Wednesday, January 14, 2009

ADUN-ADUN PAS DI KUALA TERENGGANU SUDAH BANKRAP PEMIKIRAN

Oleh: Pemikir
Setelah beberapa hari kempen di empat DUN oleh kedua-dua ahli parti, rakyat sudah mula mengukuhkan pendirian calon mana yang hendak dipilih. Dengan pembangunan yang begitu pesat di Kuala Terengganu rakyat di kawasan ini kelihatan tiada menghadapi apa-apa masalah besar kerana Kerajaan Negeri dan pemimpinnya didapati proaktif menangani keperluan mereka.

Kawasan DUN yang dipegang oleh ADUN PAS masih terdapat ciri-ciri bahawa mereka tidak berupaya untuk membela nasib pengundi-pengundi mereka. Terdapat kelompok-kelompok kemiskinan yang sepatutnya dikenal pasti dan diselesaikan oleh ADUN-ADUN PAS tersebut. Malangnya ADUN-ADUN PAS ini tidak berwibawa untuk membuat sesuatu selain dari menunggu peluang untuk datang dari langit untuk membantu mereka.

Apabila berlakunya pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, ADUN-ADUN PAS dan penyokongnya didapati mula mencari peluang untuk mengeksploitasi keadaan untuk kepentingan mereka. Dengan sewenang-wenangnya mereka tanpa segan silu mengutuk Kerajaan BN yang tidak prihatin kononnya. Inilah kerja PAS setiap hari mencari kelemahan tetapi tidak berusaha untuk mengatasinya.

Pengundi Kuala Terengganu perlu sensitif dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan putar belit PAS serta penyokong-penyokongnya yang sedang sibuk berkempen di lapangan. Apa yang dikatakan oleh perayu-perayu PAS perlu diteliti kerana banyak maklumat palsu dan dengan itu ditolak tanpa ragu-ragu.

Kerajaan BN tetap seperti diwar-warkan oleh pemimpin-pemimpinnya sentiasa prihatin terhadap tiap warga Kuala Terengganu tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

No comments: