Saturday, January 10, 2009

ARAB SAUDI BERWIBAWA MEMBERHENTIKAN KEZALIMAN REJIM ZIONIS

Oleh: Pemikir

Negara-negara Arab yang hampir dengan medan perang atau theatre of war lebih peka menangani isu-isu rantau. Mereka mempunyai badan yang dianggotai oleh negara-negara Arab. Badan ini menyepi tetapi lebih cenderung bahawa perkara ini di internationlisasikan dan terus mendapat perhatian PBB (New York).
Isu Palestin sudah lama dibahaskan di PBB, dengan itu PBB melalui Majlis Keselamatannya yang dianggotai oleh kuasa-kuasa besar termasuklah USA, UK, China dan USSR boleh menggesa rejim zionis daripada mengganas di Palestin.
Namun, di kalangan negara-negara Arab terdapat juga pemimpin-peminpin Arab yang berwibawa seperti Presiden Egip dan Raja Saudi yang boleh memainkan peranan mengendurkan ketegangan yang membara.
Semua negara-negara Arab pengeluar minyak mempunyai hubungan rapat dengan Washinton. Keadaan seperti ini perlu digunakan secara positif dengan pihak Amerika dengan kadar yang segera.
Pemikir berpendapat Arab Saudi menepati kriteria-kriteria sebagai sebuah negara kaya yang mempunyai hubungan akrab dengan Washinton sejak ia dibentuk, mungkin Riyad boleh membuat sesuatu dengan Washinton untuk memberhentikan penyerangan tidak terbatas oleh tentera regim zalim yang kini dikutuk oleh dunia yang percaya kepada kedaulatan negara berteraskan piagam PBB. Kami menyeru Arab Saudi mendesak Amerika Syarikat memerintah pemimpin di Tel Aviv untuk berhentikan kerja-kerja jahat mereka.

No comments: