Wednesday, January 7, 2009

BN nafi beri RM500 kepada pengundi KT

Bharian Online

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya ada anggota Barisan Nasional (BN) yang mengumpul kad pengenalan pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu untuk diberikan wang sebanyak RM500 setiap seorang.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas dan sengaja ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memburukkan parti berkenaan. “Sehingga kini, saya tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Kalau bagi RM500 seorang, berapa banyak wang yang perlu dikeluarkan? Dakwaan itu langsung tidak masuk akal,” katanya selepas menutup seminar ke arah penubuhan Yayasan Masjid Malaysia di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Mengenai tohmahan pembangkang yang mendakwa Umno dan BN seperti rejim Israel, Ahmad berkata ia satu tuduhan liar daripada mereka yang sebenarnya bersikap ganas dan kasar. “Tuduhan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang pemimpin, tambahan pula yang beragama Islam,” katanya. - Bernama


Mustikaindah: Betul apa yang dijangkakan sebelum ini. Pembangkang sudah ketandusan isu. mereka hanya cuba mencari kesalahan BN yang tidak wujud sama sekali.

Putri: BETUL....BETUL...BETUL...

No comments: