Thursday, January 8, 2009

Visi Razali dijamin dilaksana


Poster dan bendera parti bertanding pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dipasang di pembahagi jalan di Jalan Durian Burung, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 7 Jan. – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan merealisasikan segala visi, impian dan perancangan Allahyarham Datuk Razali Ismail khususnya dalam bidang pendidikan di Kuala Terengganu.
Sehubungan itu, beliau berkata, adalah penting Barisan Nasional (BN) terus dipilih menduduki kerusi Parlimen kawasan berkenaan dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 17 Januari ini bagi membolehkan usaha tersebut dilakukan.
‘‘Saya juga telah memberi jaminan kepada calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berhubung perkara tersebut kerana kita ingin memastikan segala yang dirancangkan oleh Allahyarham Razali yang sebelum ini Timbalan Menteri Pelajaran dapat dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali yang menyatakan jika Pas memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ia tidak akan menjejaskan kedudukan BN sebagai kerajaan negeri.
DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE

No comments: