Wednesday, January 7, 2009

MASJID KRISTAL DAN MONSOON CUP BAKAL JADI ISU PEMBANGKANG DI K.TERENGGANU

Oleh: PutriMalaysia






Masjid Kristal dan MonSoon Cup , akan jadi isu pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu


Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu bakal menyaksikan pertembungan 3 calon utama daripada BN, PAS dan calon Bebas yang masing-masing akan membawakan isu-isu yang mampu menarik pengundi untuk mengundi mereka. Pokok pangkalnya terletak pada pengundi itu sendiri sama ada dapat melihat ketelusan di sebalik isu-isu yang akan dibangkitkan oleh setiap pihak. Antara isu yang putri yakin bakal diperkatakan oleh pihak pembangkang adalah isu pembaziran yang didakwa dilakukan oleh kerajaan yang diputar belitkan faktanya oleh pihak pembangkang daripada PAS umumnya.

Jika dahulu pembinaan KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya pernah menjadi isu kerana juga didakwa merupakan satu pembaziran tetapi sekarang putri yakin rakyat jelas melihat apa kesannya kepada negara. KLIA merupakan salah sebuah Lapangan Terbang yang diiktiraf dunia. Kita janganlah melihat dari sudut luaran sahaja tetapi apa sahaja yang di lakukan kerajaan sebenarnya akan membawa kepada kebaikan dalam jangka masa panjang. Kalau kerajaan tak keluarkan duit untuk membuta satu perubahan atau pembangunan maka negara kita akan berada pada takuk itu saja. Apakah itu yang rakyat dan pihak pembangkang mahukan????. Kalau benar, sampai bila-bila lah negara akan menjadi negara membangun sahaja dan misi Wawasan 2020 tidak akan tercapai.

Pembinaan Masjid Kristal selain dijadikan tempat beribadah, ia juga merupakan mercu tanda keagungan binaan Islam yang terdapat di terengganu yang mampu menarik pelancong datang sekaligus mendatangkan sumber kewangan kepada rakyat khususnya di Kuala Terengganu. Jadi janganlah rakyat terperangkap dengan kata-kata dusta pihak pembangkang yang mengatakan ianya satu pembaziran.

Begitu juga dengan penganjuran Monsoon cup. Walaupun penganjurannya jelas dilihat berjaya menaikkan nama malaysia dipersada dunia serta memberi sumbangan pada sektor pelancongan serta sumber kewangan bagi rakyat Kuala Terengganu namun pihak pembangkang masih lagi menjadikannya isu yang dipolitikkan demi untuk kepentingan mereka....
PENGUNDI KUALA TERENGGANU PERLU BIJAK MENILAI MANA YANG BETUL DAN MANA YANG SALAH.....SELAMAT MENGUNDI DAN UNDILAH DENGAN BIJAK.ANDA MAMPU MENGUBAHNYA........




No comments: