Bharian Online
oleh Zainudin Isa
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata, Pas dan DAP yang kini saling mempersoalkan pelaksanaan hudud dan qisas, menunjukkan pembangkang sebenarnya tidak mempunyai pendirian bersama. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia juga menunjukkan pakatan yang dibentuk pembangkang rapuh dan hanya bertujuan menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
Bercakap dalam sidang akhbar selepas pelancaran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Darul Iman (UDM), di sini, pagi ini, Najib berkata, tidak perlu Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang menjelaskan kekeliruan hudud kepada Umno semata-mata kerana sesama pembangkang sendiri bertelagah mengenainya.
"Malah, saya percaya ramai pengundi bukan Islam, khususnya di pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu sendiri tidak sedang hati dengan hudud yang diperjuangkan Pas ini," katanya.
Friday, January 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment