Sunday, January 4, 2009

Perbezaan Hukum Hudud PAS di Terengganu dan Kelantan

1) Hukum Hudud di Kelantan tiada Hukum Bughoh (penderhaka kepada kerajaan) tetapi di Terengganu ada Hukum Bughoh.

2) Hukum hudud sepatutnya dikenakan kepada orang Islam dan bukan Islam. Tetapi di dalam Hudud PAS Kelantan dan Terengganu, hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja seperti mengenai zina.

3)Hukum baligh mengikut kaedah feqah, perempuan berumur 9 tahun dan lelaki berumur 15 tahun. Tetapi di dalam hukum hudud PAS Kelantan dan Terengganu, umur baligh yang ditetapkan terhadap lelaki dan perempuan ialah 18 tahun.

4)Tiada hukum mengenai liwat yang disebut didalam hudud PAS Terengganu tetapi ada di dalam Hukum Hudud PAS Kelantan.

5)Di dalam mukasurat 32, Hukum Hudud Kelantan membenarkan suami untuk meliwat isteri.
Membenarkan sesiapa sahaja untuk dilantik sebagai hakim sekalipun tidak mempunyai kelayakan di dalam perundangan syariah.

2 comments:

antianwaribrahimdotcom said...

HUDUD ADA BANYAK VERSI KE? PELIK SUNGGUH AKU DENGAN PAS NIH.

KENAPA HUDUD PAS TERENGGANU TIDAK MENGAMBIL SAHAJA HUDUD DI KELANTAN?

BUKANKAH PAS MEMPERJUANGKAN HUKUM ALLAH YAKNI HUDUD YANG SAMA?

ALAHAI PAS...

MOHAMAD AKMAL said...

versi mana yang saudara ikut perbezaan tersebut?. Kitab fiqh mana yang mengajar hudud untuk orang bukan Islam juga?.

Kalau anda mengatakan Arab Saudi, maka itu bukan kitab fiqh, tetapi dasar negara tersebut.

Pasal umur baligh tu saudara juga perlu rujukan kitab fiqh yang berkisar tentang perlaksanaan hudud terhadap penjenayah, bukan baligh dalam solat.Tak apa, saya ada silap saudara juga silap; Meh kita pakat² pelajari ilmu Islam agar lebih mengetahui lagi..