Tuesday, October 14, 2008

ANWAR IBRAHIM TIDAK FOKUS DI DALAM DEWAN RAKYAT. TAHNIAH MP BATU PAHAT DAN RTM

OLEH: PEMIKIR

MP Batu Pahat (BN) ketika ditemuduga RTM1 dan disiarkan pada malam 13 Oktober 2008 berpendapat bahawa Anwar Ibrahim, MP Permatang Pauh tidak fokus semasa berhujah Bajet 2009 pada hari pertama Parlimen bersidang. Beliau tidak faham logik MP Permatang Pauh berkaitan dengan unjuran yang berteraskan harga baru setong minyak yang menurun.

MP Batu Pahat mengatakan bahawa Kerajaan telah timbang semua aspek sebelum membuat Bajet 2009 termasuklah kemungkinan-kemungkinan turun naik harga minyak di pasaran dunia. Dalam hubungan ini, tiada asas untuk pembangkang-pembangkang meminta Bajet dikaji semula dan dibentang sekali lagi. Pemikiran karut MP Permatang Pauh ini yang pernah menjadi Menteri Kewangan dulu, tidak masuk akal. Beliau sengaja timbulkan perkara yang bukan-bukan hanya untuk berhujah dan menyedapkan kawan-kawan pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Wiramalaysia bersetuju dengan komen MP Batu Pahat bahawa pembangkang ketandusan modal untuk berbahas. Diharap RTM1 terus mendapatkan MP-MP BN untuk memberi pendapat supaya peminat setia RTM didedahkan kepada sandiwara dan tipu daya pembangkang.

6 comments:

Anonymous said...

Tipa tertipu yang dilakonkan oleh DSAI dan konco-konco nya dah membuat rakyat tidak percaya pada dia dah....pembangkang cuma tahu cakap tapi x tahu buat

Ninja Turtle said...

Bajet 2009 telah dibentangkan dengan kandungan yang begitu baik sekali untuk rakyat Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak. Bajet 2009 bukan sahaja merangkumi naik turun harga minyak akan tetapi keseluruhan ekonomi Malaysia.

Saya rasa DSAI sudah putus idea, asyik-asyik minyak, asyik-asyik bentang bajet baru, itu ini yang tidak berfaedah langsung. Dengan hubungan baik beliau dengan Amerika, cubalah beliau gunakan kesempatan itu untuk mempengaruhi mereka supaya mengurangkan harga minyak tersebut yang banyak mempengaruhi ekonomi dunia.

Jangan asyik membangkang sahaja, kot-kot dia jadi menteri kewangan dulu pun tak menjadi fomula beliau.

Zaidil Ripin said...

DSAI sememangnya seorang otai dalam dunia politik. Namun beliau tidak dapat menerima kejatuhan dunia politiknya selepas 16 September menjadi abu... hahahaha... Tulah.. confiden sangat.. Siapa malu.. DSAI dan keluarga yang malu.... Sekarang buat hal dalam parlimen, tak fokus kepada tugas sebagai wakil rakyat. Asyik-asyik nak jadi PM.. rakyat kat pematang pauh jadi mangsa..

rayliew said...

Apakah sudah diberi peluang berucap masih suka buat kritikan..apakah beliau ini diamanahkan oleh pengundi untuk mengkritik sahaja???? apakah beliau tak ada idea-idea yang bernas untuk bekerjsama dengan kerajaan Pusat bagi mengataso keadaan krisis global semasa..

Anonymous said...

saye cadangkan buat satu saluran tv live sepanjang persidangan dewan..baru besssh...kita tengok sapa bash sapa bash sapa...kuikuikui... ada bran?
tau dah jawapannye.

Anonymous said...

boleh buat live... takut DSAI buat benda 2 jadi sarkis...kuikuikui...tau dah jawapannyeeee..