Thursday, October 23, 2008

CUTI 2 HARI UNTUK DEEPAVALI (MP PADANG SERAI)

MP Padang Serai (PKR) melahirkan kesedihan kerana Perayaan Deepavali hanya diberikan cuti sehari sahaja . MP Padang Serai berkata cuti yang diberikan selama satu hari tidak cukup dan menunjukkan kerajaan BN kurang prihatin terhadap masyarakat India dan meminta agar cuti diberikan selama dua hari. MP Padang Serai menyimpang daripada tajuk perbahasan apabila mencelah ketika MP Bandar Kuching berbahas mengenai KWSP dan EPF. Wajar juga apa yang dikatakan oleh MP Padang Serai. Apapun Putri ambil peluang ucapkan Selamat Menyambut Perayaan Deepavali kepada semua kaum India di Malaysia.
-putrimalaysia-

3 comments:

LIMAUDONG said...

Salam JR

Sabar Pakcik Tunggulah sehingga Parti Pakatan Rakyat memerintah Malaysia ok.

"Selamat Deepavali Kepada kaum India"

rayliew said...

Yang pentingnya kerajaan tidak menghalang warga India dan Sikh untuk menyambut HAri Deepavali..Jangan lupa perayaan Thaipussam pula..Warga India dan Sikh yang bekerja juga dibenarkan mengambil cuti untuk sambutan tersebut. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil cuti juga..

Saya ucapkan Selamat Menyambut HARI DEEPAVALI kepada semua pengunjung blog dan BLOGGERS yang beragama HINDU....

babybee said...

Pihak kerajaan langsung tidak larang warga india menyambut hari Deepavali dan Tahipussam tetapi bagi Cikgu India yang mengajar di Negeri Sarawak yang paling kesin kerana ada sesetengah pengetua langsung tidak membenarkan mereka mengambil cuti untuk balik rumah untuk menyambut hari perayaan. Adakah ini tindakan yang wajar?

"Selamat hari Deevapavali"