Tuesday, January 6, 2009

Nik Aziz Samakan Penipuan Anwar Dengan Sunnah Nabi!

SUMBER: BELANTAN.BLOGSPOT





SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul.
“Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama,” katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini, semalam.
Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas sentiasa menyokong tindakannya itu.
“Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.
“Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah,” katanya.
Tetapi Nik Aziz Terlupa :
Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa : " Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong. Apakah rancangan pembangunan yang pernah dikemukakan oleh PAS untuk kebaikan rakyat ketika parti itu menjadi anggota komponen Barisan Nasional dulu? Sejak dulu hingga sekarang, PAS hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya. Itu saja."
Jelas ucapan ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim seorang yang berdolak-dalik dan tiada pendirian. Masa itu dia kutuk PAS habis-habisan. Sebelum ini, melalui Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin sendiri oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail, beliau memuji muja PAS tiada tolok bandingnya. Lebih dari itu, bersekongkol pula dengan parti ekstremis Cina, DAP.
Dulu kutuk PAS sebagai parti yang hanya tahu buat ceramah, tabur janji dan tidur. Sekarang apa dah jadi. Parti perjuangannya pula ikut jejak langkah PAS. Begitulah halnya orang yang asyik bermain dengan lumpur, akhirnya tempelak ke muka sendiri.
Soalnya apakah orang macam ini yang hendak dimertabatkan sebagai pemimpin. Mulut manis lidah berkait. Jawapnya tidak sekali-kali.
Komen : Inilah akibatnya apabila menyalahgunakan ugama untuk kepentingan politik? Sebagai seorang Islam rasa nak kecewa pun ada dengan fatwa terbaru Nik Aziz ini yang semakin menyongsang. Apakah Nik Aziz tidak memikirkan yang tindakan Anwar ini bahaya dan akan memecah belahkan masyarakat Malaysia. Apa kah penipuan Anwar itu boleh disama kan dengan sunnah Rasullullah s.a.w ? Tidakkah Nik Aziz merasakan yang tindakannya menyokong Anwar ini sebenarnya bersubahat, dalam ertikata lain bersubahat menipu rakyat? Nampak nya begitu mudah Nik Aziz persendakan junjugan kita hanya semata-mata untuk membenarkan penipuan Anwar itu!! Kepada yang masih memuja Nik Aziz, maka renung kan lah fatwa baru Nik Aziz itu..apakah ia selaras dengan ajaran Islam? Ya Allah, bukakan lah hati mereka agar kembali kejalan yang benar.
TaminsariShah Alam

No comments: