Thursday, January 8, 2009

Anwar dakwa laluan ke Putrajaya semakin jelas

BHARIAN ONLINE

KUALA TERENGGANU: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara terbuka mengakui laluannya ke Putrajaya semakin jelas jika calon Pas menang besar pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini. Dalam ceramahnya di Kampung Bukit Kecil di sini malam tadi, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, jika calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut menang besar, bermakna Pakatan Rakyat hanya memerlukan 27 kerusi lagi untuk menubuhkan kerajaan. "Saya secara terus terang menyatakan laluan kita ke Putrajaya semakin jelas sekarang.

"Dua kerusi di Sabah sudah dalam tangan kita dan tinggal 28, satu pada 17 Januari ini apabila Abdul Wahid mengambil kerusi Parlimen Kuala Terengganu dari tangan Barisan Nasional (BN). "Malah, jika kita menang besar di sini, maka perjalanan kita ke Putrajaya akan lebih mudah lagi kerana ada golombang kebangkitan nanti," katanya. Beliau juga mengulangi dakwaannya baki 27 lagi kerusi yang diperlukan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan akan dicapai menerusi Ahli Parlimen Umno yang melompat ke pembangkang.

"Saya tahulah siapa orang Umno yang nak datang (menyertai pembangkang)...saya pernah dalam Umno, sampai jadi Timbalan Presiden Umno, saya tahulah mereka ini," katanya.

_________________________________

Mustikaindah: sekarang Anwar menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu.... 17hb Januari ni dia akan nyanyi lagu Pelamin anganku MUSNAH

No comments: