Monday, January 5, 2009

Kempen serang peribadi tiada sambutan

oleh: citraadora

KUALA TERENGGANU: Pembangkang semakin terhimpit apabila kaedah serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, tidak mendatangkan hasil menyebabkan kepemimpinannya terpaksa meminta bantuan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk mencari isu sebagai modal kempen.

Wan Ahmad Farid berkata, pembangkang masih terkial-kial mencari dan mencipta isu untuk dijadikan modal berkempen selepas kempen menerusi serangan peribadi terhadap beliau tidak mendapat sambutan. Katanya, sebelum ini isu hukum hudud juga tidak mendapat sambutan menyebabkan mereka terpaksa beralih kepada isu lain termasuk melakukan serangan peribadi menerusi ceramah dan blog.

"Mereka cuba pula menggunakan isu nasional termasuk harga minyak, tetapi kita dimaklumkan pengundi sendiri marahkan mereka kerana lupa bahawa kerajaan sudah beberapa kali menurunkan harga minyak. "Kita menerima laporan, pemimpin pembangkang termasuk Pas disergah pengundi apabila membangkitkan semula isu kenaikan harga minyak ketika mengadakan kempen dari rumah ke rumah, selain mencanangkan isu berkenaan dalam ceramah mereka," katanya selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Cina, di sini, semalam.

Turut sama, Penasihat MCA, Tan Sri Low Yin Pin dan Pengerusi MCA negeri, Toh Chin Yaw. Wan Ahmad Farid yang akan meletakkan jawatan Senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri hari ini, berkata pengundi di Kuala Terengganu sudah muak dengan isu yang ditimbulkan secara bermusim oleh pembangkang. "Kita tengok apakah isu nasional yang akan dibawa PR, saya rasa pada asalnya mereka memilih melakukan serangan peribadi secara berterusan kepada kita... mereka tuduh dan kata macam-macam termasuk melalui laman blog dan ceramah.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad Farid berkata, kerajaan tidak pernah mendabik dada mengatakan BN adalah kerajaan yang sempurna kerana masih banyak perkara yang perlu diperkemas dan diperbetulkan. Bagaimanapun katanya, BN adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mendengar rintihan rakyat serta bertindak mengatasinya. Sumber: Berita Harian (5 Januari 2008)


************************************

Jelas rakyat sudah muak dengan dakyah palsu dan tipu muslihat pakatan pembangkang. Bahan kempen mereka tidak lagi berjaya mempengaruhi minda pengundi-pengundi. Hukum hudud, kenaikan harga minyak...sudah menjadi isu basi.

Kini PAS pula tercari-cari isu apa yang patut dibangkitkan bagi menentang Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon BN dalam PRK P.036 pada 17 Januari depan setelah kempen menyerang peribadi Datuk Wan Ahmad Farid tidak mendapat sambutan. PAS benar-benar telah ketandusan idea sementelah merasakan kemenangan PRK ini akan memihak kepada BN.Kepada pengundi-pengundi Kuala Terengganu, pilihlah yang terbaik demi kesejahteraan dan kebajikan anda serta keluarga. Selamat Mengundi.

No comments: