
"Pas akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum. Kita akan buat,” kata Husam Musa (Naib Presiden PAS) dalam wacana perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam, Kota Bharu pada 20 Disember 2008. Apakah Husam hanya berkata ingin buat Hudud hanya kerana mahu menjaga air muka setelah dicabar oleh KJ?
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas."DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu," kata Guan Eng pada 22 Disember 2008. Malah Pemuda DAP turut membantah cadangan PAS untuk melaksanakan hudud. Bila dibantah oleh DAP, Husam dan pemimpin PAS tidak langsung mempertahankan hudud bila didesak bertalu-talu oleh DAP.

Bila didesak berulang kali oleh Guan Eng dan Karpal Singh tentang hudud. Akhirnya Husam tunduk dan mengalah dengan DAP. Husam mula membuat kenyataan yang berlainan. “However, PAS will continue with its struggle to implement Hudud law, which is God’s law, by explaining to all quarters, including the Pakatan Rakyat component parties, until they are ready to accept the law,” kata Husam dalam Suara Keadilan (gambar bawah) pada 23 Disember 2008. Bolehkah selepas ini kita akan lihat Husam tarbiah Karpal untuk terima hudud?

Lim Kit Siang menganggap undang-undang hudud dan qisas bukan dasar perjuangan Pakatan Rakyat. "Hukum hudud bukan menjadi dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya di Kuala Terengganu, semasa hari penamaan calon pada 6 Januari 2008. Sekali lagi, Kit Siang mahu menunjuk belang berkaitan isu hudud. Adakah ada lagi kenyataan dari mana-mana pemimpin PAS untuk kecam kembali Kit Siang tentang isu hudud ini? Sepatutnya PAS tidak perlu takut dan tunduk dengan DAP, tetapi mengapa PAS jadi seolah-olah pak turut pada DAP? DAP berkata yang bukan-bukan, PAS tetap mengiyakan sahaja. Apakah perjuangan PAS sudah terpesong jauh angkara team Erdogan?
AZRINIZAM IBRAHIM
http://anginperubahan.blogspot.com/
1 comment:
bila aku tengok debat khairy dan husam, tergelak besar aku! kahkahkahkahkah!
senang2 jer khairy pulas telinga husam. jentik hidung husam.
khairy mudah jer perbodohkan husam. khairu berjaya masukkan bom ke dalam mulut husam. sampai karpal singh pun kena tempias. hehehehehe!
aku rasa lain kali taubat nasuha husam tak kan berdebat lagi dengan khairy!
WELL DONE KHAIRY!!!
Post a Comment