KT: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.
"Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.
Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu pagi semalam.
Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.
Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.
"Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.
"Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik," katanya.
Isu undang-undang hudud dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu forum di Kota Bahru lebih dua minggu lalu.
Dalam forum tersebut, Khairy meminta Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan pendiriannya mengenai hudud dan Husam menegaskan parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini. /Mstar
***********************
Citra Adora:
Kenyataan pertama daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pelaksanaan hukum hudud dan qisas.
Jelas, hukum hudud dan qisas tidak akan dikenakan terhadap orang bukan Islam jika Pakatan Rakyat memerintah negara.
Kenyataan ini adalah bercanggah dengan pendirian PAS bahawa hukum hudud dan qisas akan terus diimplementasi/digunapakai kepada semua tanpa mengira agama sebaik sahaja pakatan pembangkang berjaya meneraju tampuk pentadbiran negara.
Sudah terang lagi bersuluh, Pakatan Rakyat memang tiada kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan. Isu hukum hudud dan qisas hanyalah mainan politik mereka sejak dulu lagi bagi menarik sokongan rakyat.
No comments:
Post a Comment