Friday, January 9, 2009

Hudud: Keikhlasan Penasihat PKR dipertikai

Dipetik dari Utusan Online

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya memerintah negara ini merupakan gimik politik bagi memancing sokongan pengundi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, keikhlasan Anwar dipertikaikan kerana parti yang dianggotai oleh pelbagai kaum itu sebelum ini langsung tidak pernah menyatakan secara terbuka kesediaan menerima hukum hudud dalam mana-mana konvensyen.
Menurut beliau, adalah mustahil bagi sebuah parti yang kebanyakannya dianggotai oleh ekstremis kaum akan menerima bulat-bulat kenyataan Ketua Umum PKR itu.
“Bagi saya ia tidak lebih daripada gimik politik dan pendapat peribadi bukannya parti demi meraih sokongan pengundi Pas dan seterusnya memudahkan kemenangan calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.
“Saya menaruh sepenuh keyakinan kepada orang ramai terutamanya pengundi Kuala Terengganu yang amat bijak untuk menilai karisma Anwar yang sering berdolak-dalih dan sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan hajat besarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments: