Friday, August 28, 2009

PAKATAN RAKYAT HILANG SOKONGAN PENGUNDI MELAYU

By M.Perry



Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Permatang Pasir, Pulau Pinag telah selesai diadakan pada 25.8.2009 tanpa sebarang masalah yang melibatkan keamanan dan keselamatan negara kecuali sedikit kekecohan dilaporkan berlaku pada hari penamaan calon.

Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai N.Gopalakrishnan laporkan ditahan oleh polis kerana tidak menghiraukan amaran Polis supaya berundur dari menyampaikan ucapan yang berbentuk mengasut di perkarangan pusat penamaan calon.

Dalam PRK tersebut, calon PAS Mohamad Salleh (52) di isytihar menang kerana memperolehi 9618 undi berbanding dengan calon BN Mohd.Rohaizat Osman (38) yang memperolehi 5,067 undi. Undi rosak adalah 83. Peratus keluar undi adalah 73 peratus. Dengan ini, PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti 4551 undi.

Namun,sekiranya kita meneliti keputusan PRK tersebut, ternyata sokongan politik terhadap parti PAS, yang menyertai gabungan Pakatan Rakyat, makin terhakis berbanding dengan sokongan yang diperolehi oleh PAS pada tahun 2008 atau Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU12). Majoriti undi bagi PAS telah jatuh dari 5,433 (2008) kepada 4551.

Menurut PAS, kemerosotan undi majoriti tersebut itu adalah disebabkan oleh kekurangan 10 % peratus pengundi keluar mengundi. Namun, sekiranya kita meneliti undi populariti calon PAS, jelas menunjukkan populariti PAS merosot dari 66.45 % pada PRU12 kepada 65.1% dalam PRK ini. Ini bermakna, PAS menghadapi kehakisan sokongan 1.3% dalam PRK ini. Dakwaan ketua umum PKR bahawa calon PAS memenangi semua saluran didapati tidak mengambarkan realiti keseluruhan sokongan dikalangan pengundi Melayu.

Manakala, sokongan dan polulariti BN didapati meningkat, terutamanya dikalangan pengundi Melayu. Sokongan terhadap BN di catat meningkat di kebanyakan saluran-saluran yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Sebagai contoh, saluran Permatang Ara yang mempunyai 97% pengundi Melayu, mencatatkan peningkatan sokongan terhadap calon BN dari 40.6 % pada tahun 2008 kepada 43.3% dalam PRK ini. Ini bermakna peningkatan sokongan 2.6%.

Pada keseluruhannya, kebanyakan saluran yang mempunyai majoriti pengundi Melayu didapati mencatatkan peningkatan sokongan 3% kepada calon BN.

Keputusan PRK Manek Urai , Kelantan, baru-baru ini juga mencatatkan peningkatan sokongan hampir 7 % terhadap BN berbanding dengan sokongan yang di perolehi oleh BN dalam PRU12. Begitu juga, BN mencatat peningkatan yang signifikan dalam peratusan sokongan di kalangan pengundi Melayu dalam PRK Bukit Gantang,Perak, baru-baru ini.

Keputusan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu jelas menunjukkan pengundi Melayu kembali menyokong BN. Manakala, peratus pengundi Cina keluar mengundi merosot dalam PRK di Kuala Terengganu dan Permatang Pasir kerana diandaikan mereka menolak calon PAS.

Pada keseluruhannya, walaupun peratusan peningkatan sokongan terhadap BN dikalangan pengundi Melayu adalah kecil, tetapi ianya membayangkan berlakunya perubahan besar dalam sikap, sokongan dan pemikiran politik di kalangan pengundi Melayu.

Pada masa yang sama, sikap pengundi Cina terhadap PAS juga didapati berubah sejak PRU12,malah sokongan politik bagi calon PAS di kalangan pengundi Cina kian merosot .

Sejak PRU12, Pakatan Rakyat juga dikesan tidak mampu menembusi dan mengekal sokongan politik di kalangan pengundi Melayu yang diperolehi dalam PRU12. Pengarah Strategi PKR, Tian Chua turut mengaku bahawa akhir-akhir ini, PKR kehilangan sokongan pengundi Melayu.
Sesungguhnya, sokongan pengundi Melayu terhadap BN jelas kelihatan meningkat sejak YAB Dato’ Sri Mohd.Najib Tun Rzak mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan. Perubahan besar dalam persepsi terhadap BN di kalangan pengundi bukan Melayu juga dijangka berlaku apabila kaum bukan Melayu dapat memahami dan menghayati gagasan 1 Malaysia yang diumumkan oleh Najib baru-baru ini.

Sekiranya dasar-dasar kerajaan yang dianggap adil bagi semua kaum yang diumumkan oleh PM dibawah gagasan 1 Malaysia itu dilaksanakan dengan berkesan,maka sebahagian besar pengundi Melayu dan bukan Melayu akan kembali menyokong BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13. Pakatan Rakyat kini menghadapi dilema dalam mengekalkan sokongan politik di kalangan pengundi Melayu dan bukan Melayu kerana perjuangan PR bukanlah bagi membela kepentingan rakyat seperti digempargemburkan dalam PRU12,malah bagi membela seorang individu tertentu.

Wednesday, August 26, 2009

PERINGATAN BAGI ORANG YANG BERIMAN, SIAPAKAH DAJJAL PADA MASA KINI?

Sumber: Tingkat 6.com

Dari Anas Bin Malik, Sabda Rasulullah s.a.w. ”tidak ada kampung atau daerah di dunia yang tidak didatangi Dajjal, melainkan Makkah dan Madinah”

Sahabat bertanya ”ya Rasulullah apa makna Dajjal?, Rasulullah menjawab ”Dajjal itu ialah pembawa berita yang mengelirukan”

Pada tahun 1971 di pondoknya Pulau Melaka (Kelantan), Tuan Guru Nik Aziz mentafsirkan Dajjal itu, ialah ”Pembawa berita yang mengelirukan, bohong dan fasik” contohnya, Dajjal itu diibaratkan ”Bunga Asli dan Bunga Plastik yang tidak dapat dibezakan keasliannya”. Tambah beliau lagi, Rasulullah s.a.w bersabda ”Bahawa pembawa berita yang boleh mengelirukan masyarakat setempat, kampung dan negeri dan negara”

Tuan Guru Nik Aziz dalam penjelasannya mengenai keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan, ”Jika seandainya syurga dan negara itu hak Allah semata-mata tiada guna umat Islam di dunia ini berlumba-lumba berbuat kebaikan kerana akhirnya nanti akan ditentukan oleh Tuhan.

Kalau syurga neraka ni dibiarkan kepada hak mutlak hak Tuhan belaka, banyak mencuri dan rasuah berlaku tak boleh serah mutlak kepada Allah”

Sesungguhnya ketentuan seseorang itu ke syurga atau ke neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t.

Menafikan hak kekuasaan Allah Ta’ala ini bukan sahaja mengelirukan umat Islam malah merosakkan aqidah. Nauzubillahiminzalik.

Dari Pentafsiran Ini,
Siapakah Dajjal itu?

Tuesday, August 25, 2009

NIK AZIZ KELIRU DAN MENGELIRUKAN

Kenyataan berkaitan isu-isu Islam dari perspektif Islam, kenyataan dan ucapan para pemimpin-pemimpin dan penceramah-penceramah PAS mengeni perkara-perkara dan isu-isu yang menyentuh ajaran-ajaran Islam, yang bertentangan dengan ahli sunnah wal-jamaah.Tentunya tidak semua ucapan dan kenyataan dikaji dan dijelaskan di dalam jawapan ini. Hanya beberapa isu yang dianggap penyelewengan yang besar dan nyata sahaja yang akan dihuraikan di dalam jawapan ini.


Kajian ke atas ucapan-ucapan Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat

Politik takfir itu dijadikan senjata untuk meletakkan PAS sebagai golongan orang-orang beriman dan UMNO sebagai golongan kafir. Apabila diminta mengulas langkah UMNO mengemukakan calon-calon daripada kalangan guru-guru agama beliau berkata bahawa ustaz-ustaz UMNO itu sama dengan ahli ahli al-kitab Yahudi dan Nasrani yang menentang nabi Muhammad s.a.w

Ulasan Terhadap Politik Takfir

Sebenarnya perkembangan kefahaman takfir di Malaysia ini, pada mulanya daripada Fatwa-fatwa Shakh Abdul Kadir Mandili, seorang ulamak Melayu yang warganegara Arab Saudi. Beberapa kefahaman yang menjiwa politik takfir diamalkan oleh PAS seperti fahaman mengkafirkan orang-orang UMNO kerana kerajaan yang diterajui UMNO tidak melaksanakan hukum Allah. Jesteru orang –orang Umno dihukum kafir, maka sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.

Alasan bahawa kerajaan tidak melaksanakan hukum Allah adalah kafir, tidak boleh diterima. Ini kerana tidak semua hukum Allah tidak dilaksanakan bermakna mengingkarikannya. Menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah bahawa tidak melaksanakan hukum Allah tetapi tidak menginkarinya tidak membatalkan iman. Beza dengan pegangan Khawarij bahawa seseorang menjadi kafir apabila tidak melaksana hukum Allah.

Politik bukan persoalan agama yang mutlak dan bukan persoalan akidah. Sandaran persoalan politik ialah ’ijtihad” atau (hasil pemikiran) yang dihasilkan secara deduktif dan induktif dari dasar umum Al –Quran. Oleh yang demikian pemikiran politik itu sifatnya subjektif dan relative dan keduniaan. Kerana ia tertakluk kepada hokum subjektiviti dan relativity yang berubah-ubah.

Al- Quran memberikan nilai akhlak yang tinggi yang harus dan wajib dipatuhi oleh setiap orang Islam yang melibatkan diri dalam arena politik. Ia harus amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab dalam semua hal.

Aliran pemikiran kedua melihat politik Islam itu dalam perspektif yang sedemikian kerana itu merika tidak mengangap politik atau parti politik itu sebagai satu agama dan akidah.

Sebab kalau sekiranya parti politik itu dianggap sebagai agama dan akidah maka akan lahirlah dalam kehidupan umat Islam suatu agama dalam agama “dinun fi al din” akibatnya kehidupan beagama umat Islam sendiri menjadi porak-poranda

Sebab majoriti umat Islam dalam konteks Malaysia kini tidak menjadi anggota mana-mana parti politik. Jadi kalau demikian keadaannya apa lagi kepada majoriti orang Islam yang tidak menganggotai parti politik itu.

Mereka sudah pun beragama Islam sekadarkan tidak menjadi anggota parti. Kalau sekiranya parti tertentu sahaja yang Islam maka apa halnya dengan parti lain. Sedangkan parti lain itu juga anggotanya terdiri daripada orang Islam. Maka itu parti politik harus dilihat hanya sebagai suatu alat bukannya agama dan akidah.

Maka kalau demikian halnya tidak menjadi halangan wujudnya dua atau tiga parti politik dalam Negara Islam. Syaratnya parti politik itu tidak dijadikan sebagai agama

FATWA-FATWA DAN PENDAPAT PEMIMPIN PAS

• Tidak sah sembahyang di belakang orang Barisan Nasional
• Haram dimakan daging binatang sembelihan orang Barisan Nasional kerana tidak sah sembahyangnya.
• Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan Nasional dan orang bukan Barisan Nasional
• Tak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan
• Kena diperbaharui nikah yang diakadkan oleh iman Barisan
• Tidak boleh tanam mayat orang Barisan di perkuburan Islam
• Orang Barisan mati tidak boleh disembahyang ke atasnya kerana murtab dan mereka juga tidak boleh sembahyangkan ke atas mayat orang PAS
• Orang Barisan tidak payah sembahyang, puasa, naik haji kerana tidak diterima oleh tuhan amalan itu daripada mereka

Ulasan terhadap fatwa-fatwa dan pendapat pemimpin PAS:

Oleh kerana kesan daripad fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat Islam maka jemaah ulamak telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sahibul Samahah Datuk Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadri oleh semua anggota jemaah ulamak.

1- Yang Berhormat Datuk Hj. Ismail bin Yusuf, Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan.
2- Al Fadhil Tuan Hj. Abdul Ghani Awang Kechik, Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas
3- Al Fadhil Tuan Hj. Abdul Aziz Hj, Abu Bakar Pondok Terusan Pasir Tumboh, Kota Bharu
4- Al Fadhil Tuan Hj. Muhamad Hj. Yusuf
5- Al Fadhil Tuan Hj. Hassan Hj. Ismail
6- Al Fadhil Tuan Hj. Abdullah Hj. Abdul Rahman
7- Al Fadhil Tuan Hj. Hasbullah Hj. Mohd Hassan
8- Al Fadhil Tuan Hj.Hassan Idris

Mesyuarat khas itu telah membahas dan mengambil keputusan bahawa:

“Setelah membahasnya mengenai perkara-perkara tersebut dengan beralas kepada kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab tauhid karangan ulamak yang muktabar, maka dengan sebulat suara jemaah ulamak membuat keputusan bahawa kelapan-lapan perkara yang tersebut adalah tidak benar dan betentangan dengan ajaran Islam, serta sangat mendatangkan bahaya terhadap akidah Islamiah dan per[aduan orang-orang Islam”

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat dan ingatan kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapap-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat Islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.


Mursyidul Am PAS Nik Abdul Nik Mat Menyifat Allah SWT Dengan Sifat Mazmumah:


Menyifatkan Allah SWT dengan sifat mencarut dan mendakwa dalam al-Quran banyak ayat carutan dan menamakan Allah SWT sebagai lebih jahat/samseng dari manusia

Ulasan:
Iman Abu Jaafar al-Tahawi(Ulamak salaf ke-3 hijrah) berkata:”Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan satu sifat daripada sifat-sifat manusia(seperti jahat, samseng, mencarut) maka dia telah kafir”

Qadi Iyad telah berkata: “Tada khilaf di kalangan ulamak bahawa orang-orang islam yang menghina dan mengukut Allah taala menjadi kafir/murtab dan halal darah mereka”

Penggunaan Uslub Musyakalah untuk mengisbatkan Allah SWT sebagai jahat adalah meragukan sedangkan perkara aqidah tidak boleh disandarkan kepada perkara yang meragukan


Nik Abdul Nik Mat berkata:”Kalau Nabi hidup, nabi akan suka tinggal di kelantan’’ dan mereka mendakwa Nabi juga berwasiat kepada pemimpin mereka melalui mimpi untuk meneruskan perjuangan.

Ulasan:
Di dalam kitab Rad al-mukhtar al’a al-Dar al-maliki: bersepakat(ulamak) Islam bahawa menghina Nabi adalah kafir, dan hukum pelakunya adalah bunuh, Barang siapa syak pada hukuman dan kafir orang tersebut, dia juga jatuh kafir’

Ia cuba mempergunakan Nabi Muhammad SAW untuk menarik perhatian pengikutnya yang taksub buta. Ini adalah cara yang telah digunakan oleh bekas ketua kumpulan ajaran al-ARQAM suatu masa dahulu.


Nik Abdul Aziz Nik Mat membantah keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangasaan yang dianggotai oleh 10 cedekiawan agama dengan mengatakan “sekiranya urusan syurga dan neraka merupakan hak mutlak Allah, maka manusia akan bebas melakukan kejahatan di dunia tanpa mengambil kira soal dosa dan pahala”

Ulasan:
Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusuf Husssin berkat tindakan Nik Abdul Aziz mengatakan bukan hak mutlak Allah SWT menentukan syurga atau neraka seseorang itu apa? Siapa beliau? Jika Allah tiada hak mutlak, Nik Aziz ada? Dan Nik Aziz harus menjawab isu penyokong UMNO yang “difatwakan” beliau sebagai tidak layak masuk syurga, bukannya mengeluarkan kenyataan baru di luar konteks perbincangan”

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid Menegaskan, Nik Aziz tidak harus mengeksploitasi kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memperlihatkan kebenaran beradadi pihaknya, “semua pihak perlu menilai kenyataan Nik Abdul Aziz sebagai kenyataan seorang politik, bukan ahli agama”

“Kebijaksanaan beliau berpolitik dan menggunakan isu agama berupaya memperlihatkan kebenaran dipihaknya, namun beliau harus berani berterus terang untuk menyatakan pendiriannya adalah pendirian politik’”

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(YADIM), Datuk Mohd , Nakhaie Ahmad mengatakan Nik Abdul Aziz tidak harus sewenang-wenangnya “melompat” dari satu isu isu yang lain. “Dalam hadis 40 Iman Nawawi, ada mengatakan bahawa seseorang kafir yang memeluk Islam sebelum akhir hayatnya diberikan balasan syurga walaupun tidak sempat bersembahyang, asalkan dia ikhlas”

“’Jadi bukankah ketentuan syurga atau neraka itu hak mutlak Allah SWT? Bagaimana Nik Abdul Aziz boleh keluarkan kenyataan begitu? Jangan ikut sedap otak sendiri”
Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Harun Taib secara terbuka tidak bersetuju dengan Nik Aziz. Menurut Harun, “peluang masuk syurga adalah urusan Allah dan ia tidak bergantung kepada parti yang disertainya”


KEPUTUSAN FATWA

Dari segi Bahasa
memberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama

Dari Segi Istilah
Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.
FATWA
Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.

________________________________________
PROSES MENGELUARKAN KEPUTUSAN

Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah samada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan.

SYARIAT FATWA DALAM ISLAM

Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

SKOP Fatwa

Isu atau maalah yang timbul dalam msayarakat dan belum jelas hukum mengenainya.
Pendapat yang berbeza antara ulama yang memerluan pemilihan(tarjih)
Isu-isu yang telah difatwakan di negar-negara lain yang perlu isesiakan mengikut keadaan setempat.

Isu-isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam.


FATWA DI MALAYSIA

Fatwa adalah satu unsur penting dalam kehidupan masyarakat Islam. Kemajuan Sains dan Teknologi yang dinamik di Malaysia telah menimbulkan beberapa persoalan baru yang memerlukan huraian menerusi fatwa.

Jabatan Mufti negeri-negeri di seluruh Malaysia memainkan peranan penting bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) bagi mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebagai sekretariat, Jabatan Mufti dan JAKIM mengadakan persidangan dan muzakarah semasa bagi membincangkan sesuatu isu dan perkara yang belum diputuskan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.
Jawatankuasa ini akan mengundang pihak tertentu mengikut bidangnya yang boleh membantu bagi membincang dalam usaha menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Beberapa asatizah dan cendekiawan yang berpengalaman juga merupakan ahli di dalam jawatankuasa ini bagi tujuan memperluaskan perbincangan dan sebagai usaha menjadikan mereka pelapis di masa hadapan.


Bagaimanakah Fatwa dikeluarkan

1. Perlu dikaji dan dibentangkan di dalam jawatankuasa.
2. Lazimnya mengikut pendapat muktamad dalam mazhab Syafie
Jawatankuasa Fatwa berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3. Mengikut kaedah fiqh Al-Aulawiyyat iaitu meletakkan sesuatu pada
kedudukan yang sewajarnya samada dari segi hukum, nilai mahupun
pelaksanaanya.Perkara/Amalan yang lebih utama hendaklah didahulukan
berdasarkan penilaian syariat dan akal.
4. Jawatankuasa fatwa akan merujuk kepada pendapat-pendapat
sahabat,tabiin, imam-imam mazhab dan fuqaha dengan mengadakan
penelitian dalil-dalil dan implikasinya.





















*************************************************************************
SUMBER RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim
Al-Sunnah Al-Nabawiyyah
Al-Ijmak
Al-Qiyas
Ijtihad Ahli Al-Fuqaha Semasa






Monday, August 17, 2009

DAP Mahu Jadikan Malaysia Seperti Singapura

Oleh: Tulip Desa

Parti serpihan PAP iaitu DAP semakin bertindak melampau,kurang ajar dan keterlaluan apabila sengaja membangkitkan isu agama dan kontrak sosial semata-mata mahu mengguris hati Orang Melayu. DAP dulunya tidak terdengar suaranya namun semakin lama semakin panas desakannya. Ini ditambah pula dengan sokongan padu daripada pengkhianat-pengkhianat Melayu yang merestui agar Islam terus dimaki dan dihina.

Kes terbaru di mana kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah seperti yang disiarkan di laman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) berhubung anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Sebelum daripada kes ini, satu lagi isu yang berbau perkauman dibangkitkan, oleh Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong dari DAP seperti yang disiarkan di dalam akhbar The Star yang biadap menuduh Jemaah Islah Malaysia(JIM) sebagai eksterimis agama. Walaupun beliau menarik balik dakwaan tersebut tetapi mengapakah beliau tidak mahu memohon maaf secara terbuka kepada badan berkenaan.DAP dilihat cuba mencetuskan ketegangan kaum dengan meniupkan api perkauman melalui isu-isu tersebut.

DAP terus menghentam Kerajaan selagi kemahuannya tidak dituruti. Isu pemansuhan ISA dan juga isu Teoh Beng Hock yang bakal mendedahkan aktiviti penyelewengannya di manipulasikan oleh DAP untuk meletakkan segala kelemahannya di bahu Kerajaan. Justeru itu, SPRM dijadikan batu loncatan untuk menutup segala kerja jahat mereka. Tohmahan demi tohmahan dilemparkan terhadap Kerajaan untuk mencalarkan imej dan kredebiliti Kerajaan. Mereka akan terus menyerang Kerajaan sehingga Kerajaan berlembut hati menuruti kemahuan mereka. Itu yang mereka mahukan.

Penyokong-penyokong tegar pembangkang perlu sedar DAP mahu memecahbelahkan Orang Melayu. DAP mengimpikan kerusi Perdana Menteri menjadi hak milik mereka dan akan menggubal perlembagaan serta menghapuskan kontrak sosial. Lihatlah nasib Orang Melayu Singapura, mereka tidak dilayan dengan baik. Malah, Islam tidak dipedulikan langsung dan tidak dihormati sensitivitinya.Orang Melayu seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada isu Singapura keluar daripada Malaysia. Lim Kit Siang yang pernah menjadi setiausaha sulit Lee Kuan Yew pasti sudah merancang mahu menjadikan seluruh Malaysia mengalami nasib seperti Singapura.

Tulip merasa sedih dan kesal dengan tindakan segelintir Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP untuk bersama-sama menghapuskan hak sendiri. Renung-renungkanlah Orang Melayu, kita perlu mempertahankan kuasa kita di tanahair tercinta.

Friday, August 14, 2009

Nik Aziz Menghalalkan DAP Menghina Islam

Oleh: Tulip Desa

Terkedu Tulip membaca artikel dalam Berita Harian yang bertajuk "PAS tak bantah DAP hina Islam". Nampaknya rakyat Islam tidak boleh meletakkan harapan kepada PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam apabila PAS menghalalkan agama Islam dihina dan dimaki oleh musuh Islam. Mengapa sejak kebelakangan ini Nik Aziz mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang disifatkan sebagai dangkal dan merapu? Nik Aziz telah sonsang pemikirannya, mungkin kerana terlalu lama duduk di atas kerusi MB.

Setahu Tulip ketika di sekolah, kita diajar bahawa sesiapa yang menghina Islam, dia merupakan musuh Islam dan kita perlu berjihad memeranginya. Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz menyebabkan rakyat terkeliru dan buntu. Adakah kenyataan beliau ikhlas ataupun sebagai strategi untuk menarik sokongan bukan Melayu untuk mengundi PAS pada Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Ternyata Nik Aziz adalah tok guru politik untuk mendapatkan kuasa bukannya ikhlas untuk memperjuangkan agama dan takutkan Allah. Inilah undi syurga, namanya.

Rakyat mungkin dapat membaca dan menghidu pemikiran Nik Aziz apabila tiba PRK, beliau akan menimbulkan isu berkaitan agama dan mengeluarkan kenyataan yang berbau keislaman untuk menunjukkan kepada rakyat beliau jaguh dalam memperjuangkan agama. Diharapkan penyokong fanatik PAS sedar dan kembali menyokong Kerajaan. Kita bersama-sama menjadi pencetus perubahan demi bangsa dan negara kita yang akan berusia 52 tahun pada 31 Ogos 2009.

Thursday, August 13, 2009

PR KECIL PERMATANG PASIR:PELUANG BN MENANG CERAH

M.Perry

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos 2009 , awal Ramadan, dan penamaan calon pula 17 Ogos 2009. Pelbagai ramalan dan jangkaan dibuat tehadap jaguh dalam pilihan raya kecil DUN N.11 Permatang Pasir.

DUN Permatang Pasir merupakan salah satu DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh di Negeri Pulau Pinang, yang dikuasai oleh PKR, DS Anwar Ibrahim. Kedudukan ini mendorong sesuatu pihak tertentu meramalkan PAS akan memenangi pilihan raya kecil ini. Malah, kehadiran bulan Ramadan bakal memberikan kemenangan kepada PAS dalam mempertahankan DUN Permatang Pasir.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan penyandangnya Dato’ Mohd. Hamdan Abdul Rahman, yang mewakili Parti PAS, meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Julai 2009. Dato’ Mohd. Hamdan Abdul Rahman adalah wakil tunggal parti PAS dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi, menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi. Undi rosak yang dicatatkan adalah 227. Peratus keluar mengundi adalah 82.57%.

Pecahan Pengundi

Jumlah pengundi berdaftar bagi kerusi N.11 Permatang Pasir adalah seramai 20,350 pengundi, termasuk 14,715 pengundi Melayu (72.31%), 5,278 pengundi Cina (25.94%), 327 pengundi India (1.61%) dan 28 pengundi lain-lain kaum (0.14%).

Dalam konteks cara hidup pengundi Permatang Pasir pula, sebahagian besar pengundinya tinggal dalam taman perumahan yang berbentuk sederhana, kampong dan setinggan. Sebahagian besar pengundi nya terdiri daripada golongan petani, pekedai runcit dan pekerja kilang yang berpendapatan pertengahan (middle-class) .

Pola Pengundian

Berhubung dengan pola pengundian, keputusan pilihan raya sejak 1986 jelas menunjukkan bahawa UMNO dan PAS mempunyai jumlah penyokong yang seimbang dalam DUN ini. PAS didapati mendahului BN (UMNO) dengan perbezaan undi yang kecil iaitu hanya dengan kadar 5 peratus sahaja sehingga PRU12. Namun, pada PRU12, PAS mendahului BN kerana dilaporkan mendapat sokongan pengundi Cina.

Sokongan BN dan PAS seimbang

Sokongan PAS meningkat dalam PRU12 kerana, sambil sokongan pengundi Melayu didapati seimbang antara BN dan PAS, sebahagian besar pengundi Cina condong memihak parti pembangkang (PAS) kononnya untuk menunjukkan tanda protes terhadap BN.

Pengundi bukan Melayu, terutamanya pengundi Cina dilaporkan terpengaruh dengan dakwaan Penasihat PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim kononnya UMNO mendominasi parti-parti komponen dalam BN, termasuk MCA, MIC, GERAKAN dan UMNO hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kaum Melayu sahaja. Dakwaan yang tidak berasas ini telah mempengaruhi sebahagian besar pengundi Cina, malah menyebabkan hampir 90 % pengundi Cina di DUN ini keluar mengundi calon PAS.

Strategi PAS menawan pengundi Cina

Selain itu, ada juga beberapa sebab dan strategi PAS yang menyebabkan pengundi Cina condong kepada PAS dalam PRU12. Antara sebab utama yang menyebabkan pengundi Cina menyokong parti PAS adalah strategi PAS bagi memikat hati pengundi Cina iaitu menggugurkan perjuangan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Malah, memperkenalkan slogan 'PAS untuk semua’. PAS didapati berkompromi kepentingan politik yang berteraskan Islam hanya untuk memancing undi bukan Melayu.

Selain itu, faktor komposisi pengundi Cina yang signifikan (27%) juga merupakan faktor utama yang menyebabkan kerusi DUN Permatang Pasir dimenangi oleh calon PAS dalam PRU12. Hampir 90 % pengundi Cina memihak calon PAS telah menyebabkan DUN Permatang Pasir dimenangi oleh PAS dengan majoriti 5,433 undi dalam PRU12.

DUN Permatang Pasir bukanlah merupakan kubu PAS seperti dilaporkan dalam media yang dipelopori oleh parti-parti pembangkang. Malah, DUN ini pernah dikuasai oleh BN (UMNO).
Pengundi Cina penentu keputusan

Namun, sejak tahun 1986, PAS didapati menyusup masuk (inroads) beransur-ansur dalam DUN ini bagi mendahului sokongan BN. Dengan ini, BN dan parti pembangkang masing-masing dikatakan mempunyai hampir 7,500 penyokong setia dalam DUN Permatang Pasir. Manakala, hampir 3,000 pengundi atau 15 % didapati mempunyai pendirian dan cita rasa politik yang tidak tetap, malah memilih calon berdasarkan isu semasa.

Peratus pengundi setia tersebut jelas menunjukkan bahawa sokongan bagi PAS dan BN adalah lebih kurang seimbang, terutamanya di kalangan pengundi Melayu. Apa yang mampu menentukan keputusan dalam pilihan raya kecil ini adalah undi pengundi Cina.

Isu

Akhir-akhir ini pengundi Cina dilaporkan melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap PAS kerana beberapa sebab . Antaranya:



1. Kerajaan PAS di negeri Kedah meroboh pusat memelihara khinzir di Alor Setar,Kedah;

2.Wakil PAS dalam Kerajaan PR Selangor melarang penjualan minuman keras, bir, di kedai-
kedai runcit di Shah Alam,Selangor;

3.Ahli Parlimen PAS tidak menyokong Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam mengurus hal
Kg.Buah Pala di Negeri Pulau Pinang;

4.Kerajaan PR Pulau Pinang tidak melayan, malah tidak melantik ADUN tunggal PAS sebagai
ahli EXCO kerajaan negeri;.

5.Kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh PAS menekan ADUN tunggal DAP yang
hampir meletakkan jawatannya di Kedah;

6.Seorang pemimpin PAS, selaku EXCO Hal Ehwal Agama Islam, mengkritik secara terbuka
terhadap seorang Ahli ECXO dari DAP, malah mendesak pemimpin DAP tersebut digugurkan
dari barisan EXCO Selangor;

7. Pemimpin-pemimpin PAS laku kurang adil dan tidak menunjuk semangat setia kawan
sepasukan terhadap pemimpin-pemimpin DAP di Selangor, Kedah dan P.Pinang;

8.Penyokong setia PKR kurang tidak gemar melihat kepimpinan PAS lebih menonjol dari
ketokohan DS Anwar Ibrahim dari PKR;

9.Pengundi DUN ini merasa calon PAS tidak mampu membawa pembangunan dan kemajuan
kepada DUN ini dalam konteks meningkatkan pendapatan keseluruhan penduduk DUN ini.
10.Masyarakt Cina puashati dengan kerajaan Najib Tun Razak kerana menyediakan banyak
peluang melabur dalam Amanah Saham Malaysia,Wawasan dan 1 Malaysia.

Isu-isu semasa tersebut dan pengurusan ekonomi yang baik oleh kerajaan kepimpinan Najib Tun Razak dijangka akan mempengaruhi pemikiran politik pengundi Cina supaya mengundi calon BN dan menolak calon PAS dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Politik Perkauman

Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang, terutamanya DAP sering membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan ummah, kepentingan politik dan ekonomi kaum Melayu, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan sebagainya secara terbuka. Parti PAS dilihat bersama dengan DAP dalam tuntutan yang tidak munasabah.

Perkara tersebut telah menimbulkan pengundi Melayu berkecil hati malah mendorong mereka menarik balik sokongan yang diberikan kepada PAS dalam PRU12. Ini jelas terbukti dalam pilihan raya kecil Manek Urai,Kelantan. Keputusan pilihan raya kecil Manek Urai jelas memaparkan kehakisan peratus sokongan Melayu terhadap calon PAS dan peningkatan sokongan pengundi Melayu terhadap calon BN.

Isu Teoh Beng Hock

Dalam pada itu, PR (PAS) dijangka akan membangkitkan kematian Teoh Beng Hock di Selangor sebagai isu utama untuk memikat hati pengundi Cina dalam pilihan raya kecil ini. Namun, sebahagian besar komuniti Cina didapati melahirkan perasaan puas hati terhadap usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam mencari kebenaran dalam kes kematian Teoh bagi menegakkan keadilan terhadap keluarga Teoh Beng Hock.

Kekuatan UMO dimantapkan

Memandangkan DUN N.11 Permatang Pasir terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, yang dianggap kubu kuat parti PKR, malah bersempadan dengan kawasan DUN N.12 Penanti, yang juga merupakan kubu PAS, ada pihak yang berpendapat bahawa kedudukan geografikal kawasan ini akan menguntungkan PAS berbanding dengan BN. Tetapi, pada hakikatnya, sebahagian besar pengundi Melayu di DUN ini adalah penyokong UMNO sejak dulu lagi, dan mereka dilaporkan meninggalkan BN dalam PRU12 kerana timbul masalah dalaman dalam parti UMNO. Masalah dalaman yang berbangkit tempoh hari telahpun diselesaikan dan dengan itu penyokong UMNO dijangka akan kembali menyokong calon UMNO dalam pilihan raya kecil ini.

PR menghadapi masalah dalaman

Sebaliknya, Pakatan Rakyat pula kini dilaporkan menghadapi sindrom masalah dalaman antara rakan-rakan bersekutu, terutamanya antara DAP dan PAS di negeri-negeri yang ditadbir PR. Malah, rakyat pelbagai kaum, terutamanya kaum Melayu dan India melahirkan perasaan tidak puas hati dengan PR kerana PR gagal menunaikan janji-janji pilihan raya. PR lebih menumpukan perhatiannya dalam mencari kesalahan kerajaan BN daripada menunaikan janji-janji dan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat seperti dijanjikan dalam PRU12 tanpa mengira kaum, agama dan etnik. Perkembangan terbaru dalam medan politik dan hubungan antara parti-parti yang menyertai PR ini dijangka akan mempengaruhi pengundi di DUN Permatang Pasir menolak calon PAS dan memilih calon BN.

BN mampu membela semua kaum

Sebahagian besar rakyat Malaysia kini sedar bahawa BN merupakan satu pakatan yang tulen antara parti politik yang mewakili pelbagai kaum dan etnik di Malaysia yang bermatlamat membela, mempertahankan dan memartabatkan bukan sahaja agama Islam malah hak keistimewaan orang Melayu sambil memelihara kepentingan-kepentingan sah kaum bukan Melayu, termasuk agama, bahasa, kebudayaan warga bukan Melayu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Kesungguhan dan komitmen BN dalam perkara ini terserlah dan diberi nafas baru dalam konsep 1 Malaysia, yang diumumkan oleh Najib Tun Razak apabila beliau mengambil alih kepimpinan negara dan BN.

BN mampu menyedia peluang pekerjaan

Selain itu, rakyat sedar bahawa hanya BN mampu menyediakan pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan. Menurut laporan kerajaan PR dalam sidang DUN Pulau Pinang pada 11.8.2009, sejak 6 bulan kebelakangan ini, hampir 2,082 orang kehilanagan kerja di Pulau Pinang (Jan-1107,Feb-566,Mac-654,April-453,Mei-355 dan Jun-54). Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan PR yang dipimpin oleh DAP tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat Pulau Pinang,malah mengurus ekonomi negeri dengan cekap.Ketidak cekapan PR akan membeban rakyat.

Tiada pendapatan yang mencukupi bagi orang Pulau Pinang akan menimbulkan masalah kurang kuasa membeli di kalangan rakyat. Maka, masalah ini dijangka akan merugikan pekedai-pekedai Cina yang mengharapkan pendapatan dari perniagaan kecil-kecilan di Permatang Pasir. Gejala terbaru ini dijangka akan menimbulkan kebimbangan di kalangan pengundi Cina bagi terus menyokong PAS dalam pilihan raya kecil nanti.

Sokongan BN meningkat

Berdasarkan perkembangan terbaru dalam medan politik di Malaysia sejak Najib mengambil alih teraju kepimpinan negara, terdengar desas-desus bahawa hampir 65% pengundi Melayu, 50% pengundi Cina dan 70 % pengundi India dijangka menyokong calon BN dalam pilihan raya kecil ini. Kedudukan inilah yang menyebabkan, malah mendorong Najib Tun Razak, selaku pengemudi BN, membuat kenyataan bahawa BN akan menunjukkan prestasi yang baik, malah mampu memenangi pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009.

Peluang BN menang cerah

Ada yang mengutarakan pendapat bahawa bulan Ramadan akan memberi kemenangan kepada calon PAS. Sesungguhnya, bulan Ramadan bukan hanya akan memberi rahmat kepada PAS, malah akan mencucuri rahmat dan kejayaan kepada seluruh umat Islam, termasuk calon BN. Ramai penganalisis politik tempatan meramalkan bahawa mood politik rakyat Malaysia kini banyak berubah selepas PRU12, khususnya selepas Najib mengumumkan konsep 1 Malaysia dan diikuti dengan pengumuman dasar-dasar sosial dan ekonomi yang menyerlah kepentingan semua kaum.


Akhir-akhir ini, perjuangan PAS juga didapati lebih mengelirukan pengundi bukan Melayu kerana tindakannya tidak mengambarkan slogan 'PAS Untuk Semua". Tindakan pemimpin-pemimpin PAS jelas membayangkan 'PAS Untuk Muslim Sahaja' . Tindakan pemimpin-pemimpin PAS di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS menimbulkan kesangsian di kalangan pengundi Cina terhadap matlamat PAS. Kekeliruan dan kesangsian kaum Cina terhadap PAS dijangka akan mempengaruhi pemikiran politik pengundi Cina supaya menolak calon PAS dan memilih calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir. Ramai penganalisis politik berpendapat bahawa pengundi Melayu beralih menyokong calon BN di Manek Urai bukanlah sementara malah akan mengulang di Permatang Pasir.

Monday, August 10, 2009

Ekuinas: Platform Baru Meningkatkan Pegangan Ekuiti Bumiputera

Oleh: Tulip Desa

Pelbagai pandangan yang diutarakan oleh rakyat berhubung penubuhan Ekuinas. Ada yang berpandangan positif dan ada juga yang negatif. Di pihak pembangkang pelbagai tohmahan dilemparkan bertujuan memperkecil-kecilkan kemampuan Kerajaan.

Ekuinas atau Pertubuhan Ekuiti Nasional Berhad adalah idea bernas Dato' Najib yang dilihat mampu mengalas cabaran bagi mengubah kadar 19% kepada 30% pegangan ekuiti bumiputera menjelang tahun 2010.

Kadar pemilikan ekuiti bumiputera berada dalam keadaan statik apabila langsung tidak berganjak sejak 19 tahun lalu. Pada tahun 1990, berkadar 19% sehinggalah sekarang. Justeru itu, satu platform baru diperlukan bagi mengubah keadaan pegangan ekuiti yang dilihat berada dalam zon selesa. Ekuinas adalah kesinambungan daripada Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991 - 2000) dan Dasar Wawasan Negara (2000-2010) yang mempunyai satu matlamat untuk meningkat kadar pegangan ekuiti bumiputera ke tahap 30%.

Ekuinas adalah pelaburan baru dengan modal awal sebanyak 500 juta dan sasaran dana sehingga 10 billion. Skop pelaburan menjurus kepada bidang pengangkutan dan lojistik. Tumpuan diberikan terhadap syarikat yang belum disenaraikan di papan utama bursa saham. Melalui pelaburan baru ini, penyertaan bumiputera secara mampan amat digalakkan bagi memantapkan dana pelaburan bumiputera yang sediada.

Apa yang diharapkan, penubuhan Ekuinas akan dapat merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk melihat kadar 30% penguasaan ekuiti bumiputera dalam agihan ekonomi negara. Sehubungan itu, kerjasama daripada semua pihak diperlukan bagi menjayakan idea yang telah digarap oleh Perdana Menteri Malaysia.

Saturday, August 8, 2009

Filtering Internet Is A Noble Initiative

By Perry

Lately, Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim, Minister of Information,Communication and Culture, has proposed to 'filter the internet' to curb and avert the proliferation of the 'porn culture' among our young netizens. The proposal to filter the internet is not to curb the freedom of bloggers, who pos comments and critism on government policies and leaders as alleged by some quarters.

Dr.Rais Yatim's intention is to 'filter' some undesireble elements, such as the child pornography, pass on freely to our young netizens. The pornography culture will certaintly give rise to hedonism among our young citizens. We are aware that lately the cases of free sex, incest,adultery, fornification, gay movement and all sorts of hedonistic and ill behaviours are making inroads in our society,particularly among young citizens. This is a very dangerous trend and it is not augur well for our young nation. We have to put a stop to this phenomenon before it become an endemic social disease among our younger generation.

Hence, let us not influenced by the western media who alleged that Dr.Rais's proposal may shun away the foreign investers investing in our country. The Malaysian government is ambitious and has embarked on a plan to broaden the broadband network coverage to every nook and corner of Malaysia, urban as well as rural, peninsular as well as East Malaysia. The government's intention is not only to narrow the digital divide among the people and regions but also to provide an internet access Malaysians of all walks of life.

So, it does not make sense and it is not fair to o conclude that Dr.Rais Yatim's proposal to filter the internet will jeopadise our economy. We shoud be aware of the agenda of some quarters's who areall out to colonize us , a neo-colonization , through the free flow of western , pornography, which is deemed to be against our basic tenets and precepts of the religions of Malaysians.

Hence, Let us not fell prey to the Western propaganda, but give our undivided support to Dr.Rais Yatim's noble initiative of regulating access to internet among netizens in order to save our children, the future leaderes of this great nation, Malaysia.