Saturday, January 10, 2009

Jangan menilai orang berdasarkan luarannya (Don't Judge The Book By Its Cover)

Oleh: PP


Sejak pengumuman calon BN bagi Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu hampir dua minggu sudah, maka terdapat pandangan dan persepsi daripada warga Kuala Terengganu terhadap calon. Malah mereka membuat justifikasi tersendiri.

Tetapi sehingga kini terdapat tanda-tanda sokongan ke arah kemenangan calon BN. Ini berikutan kesungguhan kerja dan penonjolan calon akhir-akhir ini bersama-sama orang ramai terutamanya pengundi-pengundi P.036 Kuala Terengganu. Beliau dilihat sebagai salah seorang yang mampu membuat perubahan ke arah menambah pembangunan dan kebajikan masyarakat. Dalam erti kata lain beliau boleh diharapkan untuk membela rakyat khususnya di kawasan P.036 Kuala Terengganu.
Pepatah ada menyatakan, kita tidak boleh menilai seseorang hanya sekadar melihat luarannya sahaja tanpa bergaul ataupun berkawan dengannya. Justeru itu, calon BN P.036 kali ini dipercayai berkebolehan dalam kerjayanya dan bersesuaian dengan kelulusan akademiknya juga mampu membantu masyarakat tempatan dalam hal harian mereka.
Sudah pasti untuk kita mencari calon serba lengkap adalah mustahil. Tetapi kalau tiada rotan, akar berguna juga. Malah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Cumanya pada 17 Januari nanti terpulanglah kepada pengundi-pengundi menentukan nasib masa depan mereka sendiri.
BN telah terbukti melaksanakan pembangunan rohani dan jasmani melalui pelbagai program sehingga negara mencapai kejayaan yang kita nikmati pada hari ini.
Oleh itu, pengundi-pengundi di P.036 Kuala Terengganu berkesempatan sekali lagi memilih calon BN untuk meneruskan agenda yang sedang dirancang demi masa depan dan kesejahteraan negara yang tercinta.

No comments: