Monday, January 12, 2009

ANWAR PEMBOHONG BESAR

Anwar bohong, rakyat percaya?
KITA jadi hairan apabila masih ada lagi rakyat yang terpedaya, mahu mempercayai segala cerita bohong yang sedang di jaja oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim walaupun ternyata dan telah terbukti bahawa sepanjang bergelar wakil rakyat Anwar tidak pernah bercakap benar. Lebih mengecewakan lagi, bukan sahaja rakyat yang terpedaya tetapi turut menjadi bodoh adalah dari kalangan pengamal media yang tidak serik-serik memberikan peluang dan ruang kepada Anwar melalui akhbar masing-masing baik media cetak mahupun elektronik.Sejarah pembohongan Anwar Ibrahim bertali arus, dari isu liwat hinggalah kepada tarikh 16 September, kononnya kerajaan akan bertukar tangan daripada BN kepada Pakatan Rakyat dan yang terbaru Anwar sedang menjajakan cerita bohongnya untuk menipu serta mengelirukan rakyat di Kuala Terengganu yang sedang menghadapi PRK ketika ini.
Meskipun Anwar berbohong, ceramahnya bohong, faktanya penuh dengan penipuan yang hanya sekadar mahu meraih undi, pengundi Kuala Terengganu terpegun dan percaya cerita bohong Anwar itu sebagai benar.Media pula turut sama percaya dengan memberikan liputan kepada segala ucapan serta retorik Anwar Ibrahim tanpa mereka sedar bahawa tindakan tersebut boleh memberikan pengesahan bahawa cerita bohong Anwar itu adalah benar.
Secara tidak langsung tindakan media ini akan memberikan kesan negatif kepada semua keadaan.Kita percaya rakyat yang mempunyai akal budi yang tinggi akan menolak segala pembohongan Anwar ini tetapi yang kita kecewa adalah terhadap rakyat yang masih percaya bahawa cakap bohong Anwar itu sebagai yang benar.Anwar yang dilihat semakin tidak relevan apabila sering berbohong dijadikan relevan oleh semua media dan sebarang kenyataan Anwar seolah-olah fatwa yang harus diberikan tempat oleh semua media walaupun mereka ini faham bahawa setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Anwar itu adalah bohong semata-mata. Bak kata orang, bila Anwar buka mulut sahaja, dia pasti akan berbohong tetapi malangnya rakyat yang kurang cerdik terus tertipu dengan helah-helah Anwar Ibrahim.
Saat ini Anwar yang telah tercemar keseluruhan personalitinya sebagai seorang lelaki, suami dan ayah sedang hebat berbohong dalam berkempen untuk memenangkan calon PAS di Kuala Terengganu. Anwar menggunakan kelebihannya untuk mengelirukan seluruh pengundi di Kuala Terengganu.Anwar menggunakan lidahnya untuk menabur segala janji-janji palsu dan malangnya walaupun Anwar macam Tok Dalang Wayang Kulit, masih ada lagi rakyat yang percaya kepada segala penipuannya itu. Kita semakin tidak faham kenapa rakyat terus diperbodohkan diri untuk percaya kepada cakap-cakap Anwar ini. Apakah rakyat telah putus hidayah dari Allah S.W.T ataupun rakyat telah kufur nikmat dengan tidak menghargai apa yang mereka kecapi hari ini.Pengundi di Kuala Terengganu harus membuka minda seluasnya dan menilai lelaki yang bernama Anwar Ibrahim ini.
******************************************************
Tulip Desa
Tulip berharap pengundi Kuala Terengganu diberikan hidayah daripada Allah S.W.T supaya tidak terpedaya dan diperbodohkan oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim yang jelas seorang penipu besar yang menjadi agen Yahudi untuk menghancurkan umat Islam.

No comments: