Monday, October 20, 2008

MP KUALA SELANGOR (PAS) HAMBAR DALAM PARLIMEN

Oleh: Pemikir

MP Kuala Selangor (PAS) adalah antara ahli parlimen yang diberi masa untuk berhujah mengenai bajet pada hari ini. Beliau cuba mengulas ucapan Ketua Pembangkang, MP Permatang Pauh berkaitan bajet 2009. Beliau masih memainkan lagu lama iaitu dengan berlakunya krisis kewangan dunia maka bajet 2009 memerlukan unjuran baru. Tambahannya lagi, parlimen sepatutnya menerima revised bajet untuk pertimbangan.

Beliau cuba menarik perhatian dewan bahawa harga mulai naik termasuklah yang berkaitan dengan pengangkutan seperti teksi, bas dan lain-lain lagi.

MP Kuala Selangor terpaksa memberi laluan kepada MP Pasir Salak (BN) yang hairan bahawa MP Kuala Selangor yang dikatakan pakar dalam ekonomi, masih menimbulkan perkara-perkara kecil dan remeh-temeh. Ini membuang masa bagi ahli-ahli dewan lain. MP Pasir Salak meminta MP PAS ini kemukakan cadangan-cadangan konkrit atau perubahan-perubahan yang perlu dinilai dalam bajet ini.

MP Kuala Selangor agak terperanjat dengan asakan dan komen yang agak menyengat dan beliau bernasib baik kerana teman-teman pembangkang cuba mempertahankan hujah-hujah yang dianggap lapuk dan tidak segar.

Pemerhati berpendapat MP Kuala Selangor perlu membuat penyelidikan sebelum masuk dewan untuk berhujah. Sekira hujah itu hambar adalah dikhuatiri Kuala Selangor mempunyai wakil parlimen yang lemah. Diharap juga bahawa pembangkang-pembangkang lain yang hendak berhujah kajilah ucapan bajet yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri dengan teliti supaya tidak membuat ahli parlimen mengantuk.

No comments: