Citra Adora:
Suasana hangat menjelang hari mengundi Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu pada 17 Januari ini semakin terasa. Perang poster semakin rancak dipasang di tepi-tepi jalan, di rumah-rumah dan bangunan. Kempen-kempen dan ceramah-ceramah politik pula semakin galak dilaksanakan.
Tinggal 4 hari sahaja lagi warga kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan keluar beramai-ramai untuk mengundi. Mengundi calon yang difikirkan boleh menjaga kebajikan dan masa depan mereka. Mengundi calon yang benar-benar layak memikul tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat.
Walaupun calon-calon yang bertanding semakin giat berkempen dan dibanjiri penyokong masing-masing tetapi suasana adalah terkawal dan tiada sebarang insiden buruk yang berlaku. Faktor keselamatan amat dititikberatkan oleh pihak berkuasa.
Semoga suasana ini akan berterusan sehingga hari mengundi dan selama-lamanya. Kekalkan keamanan dan keharmonian negara kita.
No comments:
Post a Comment