Tuesday, January 13, 2009

KENAPA PAS TIDAK HARUS DISOKONG-EPISOD 1

Salam buat pembaca blog Pemuda Malaysia. Hari ini saya menerima beberapa komen daripada pengunjung seperti setapakian dan kifli yang mungkin masih tidak sedar dengan pembohongan yang dilakukan oleh PAS. Orang PAS seperti ini hanya menolak pembangunan dan langsung tidak tahu mentadbir negeri. Mereka hanya tahu mencari kesalahan dan mengkritik bentuk pentadbiran dan pembangunan yang cuba dibawa oleh BN.

Saya ingin memberi sedikit penerangan dan dalil, mengapa pengundi di Kuala Terengganu wajib menolak PAS. Bagi saya, menolak PAS bukan bererti kita menolak Islam. Tetapi menolak PAS adalah kerana parti PAS ini hanya mempermainkan agama Islam demi untuk mencapai hasrat peribadi masing-masing. Agenda pembangunan rakyat adalah perkara entah yang keberapa dalam manifesto mereka. Kita tidak nafikan bahawa kebanyakan pemimpin PAS datang dari kalangan mereka yang mempunyai latar belakang agama Islam. Namun sayangnya, mereka buta huruf dalam mencorak dan merancang pentadbiran untuk sesebuah negeri atau negara.

Ada 25 dalil yang akan mengupas mengapa PAS tidak harus disokong lebih-lebih lagi dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu kali ini. Saya akan senaraikan dalam lima episod di mana setiap episod akan menerangkan sebanyak 5 dalil.
DALIL 1 - TIADA PEMIMPIN WIBAWA

PAS tidak ada pemimpin yang boleh menolong rakyat Terengganu dan membangun negeri Terengganu. Cuba kita renungkan dan senaraikan pemimpin PAS di Terengganu, siapakah antara mereka yang boleh mendampingi rakyat, atas nama memohon pertolongan dalam urusan hidup ini. Jangan silap menyokong akibatnya masa depan kita tak beruntung. Yang alim dengan alam tok gurunya. Yang jahil sesat budayanya, maka rakyat terpinga-pinga.
Ingatlah;

Allah menyuruh kamu menyerah amanah kepada Ahlinya supaya apabila dia menjalankan hukum dapat berlaku adil.
Maksud Al-Quran
Ayat 58, Surah 4 An-Nisa
DALIL 2 - PEMERINTAH YANG GAGAL

Ternyata dalam tempoh memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 gagal membawa kebaikan untuk rakyat Terengganu. Percubaan telah diberi selama 4 tahun kepada PAS. Ternyata betapa kecewanya rakyat. Hukum Islam jadi azimat, pentadbiran penuh dengan kesumat, pembangunan tak bermatlamat. Rakyat tunggu setiap saat, pemimpin juga yang dapat hajat. Pemimpin PAS yang serebeh jadi smart sebab tiba-tiba jadi kaya kerana mentadbir Terengganu 1999-2004 dan apabila mereka kaya, dah tak dapat nak membezakan yang mana wajib atau yang mana sunat.

Ingatlah;

Orang Islam tidak disengat 2 kali dalam lubang yang satu.
Maksud Al-Hadis

DALIL 3 - SEMBUNYI KEBENARAN
PAS telah banyak membuat apa yang dilarangnya dahulu. Dulu PAS pernah berkata bahawa adalah haram bergabung dengan orang kafir, kini PAS bersekedudukan pula dengan DAP. Sebelum memerintah janji nak jalankan hukum Allah namun bila dapat perintah tipu Allah pula (Sebesar hama hukum Allah pun tarak). Semua hukum PAS anggap macam tuak, masa gila haram diminum namun bila jadi cuka halal pula.
Ingatlah;

Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran melaknat dan menjatuhkan azab terhadap mereka yang menyembunyikan kebenaran.
lihat ayat 42, 109 dan 174 Surah Al-Baqarah
DALIL 4 - BERTUKAR PERANGAI

Bertukar daripada mahu menjalankan hukum Allah kepada menganjurkan rusuhan. Dulu PAS nak bercakap nak jalan hukum Allah bila memerintah Terengganu, namun bila berjaya memerintah PAS mula banyak helah. baru PAS tahu betapa susah memerintah. PAS nak khabar apa lagi kepada rakyat, isu kurang dan hujah tiada. Akhirnya puak-puak PAS bertempik macam orang gila di tengah jalan siang dan malam buat rusuhan. PAS sudah tidak sebut lagi nak laksanakan hukum Allah. Dengan Allah pun PAS kecek (tipu).

Ingatlah;

Allah S.W.T menyeru kearah kesejahteraan.
Maksud Al-Quran
Ayat 25, Surah Yunus
DALIL 5 - PEMIMPIN TAMAK HALOBA

Pemimpin PAS lebih tamak haloba mengumpul harta semasa memerintah Terengganu. Anda tidak percaya? Orang yang taksub dengan PAS memang tidak akan percaya. Namun demikian, untuk mereka yang di atas pagar boleh bertanya kepada Hj. Hadi, Mustafa Ali, Wan Talib dan lain-lain pemimpin besar PAS. Tengok akaun masing-masing dalam bank. Dulu berapa sebulan masuk, kini lepas memerintah Terengganu berapa pula masuk. Ramai pengikut PAS pengsan.

Ingatlah;

Mereka yang menghimpun emas dan perak kemudian tidak berbelanja pada jalan Allah, beritahu mereka kegembiraan masuk neraka.

Maksud Al-Quran
Ayat 34, Surah Al-Taubah
Cukup lima dalil untuk episod pertama Kenapa PAS Tidak Harus Disokong-Episod 1. Insya-Allah episod kedua akan menyusul. Semoga 25 dalil PAS tidak harus disokong menjadi panduan kepada pengundi di Kuala Terengganu yang saya yakin bijak menilai antara jasa BN dan PAS kepada pembangunan rakyat Negeri Terengganu.

No comments: