Tuesday, January 13, 2009

Isu Pelaksanaan Hukum Hudud Di Terengganu

Oleh: Citra Adora

  • Isu Hudud merupakan isu basi yang sering dimainkan oleh PAS sejak dahulu lagi. Isu ini merupakan mainan politik PAS apabila menghadapi pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.

  • Terdapat dua draf Hukum Hudud PAS iaitu di Kelantan dan Terengganu. Apa yang menjadi kekeliruan ialah mengapa wujud dua draf mengenai hukum ini sedangkan Hukum Allah S.W.T adalah sama dan tetap/tidak berubah yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis.

  • Kedua-dua draf hukum Hudud ini tidak dilaksanakan semenjak PAS memerintah Kelantan hampir 20 tahun (di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar merangkap Mursyidul Am PAS Malaysia.

  • Hukum Hudud PAS Kelantan tidak memasukkan Hukum Bughaoh (derhaka kepada kerajaan) dalam draf Hukum Hudud mereka tetapi PAS Terengganu memasukkan hukum tersebut dalam draf Hukum Hududnya. Wujud perbezaan dalam draf mereka meskipun dari parti yang sama.

  • PAS sering berjanji dalam kempen-kempen pilihan raya yang mengatakan bahawa mereka akan melaksanakan hukum Hudud sebaik sahaja berjaya memerintah negara/negeri tetapi sehingga kini Hudud tidak pernah dilaksanakan baik di Kelantan mahupun di Terengganu semasa PAS memerintah dahulu.

  • Jelas PAS tidak serius dan sengaja melambat-lambatkan pelaksanaan Hudud agar dijadikan modal setiap kali pilihan raya diadakan.

  • Ini adalah jelas membuktikan PAS mempermainkan isu Hudud bagi meraih undi pilihan raya, bukan untuk mengangkat martabat Islam.

  • YB Hj. Abdul Hadi Hj. Awang pernah mengatakan Hudud hanya 0.0001% daripada hukum Islam. Kenyataan beliau ini salah sama sekali kerana Hukum Hudud adalah 100% hukum Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

  • Jika dahulu PAS rajin membaca surah Al-Maidah ayat 44, yang mana menghukum kafir ke atas mereka yang tidak melaksanakan hukum Islam tetapi kini semakin jarang kedengaran mereka mengeluarkan ayat tersebut. Ini kerana walaupun kini PAS dan sekutunya Pakatan Rakyat telah berjaya mentadbir lima buah negeri (Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang) namun sehingga kini pakatan pembangkang tidak sedikitpun mengimplementasi hukum Hudud dalam pentadbiran negeri yang ditakluknya.

  • Kononnya apabila berjaya memerintah, segala pusat hiburan, maksiat dan judi akan dibanteras serta dimansuhkan. Namun janji tinggal janji. Ibarat menanam tebu di bibir. PAS tidak berani melaksanakan hukum Hudud sementelahan pula mendapat tentangan hebat daripada rakan Pakatan Rakyatnya, DAP.

1 comment:

Mr Joker said...

http://perisik-rakyat.com/2009/01/hoi-hantu-hantu-umnobn-kau-jawab-soklan.html