Wednesday, January 7, 2009

Biodata Calon P.036 Kuala Terengganu




BIODATA CALON BN



Nama: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh



Tarikh lahir: 13 November 1962



Umur: 46 tahun



Isteri: Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab, 40



Anak:
Wan Syafiqah Iryani, 19;
Wan Anis Majida, 15;
Wan Syazana Fasihah, 11;
Wan Deena Masyitah, 8;
Wan Nureen Sofia, 5;
Wan Khaireen Dunnyana, setahun.




Jawatan dalam parti: Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu


Pendidikan: Berkelulusan Undang-Undang dari Universiti Thames Valley, LondonRumah: Suasana Sentral Kondominium, KL Sentral, Kuala Lumpur




DATUK Wan Ahmad Farid, dilahirkan di Jalan Ibrahim, Kuala Terengganu pada 13 November 1962 dan pernah bertugas sebagai Peguam bela dan Peguam cara mulai 1987. Beliau menang jawatan Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu selepas menewaskan Datuk Roslan Awang Chik pada 2004.Berusia 46 tahun, beliau kini menjadi Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu yang disandangnya sejak dua penggal.Beliau dilantik Senator pada 2006 dan bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri bermula 1 Januari 2004 hingga 18 Mac 2008, sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, mulai 19 Mac lalu.
Beliau yang gemar membaca, memiliki kelulusan Undang-Undang dari Universiti Thames Valley, London. Selain itu, beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Terengganu mempunyai pengalaman dan pembentangan kertas kerja dan menghadiri seminar di beberapa negara.Antaranya, persidangan Regional Ethics In Leadership di Vietnam pada 2000; pemerhati pilihan raya Presiden Amerika Syarikat atas jemputan Jabatan Negara AS (2000), membentang kertas kerja Ancaman Keganasan Di Asia Tenggara, CSIS, Jakarta (2002).
Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Bengkel Penubuhan Komuniti Asean di Manila di Asean People's Assembly (2002) dan berucap di Institut Rantau Asia dan Pasifik, University of Sydney semasa menjadi tetamu kerajaan Australia pada 2003.
BIODATA CALON PAS
Nama: Mohd Abdul Wahid Endut
Umur: 52
Isteri : Wan Fatimah Wan Abdullah
Pekerjaan: Guru
Anak: Sembilan
Kelayakan Akademik:
Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Ijazah Perikanan & Maritim, Universiti Putra Malaysia (UPM) Jawatan Politik:
Bendahari Pas Terengganu
Yang Dipertua Pas, Kuala Terengganu
Jawatan Kerajaan:
Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri (1999-2004) MOHD Abdul Wahid Endut, 52, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, satu daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Terengganu. Abdul Wahid menjadi Adun sejak lima penggal dari tahun 1990 dan pernah sepenggal menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco), ketika Pas mentadbir Terengganu pada 1999 hingga 2004. Abdul Wahid boleh dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili hingga kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada 1982.
Anak jati Terengganu ini dilahirkan pada 29 September 1957 di Kampung Pulau Rusa dan kini menetap di Kampung Seberang Baruh Kiri, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Wan Fatimah Wan Abdullah bersama 9 orang anak, yang terdiri daripada dua lelaki dan tujuh orang perempuan. Isterinya seorang warga pendidik di sebuah sekolah kerajaan di negeri ini. Abdul Wahid mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, sebelum melanjutkan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) (kini dikenali Universiti Putra Malaysia). Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai Tadbir di UPM dan menjalankan perniagaan berasaskan pertanian sebelum berkecimpung sepenuh masa sebagai ahli politik. Dalam parti, beliau kini adalah Yang Dipertua Pas, Kuala Terengganu dan Bendahari Badan Perhubungan Pas negeri Terengganu.
Selain itu, pengalamannya dalam parti PAS pernah memegang jawatan Bendahari Dewan Pemuda Pas Pusat dan Ketua Pemuda Pas Terengganu dari tahun 1991 hingga 1993. Prinsip perjuangan beliau ialah, "Usah sekali-kali mencari musuh, tetapi jika musuh datang kita akan menghadapinya." Beliau dipilih sendiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon parti itu bagi merebut kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang sudah ditawan BN selama dua penggal sejak 2004.
Pemilihan Abdul Wahid diputuskan sesudah mendapat restu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pemilihan beliau sebagai calon parti mengejutkan ramai pihak sama ada dalam Pas, mahupun saingannya dalam Umno. Sebelum ini, nama yang paling disebut-sebut sebagai calon Pas ialah Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dan Mustafa Ali.
BIODATA CALON BEBAS
Nama: Azharudin Mamat
Umur: 46 tahun
Pekerjaan: Tabib Perubatan Alternatif
Asal: Kampung Ladang Pasar, Kuala Terengganu
Pendidikan: Lulusan Kursus Teknologi Makanan, Unitersiti Putra Malaysia (UPM)
KEMUNCULAN Azharudin Mamat @ Adam, pada saat akhir tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pada 6 Januari, bukan saja mengejutkan ramai pihak, malah beliau bukannya calon Bebas sebenar yang disebut-sebut sebelum ini.
Dengan niat untuk membantu golongan golongan miskin tanpa mengira bangsa di kawasan Parlimen berkenaan, Azharudin, seorang tabib dari Kampung Ladang Pasar, Kuala Terengganu, berkata bukan tujuannya membuat kejutan, tetapi cuma masa yang terlalu sibuk sehingga beliau tidak sempat memberitahu cadangannya untuk menawar diri sebagai calon. "Saya sebenarnya sudah tergerak hati untuk bertanding beberapa hari selepas penyandang kawasan Parlimen ini, Allahyarham Datuk Razali Ismail meninggal dunia, November lalu.
"Matlamat kita untuk tolong orang miskin kerana saya lihat ramai pemimpin yang hanya bercakap untuk tolong tapi tak berbuat apa selepas menang," katanya. Mengenai peluangnya untuk menang, bapa kepada sembilan anak itu menyerahkannya kepada Allah. "Terpulang kepada Allah, kalau Allah nak buka hati penduduk sini, Insya-Allah," katanya yang juga anak bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad iaitu Datuk Adam Taib. Azharudin yang menjalankan perniagaan perubatan alternatif di Kampung Ladang Pasar itu akan menggunakan 'buku' sebagai lambangnya pada pilihan raya kecil itu.
Dipetik dari Berita Harian Online

No comments: