Hukum Hudud sudah adalah satu wadah perjuangan PAS untuk menegakkan sebuah negara Islam. Boleh dikatakan perjuangan untuk meperjuangan syiar Islam sudah lama di perjuangkan oleh PAS dan Hukum Hudud adalah antara perjuangan PAS yang belum selesai.Sejak memerintah Kelantan yang sudah menghampiri 20 tahun lamanya, bayangan Hukum Hudud belum juga muncul hanya sekadar mainan politik kerana apabila setaip kali menjelang pilhan raya Hukum Hudud akan muncul semula.
Jika di awal memerintah Kelantan, PAS bermati-matian memperjuangkan Hukum Hudud dan ingin melaksanakannya di Kelantan dan apabila PAS menguasai Terengganu sekali lagi mereka melaungkan perjuangan untuk melaksanakan hukum Allah tersebut.Namun akhirnya hampir 20 tahun memerintah Kelantan Hukum Hudud belum juga dilaksanakan tetapi pusat hiburan semakin bertambah malah pembukaan semula pusat snooker yang dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan yang di tutup seawal PAS memerintah Kelantan menunjukkan bagaimana permainan poilitk PAS dalam memperjuangkan Islam. Begitu juga dengan Terengganu semasa di bawah pimpinan PAS sehingga lah Kerajaan PAS Terengganu di bawah pimpinan Haji Hadi lenyap di bawah arus kebangkitan gelombang rakyat Terengganu Hukum Hudud hanya tinggal kenangan.
Namun, apabila menjelangnya Pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 nanti, Hukum Hudud mula kedengaran semula. PAS, PKR dan DAP memulakan lakonan mereka mengenai percaturan dan perselisihan faham mengenai Hukum Hudud. Ia bermula apabila debat yang diadakan oleh Husam Musa dengan Khairy Jamaluddin baru-baru ini yang membangkitkan isu perlaksanaan Hukum Hudud oleh PAS.
Sandiwara PAS bermula dengan menyatakan dengan nada yang keras bahawa Hukum Hudud akan dilaksanakan jika PAS memerintah Malaysia dan kenyataan tersebut disambut dan ditegah oleh pelakon atau hero kedua DAP Lim Guan Eng yang tetap menolak perlaksanaan Hukum Hudud dan mendakwa bahawa tiada sebarang perjanjian antara Kerajaan Pakatan Rakyat yang bersetuju untuk melaksanakan Hukum Hudud jika mereka menguasai Kerajaan nanti.
Bagi menguatkan lagi cerita Hukum Hudud ini, Menteri Besar Kelantan yang juga pejuang kepada Hukum Hudud mula membuka mulut yang kononnya Hukum Hudud ini akan tetap dilaksanakan jika PAS menjadi Kerajaan atau memerintah Malaysia, wal hal sehingga kini Hukum Hudud di Kelantan belum terlaksana. Timbul lah persoalan, kenapa hanya bila PAS dapat memerintah Malaysia baru Hukum Hudud akan terlaksana? Kenapa tidak dilaksanakan dulu di Kelantan? Boleh kah PAS menjadi pemerintah? PAS patut sedar kerana macam mana nak memerintah Malaysia jika setakat memenangi 20 kerusi Parlimen berbanding rakan mereka dari DAP 28 dan PKR 30 kerusi Parlimen? Bukankah PAS ini hanya sekadar dijadikan batu loncatan oleh PKR dan DAP untuk melebarkan kuasa mereka?Berbalik kepada Hukum Hudud, sebenarnya ia hanyalah permainan politik Pakatan Rakyat untuk memerangkap BN dalam pilihan raya kecil kuala Terengganu nanti. Kerana Hukum Hudud pada dasarnya sudah luput dalam perjuangan PAS berdasarkan dasar-dasar parti PAS yang sejak kebelakangan ini yang lebih terbuka sikapnya dan mula menyisihkan perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini.
PAS sedar, kerana Hukum Hudud lah yang menjauhkan rakyat terutama kaum bukan melayu untuk mendekati PAS dan antara punca PAS terpaksa menyerahkan kembali Terengganu kepada BN. Jika Hukum Hudud ini diteruskan juga, PAS sedar mereka akan berjuangan keseorangan kerana dasar DAP dan PKR sudah terang lagi jelas lebih kepada perjuangan politik dunia. Mahu tidak mahu, segala perjuangan untuk menegakkan terutamanya Hukum Hudud hendaklah diperlahankan kerana takut rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan arahkan mereka keluar dari pakatan.Janganlah ada pihak terperangkap dengan sandiwara PAS, DAP dan PKR dalam isu Hukum Hudud ini. Ia hanyalah sekadar mainan politik PAS dan rakan dalam Pakatan semata-mata untuk meraih sokongan dan perhatian rakyat menjelang plihan raya kecil Kuala Terengganu nanti.
dipetik dari warta citra cafe
No comments:
Post a Comment