mustikaindah:
Mustika tidak melihat kehadiran Polis yang ramai di Kuala Terengganu sebagai satu fenomena yang menakutkan.... Melihatkan kehadiran mereka adalah satu pandangan yang biasa dan meriah pula. Bayangkan bersebelahan Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu, Batu Burok dan Wakaf Mempelam mereka berkampung di situ bagi memastikan keamanan dan ketenteraman Kuala Terengganu terjaga dan tidak mudah diganggu gugat oleh pihak yang cuba menjadikan keadaan aman menjadi huru-hara.
Pastinya rakyat Kuala Terengganu tidak mahu kejadian RUSUHAN di BATU BUROK berulang kembali kerana peristiwa tersebut hanya akan memberikan sudut pandangan yang negatif kepada negara amnya dan Kuala Terengganu khususnya.
Berikut adalah petikan dari Utusan Online 1 Jan 2009
6,000 polis pastikan keselamatan pilihan raya kecil
KUALA TERENGGANU 1 Jan. – Seramai 6,000 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan mengawal keselamatan dan memastikan kelancaran pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.Mereka terdiri daripada anggota Unit Udara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Khas, Unit Tindakan Khas (UTK), Unit Tindakan Ringan (LSF), Unit Pencegahan Rusuhan (PORU) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kesemua pegawai dan anggota itu akan melaporkan diri secara berperingkat.Menurutnya, fasa pertama melibatkan 3,000 orang yang mula melapor diri hari ini diikuti fasa kedua pada 4 Januari dan fasa ketiga pada 10 Januari ini.“Mereka akan ditugaskan mengawasi proses penamaan calon, tempoh berkempen, pembuangan undi dan penjumlahan undi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Jalaluddin memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak cuba mengganggu proses demokrasi dengan membuat kacau kerana polis akan mengadakan kawalan keselamatan ketat bagi menjamin keselesaan orang ramai.Selain itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memberi kerjasama kepada pasukan polis dan tidak membuat anggapan tidak baik terhadap penempatan anggota di seluruh kawasan pilihan raya.Katanya, pendekatan polis itu berdasarkan pengalaman pada pilihan raya kecil yang lalu seperti di Permatang Pauh, Pulau Pinang; Lunas, Kedah dan Ijok, Selangor.“Polis sentiasa mengamalkan sikap mesra masyarakat dalam menjalankan tugas dan masyarakat harus memberi kerjasama supaya keselamatan penduduk terutama di Kuala Terengganu terjamin,” katanya.
Jalaluddin berkata, polis juga memperkenalkan pusat operasi sehenti dikenali sebagai Markas Taktikal (Martek) dalam menghadapi pilihan raya bagi menambah keberkesanan kawalan keselamatan.Menurutnya, Martek akan ditempatkan di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Terengganu dengan setiap satu diketuai seorang pegawai zon melibatkan lebih 1,200 anggota.Beliau menambah, Martek yang ditempatkan di padang bola Majlis Perbandaran Kuala Terengganu adalah untuk DUN Bandar manakala kawasan lapang di Pengadang Baru (DUN Wakaf Mempelam), Balai Polis Chendering (DUN Batu Burok) dan Pantai Batu Burok (DUN Ladang).
Petikan dari Utusan Malaysia
Wednesday, January 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment