Saturday, January 10, 2009

PAS DAN PR SEMAKIN PARAH

Oleh: Dr Novandri Hasan Basri

Seperti yang kita sedia maklum, PAS kini terperangkap di dalam mainan politik DAP dan PR sehinggakan maruah parti tersebut kini tercalar dan bertambah parah.Penafian keras oleh rakan baik PAS, Karpal Singh yang menentang ideologi dan perjuangan parti PAS bertambah jelas apabila beliau mengkritik ketua beliau di dalam PR, DS Anwar Ibrahim.Tentu ahli-ahli PAS dan pemerhati politik bertambah pelik dengan permainan pemimpin-pemimpin PAS yang masih mahu berdampingan dengan pemimpin-pemimpin DAP yang begitu jelas merupakan duri dalam daging perjuangan PAS hari ini.
Penulis juga 'kagum' dengan kemampuan pemimpin-pemimpin PAS berwayang kulit serta membohongi ahli-ahlinya sendiri hanya kerana kuasa yang bersifat sementara sahaja.Tentunya penulis bersimpati dengan ahli-ahli PAS yang telah lama menabur bakti, tenaga dan wang di dalam PAS tetapi sumbangan mereka itu diperkotak-katikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin PAS.
Penulis juga sedih dengan bangsa Melayu yang sanggup mengibarkan bendera dan memakai lencana DAP di Kuala Terengganu, seolah-olah mereka itu tidak pernah membaca dan memahami sejarah DAP dan kelekehan mereka terhadap bangsa Melayu dan sejarah Malaysia.Apakah harga maruah orang Melayu begitu murah untuk digadaikan kepada parti DAP?Seperkara lagi, apakah benar Anwar Ibrahim sanggup diludah?Jika benar, beliau patut diludah mulai dari sekarang dek politik dan janji palsu beliau.

No comments: