Oleh: Pemikir
Kini, PAS beralih kepada isu "UNDI PAS DAPAT PAHALA" setelah merasakan isu hudud tidak mendapat tempat di hati rakyat Kuala Terengganu. PAS bijak mengeluarkan 'fatwa sendiri' demi kepentingan politik sempit mereka untuk memenangi pilihan raya.
Tok Guru, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS tidak berhak menentukan dosa pahala, syurga neraka kepada pengundi. Menjelaskan dosa dan pahala itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Pada pandangan pemikir, kenyataan tersebut adalah untuk meraih undi pilihan raya dan hanya gimik politik semata-mata.
Seharusnya kenyataan sedemikian, tidak boleh keluar daripada mulut seorang yang memiliki ilmu agama yang tinggi yang jelas boleh memesongkan minda dan akidah.
Justeru itu, pemerhati menyeru kepada pengundi Kuala Terengganu agar menolak segala pendekatan yang menjual agama atau memutarbelitkan Islam untuk tujuan politik. Kegiatan PAS ini boleh diibaratkan seperti ungkapan "Haram tetapi makan, riba' tetapi ambil".

1 comment:
kalau tak tahu ugama pergi belajar dan jangan ajar orang yang tahu akan ugama dan menghambakan diri kepada islam sekian lama, sedarlah kamu wahai orang umno, Tok Guru lebih tahu dari kamu tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka, Tok Guru telah berjuang dengan Pas kerana dia tahu akan DASAR Pas adalah Islam dan bukan nya umno yang tak pernah memperjuangkan Islam,agama yang kamu semua annuti sekarang, Sesiapa yang sokong orang yang memperjuangkan Islam Insya'Allah akan dapat pahala dari ALLAH s.w.t
Post a Comment