Tuesday, January 13, 2009

PENGUNDI ATAS PAGAR MENENTUKAN KEPUTUSAN PRK KUALA TERENGGANU

Oleh: Perry

Pengundi Kawasan Parlimen P.036 Kuala Terengganu akan keluar mengundi pada 17.1.2009 untuk memilih wakil rakyat mereka. Pilihan Raya Kecil (PRK) ini dianggap penting oleh penganalisis-penganalisis politik kerana majoriti pengundi kawasan ini, hampir 86% adalah terdiri daripada pengundi Melayu.
Secara umumnya kemenangan calon parti-parti pembangkang, kemudian dikenali sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang ke-12 dikaitkan dengan sokongan pengundi bukan Melayu. Adalah juga dilaporkan andaian bahawa calon-calon BN dan khususnya calon-calon UMNO mendapat sokongan padu daripada pengundi Melayu di semua kawasan yang mereka bertanding. Dengan itu, PRK ini dijangka menjadi tanda penunjuk kepada kebenaran andaian tersebut.
Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, menyeru pengundi di Kawasan Parlimen P.036 Kuala Terengganu menyokong dan memilih calon BN, Dato' Wan Farid Bin Wan Salleh, sebagai wakil mereka supaya meneruskan usaha-usaha pembangunan yang dirancang oleh mendiang Dato' razali yang menjadi pilihan semua kaum di Kuala Terengganu.
Dato' Seri Najib mengingatkan pengundi Kuala Terengganu bahawa samada calon BN menang attau kalah dalam PRK, BN tetap akan menjadi Kerajaan yang memerintah Negeri Terengganu dan Persekutuan. Walaupun pemilihan calon dalam PRK ini melibatkan jumlah kerusi di Parlimen, keputusan pemilihan PRK tidak akan mengubah status kuasa memerintah kerajaan Persekutuan. Barisan Nasional tetap mendahului, malah melebihi jumlah kerusi di Parlimen.
Namun, pemilihan calon dalam PRK ini akan menentukan status perwakilan rakyat Kuala Terengganu dalam parlimen dan Kerajaan Persekutuan. Najib membayangkan bahawa sekiranya Dato Wan Farid Wan Salleh, calon BN, dipilih, beliau akan dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, satu jawatan yang akan membantu beliau memberi perkhidmatan yang lebih bermakna kepada penduduk Kuala Terengganu.
Sekiranya calon PAS menjadi pilihan pengundi Kuala Terengganu, maka calon PAS hanya boleh menyuarakan hasrat pengundi di Kuala Terengganu di Parlimen tetapi tidak dapat deliver atau menyampaikan perkhidmatan yang mampu menyelesaikan masalah-masalah pembangunan yang berkaitan dengan kualiti hidup penduduk Kuala Terengganu. Disebaliknya, calon PAS, selaku ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam dapat terus menyuarakan hasrat penduduk Kuala Terengganu dalam Dewan Undangan Negeri.
Justeru itu, pengundi di kawasan P. 036 Kuala Terengganu terpaksa memikir sedalam-dalamnya dalam membuat keputusan bijak dalam memilih wakil parlimen mereka pada 17.1.2009. Pengundi di Kuala Terengganu pernah membuat keputusan yang bijak semasa mereka menghadapi pilihan raya umum yang ke-12 pada 8 Mac 2008. Apakah mereka akan mengulangi keputusan bijak tersebut dalam PRK ini?
Menurut laporan intelligence daripada akar umbi, 53% pengundi Melayu, 50% pengundi Cina dan 80% pengundi India menyokong calon BN. Ini menunjukkan calon BN, Dato Wan Farid Wan Salleh mendahului calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menjelang hari pengundian pada 17.1.2009. Adalah menjadi tanggungjawab pengundi Kuala Terengganu keluar beramai-ramai untuk menunjukkan pilihan mereka pada hari mengundi.
Penganalisis politik mnjangkakan pengundi yang tidak menyertai sebarang parti politik, samada UMNO,MCA atau PAS di Kuala Terengganu akan menentukan pilihan raya pada 17.1.2009.

No comments: