KUALA TERENGGANU: Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir menyelar pemimpin Pas serta Pakatan Rakyat yang menyamakan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sekarang sebagai peperangan antara Israel dan Hamas di Palestin. “Siapa Israel dan siapa Hamas?,” katanya sambil menyelar retorik politik Pas yang menyamakan BN sebagai Israel dan Pas sebagai Hamas.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun mahu Pas memastikan kesengsaraan penduduk Palestin tidak dijadikan bahan kempen, sedangkan kerajaan tegas memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis itu.
Sebagai contoh, katanya, kesediaan kerajaan meluluskan rangkaian televisyen dan radio Media Prima menyiarkan slot khas kemanusiaan di Semenanjung Gaza bertujuan meningkatkan kutipan Tabung The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Untuk Gaza, membuktikan keikhlasan kerajaan dan kesepakatan rakyat negara ini menentang sekeras-kerasnya kekejaman Israel ke atas Palestin. “Kita jangan jadikan kezaliman dilakukan tentera Israel sebagai modal untuk meraih sokongan pengundi...kita minta pemimpin pembangkang menasihatkan penceramahnya tidak mengulangi kenyataan yang menyamakan pertandingan antara BN dan Pas pada pilihan raya kecil 17 Januari ini sebagai peperangan Hamas dan Israel," katanya selepas mengadakan mesyuarat dan perjumpaan dengan jentera pilihan raya peti undi Kampung Nibung, di sini, malam tadi.
Mukhriz yang juga Penyelaras Aman Malaysia berkata, walaupun terdapat perbezaan ideologi politik, kepemimpinan pembangkang seharusnya bersama kerajaan menentang kekejaman dilakukan Israel dan bukannya membuat andaian BN sebagai tentera Israel yang perlu ditentang.
Mustika: Siapa HAMAS siapa ZIONIS? Mungkin PAS pun sudah kekeringan idea dek kerana kerakusan mereka memastikan timbulnya perasaan benci dan jijk dengan pemimpin UMNO dan PAS.
Mustika: Siapa HAMAS siapa ZIONIS? Mungkin PAS pun sudah kekeringan idea dek kerana kerakusan mereka memastikan timbulnya perasaan benci dan jijk dengan pemimpin UMNO dan PAS.
PutriMalaysia: setuju dengan kenyataan Mukriz. Pembangkang sepatutnya bersama-sama membantu kerajaan .Bukannya menambahkan isu....
AMARAN KEPADA PAS: JANGAN JADIKAN KUALA TERENGGANU SEBAGAI MEDAN PERTEMPURAN SENGIT YANG BOLEH DIIBARATKAN SEBAGAI PEPERANGAN ISRAEL DENGAN PALESTIN....
No comments:
Post a Comment