Wednesday, October 8, 2008

ANGGOTA HINDRAF DIEKSPLOITASI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN BERKEPENTINGAN SEMPIT

oleh: PEMIKIR

Sudah tidak puas mengacau majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri, Hindraf membuat laporan polis pula terhadap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar. MP Kota Tinggi ini menjadi sasaran puak-puak Hindraf kerana mereka dah mula ketandusan modal. Hindraf sengaja menggunakan cara ini untuk mendapat publisiti murah dan terus memastikan pengikut-pengikut setia pada Hindraf.

Ahli Hindraf, R. Thanenthiran seolah-olah hilang akal dan terus menunjuk kebodohan beliau memperkudakan ahli-ahli Hindraf yang majoritinya tidak berpengajian tinggi. Beliau benar-benar menjadikan pengikut-pengikut Hindraf seperti hamba abdi untuk kepentingan sempit mereka.

Pemerhati politik berpendapat bahawa orang sudah mula meluat dengan kesombongan anggota dan pemimpin-pemimpin Hindraf. Mereka tidak sedar bahawa Hindraf itu haram dan kerajaan hingga di saat ini masih toleran dan tidak mengambil apa-apa tindakan. Mereka seolah-olah mabuk atau seperti kena sihir apabila berarak masuk dengan megahnya ke dalam dewan PWTC.

Alangkah bahayanya sekiranya dikalangan mereka yang ada membawa senjata dan ini boleh mencetuskan huru-hara.

Pemerhati berpendapat, rata-rata orang keturunan India ini adalah baik dan beradab tetapi hairan kenapa sejak kebelakangan ini, segelintir mereka bersikap rakus, kasar dan tidak pandai. Elok perkara ini diselidiki supaya pandangan masyarakat terhadap mereka dapat dipulihkan.

1 comment:

LIMAUDONG said...

Salam JR

Mungkin terlalu banyak bermimpi seperti mat jenin dan minum samsu ( langkau/tapai) sebab itulah mereka macam MONYET TERMAKAN BELACAN.