Tuesday, October 14, 2008

MB PERAK MEMBELIT DIRI SENDIRI....ISU TANAH

OLEH: PEMIKIR

MP Permatang Pauh dalam hujah Bajet 2009 di Parlimen pada 13 oktober 2008 memuji Menteri Besar Perak meluluskan status kekal kepada 100,000 pemilik tanah TOL di beberapa kampung baru. MP Permatang Pauh bersetuju dengan keputusan ini kerana kononnya pemilik-pemilik ini sudah menunggu 40 tahun untuk memperolehinya.

MP Permatang Pauh bersetuju tanpa usul periksa implikasi termasuk membawa kemarahan penduduk dan pengundi Melayu. Kebetulan, tanah yang diluluskan itu berhampiran dengan pusat bandar menjadikannya tanah yang mempunyai nilai yang tinggi. Pembangkang di Perak perlu faham sentimen majoriti rakyat dalam semua tindakan sekiranya ia mahu terus pegang Perak. Apa yang berlaku sekarang, MB yang cuba bersikap populist hanya menuntut kemarahan rakyat Perak yang mula bosan dengan tindak-tanduk yang tidak bijak itu.

Pemerhati politik taksir bahawa minda MB agak cetek dan beliau perlu berbincang secara insentif dengan kerajaan sebelum menyulitkan keadaan dan membelit diri beliau sendiri.

No comments: