Thursday, October 30, 2008

Dewan gamat DAP cadang haramkan BN

utusan online

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis hari ini 'naik angin' apabila seorang Ahli Parlimen DAP mencadangkan di Dewan Rakyat supaya Barisan Nasional (BN) diharamkan kerana didakwa bersifat perkauman.

Beliau yang jarang dilihat marah malah sering bergurau-senda dengan pembangkang nampaknya 'hilang sabar' apabila Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengemukakan cadangan itu ketika membahaskan Bajet 2009.

Sambil mengemukakan Peraturan Mesyuarat Perkara 36(6), Jamaluddin lantang membidas Ahli Parlimen berkenaan kerana membuat sangkaan jahat dengan menuduh parti-parti komponen BN hanya membela kaum tertentu sahaja.

''Batu Gajah tidak boleh menuduh kita membela kaum tertentu sahaja, kita minta Yang Berhormat tunjukkan kepada kita bahawa DAP bukan membela kaum tertentu," katanya ketika mencelah ucapan perbahasan Po Kuan di Dewan Rakyat hari ini.

Po Kuan kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sememangnya mengutamakan kaum Melayu kerana dia sendiri tidak boleh memasuki parti itu kerana bukan dari kalangan bangsa berkenaan.

Kenyataannya itu menyebabkan Dewan semakin riuh ekoran bantahan beberapa penyokong kerajaan termasuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat di bawah perkara sama tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Po Kuan yang tidak berpuas hati dengan gangguan yang diterimanya terus mengaitkan beberapa perkara sensitif dalam UMNO yang memartabatkan ketuanan Melayu sehingga menyebabkan Jamaluddin bangkit semula.

Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu merujuk kenyataan Ahli Parlimen DAP itu dengan Peraturan Mesyuarat Perkara 6 10(c) iaitu mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati dan boleh membangkitkan rasa tidak puas hati.

''Ucapan Batu Gajah memang menyakitkan hati. Cakap sedap sahaja. Hendak membela semua kaum tetapi sebenarnya (DAP) pun hanya membela satu kaum sahaja. Betul tak?,'' katanya.

Ketika ini, Wan Junaidi meminta Po Kuan menukar topik perbahasannya bagi menghentikan pertikaman lidah lantas Ahli Parlimen DAP itu duduk selepas tidak mempunyai perkara lain untuk disentuh.

1 comment:

rayliew said...

Budaya BIADAP DAP sekali lagi dipaparkan dalam dewan... sekarang pula dipermainkan isu perkauman..dan MP Batu Gajah mahu haramkan BN...

HOI.HOI.HOI. BN adalah satu pertubuhan yang SAH dan ianya merangkumi parti-parti komponen BN dari pelbagai kaum. JELAS sekali tuduhan yang dilontarkan oleh MP Batu Gajah adalah TIDAK MUNASABAH..
Kalau hendak dibandingkan, kenapa Kepimpinan tertinggi DAP dikuasai oleh KELUARGA dan SAUDARA LIM KS....