Thursday, January 8, 2009

1,035 kertas undi pos diedar Sabtu ini


KUALA TERENGGANU 7 Jan. - Seramai 1,035 pengundi pos di kawasan Parlimen Kuala Terengganu boleh mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi itu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengedar kertas undi Sabtu ini.
Pengarah Pilihan Raya Negeri, Mohd. Noor Daud berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,001 pengundi adalah anggota polis, 27 anggota tentera dan selebihnya pelajar yang menuntut di luar negara.
"Untuk proses pengundian, kami tidak terlibat kerana pegawai pilihan raya, polis dan tentera sendiri yang akan menentukan tarikhnya. Apa yang kami mahu, semua kertas undi pos berkenaan perlu kembali semula kepada SPR sebelum pukul 5 petang 17 Januari ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.
Ia melibatkan calon Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dan seorang calon Bebas.
- Bernama

No comments: