Thursday, January 8, 2009

Hj Hadi perlu letak jawatan jika PAS kalah di K.Terengganu

Sepatutnya Haji Hadi perlu letak jawatan sebagai Presiden PAS selepas PRU-12 yang lepas. Walau apa jua alasan yang beliau berikan, namun kekalahan besar PAS di negeri Terengganu semasa PRU-12 amat mengejutkan semua pihak.
Persoalannnya, adakah Rakyat Terengganu menolak PAS atau menolak Hj Hadi? Ataupun menolak kedua-duanya sekali.Sama juga seperti di Selangor, adakah kekalahan mengejut BN di Selangor kerana rakyat menolak BN atau kerana rakyat Selangor terlalu marah sikap Khir Toyo yang sentiasa berlagak sombong, angkuh dan lupa diri itu?
Saya fikir faktor Hj Hadi dan Khir Toyo hampir serupa, kenapa rakyat kedua-dua negeri itu menolak kepimpinan mereka berdua. Kini Hj Hadi seolah-olah terpaksa menelan kembali kata-kata zaman silam beliau iaitu antaranya:
1) Dulu Haji Hadi kata berkawan dengan bukan Islam haram lalu dia mengkafirkan orang-orang UMNO, tetapi hari ini senjata itu memakan dirinya sendiri apabila dia melakukan perkara yang sama
2) Memang menjadi perangai Haji Hadi sejak dulu lagi untuk berbohong kepada rakyat. Atas sebab itulah dia tidak boleh kekal menjadi MB Terengganu dan Pas tewas di bawah kepimpinannya. Sepatutnya jika dia pemimpin yang bertanggungjawab, maka Haji Hadi kena letak jawatan sebagai Presiden PAS.
3) Haji Hadi sebenarnya banyak membawa masalah bukan sahaja dalam Pas tetapi juga negara ini. Kerosakan dalam negara ialah dia selalu menipu orang ramai melalui kenyataan-kenyataannya yang mengelirukan. Dulu dia buat hal kononnya menuduh Pas kalah sebab pengundi hantu tetapi pada masa yang sama dia pergi juga angkat sumpah sebagai ADUN Terengganu.
4) Nak buat Hudud tetapi buat pula kenyataan yang Hudud itu untuk orang Islam sahaja. Habis kalau macam itu jika pencuri Melayu, Cina dan India terlibat mencuri benda yang sama, bagaimana keadilan mahu ditegakkan? Adilkah..??
5) Nak tubuh Negara Kebajikan. Disebaliknya mereka mengutip derma melalui setiap ceramah mereka dan menjadikan kutipan itu sebahagian daripada sumber pendapatan pemimpin mereka. Adakah itu maksud Kebajikan? Kebajikan kena kat mereka. Sebenarnya pemimpin-pemimpin PAS ini tipu kita dah lama dengan menggunakan agama untuk kepentingan diri dan peribadi mereka. Akhirnya 2 x 5 juga !
6) Akhir sekali sila lihat gambar di bawah:

Posted by SUKJ at 07:30

No comments: