat sukar bagi saya untuk mempertahankan kredibiliti PKR memandangkan tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun Parlimen Hulu Selangor dikuasai oleh PKR, dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Saya mengetahui dan faham bahawa Allahyarham wakil rakyat sebelum ini uzur, tetapi yang menghairankan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khidmat kepada pengundi di Hulu Selangor.

5. Terbukti yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya saja tetapi mengabaikan amanah seperti yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya.

6. Perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang-orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi.

Sekian kenyataan media saya dan saya tahu yang rakan-rakan serta saudara mara saya di Hulu Selangor faham bahawa perjuangan saya selama ini dalah untuk perubahan dan reformasi dan bukan untuk membela seseorang individu saja.

Sekian Wassalam.

Sumber: Berita Harian Online (20 April 2010)

Halili quits PKR to join Umno

PETALING JAYA: Selangor PKR strongman Datuk Dr Halili Rahmat has quit the party and joined Umno.
The Hulu Selangor treasurer, who had once been considered as the party’s candidate for the Hulu Selangor parliamentary by-election, said he was leaving because the party had “far deflected from its struggles” since he joined it in 1999.

“PKR is now controlled by a small group of leaders who are narrow-minded and have developed leftist ideologies that Malaysians, particularly Malays, are not comfortable with,” he told a press conference here yesterday.
“The Government under the leadership of Datuk Seri Najib Tun Razak on the other hand has been working hard and has been sincere in bringing political changes in Umno and Barisan Nasional.

“I have decided to continue fighting for the people by giving my full support to him (Najib) and other leaders,” he said.
The neurosurgeon denied that his decision was due to his disappointment at not being chosen as a candidate to contest in the Hulu Selangor by-election.
“I did not ask nor offer myself to be a PKR candidate and I did not say that I received any invitation to be a candidate even though there was a PKR leader who suggested it,” he said.
Dr Halili contested against Datuk G. Palanivel for the Hulu Selangor parliamentary seat in the 1999 general election, and against Datuk Zainal Abidin Sakom for the Batang Kali state seat in the 2004 general election. He lost on both occasions.
Dr Halili said he was making the statement because he did not want his name to be used by PKR to fish for votes.

“As a local boy from Hulu Selangor, it is very difficult for me to defend the credibility of PKR because it has done nothing for the good of the constituents there in the past two years after winning the parliamentary seat despite Pakatan Rakyat being in power in Selangor,” he said.
On whether he will campaign for Barisan in the Hulu Selangor by-election, Dr Halili said he will be in Melbourne to attend his daughter’s graduation on Thursday.

Source: The Star Online (April 20, 2010)