Tuesday, January 6, 2009

TINDAKAN BIADAP ZIONIS TEL AVIV PERLU TERUS DI KUTUK

oleh: Pemikir
GAMBAR: UTUSAN ONLINE

Rakyat Palestin di Gaza terus menerima hentaman aneka jenis senjata api yang satu masa dahulu pernah dialami oleh penduduk-penduduk di Baghdad, Iraq pada zaman pemerintahan Saddam Hussin.


Dari gambar-gambar yang dipaparkan oleh berita-berita antarabangsa seperti BBC, Al-Jazera, rakyat Palestin di Gaza tidak kira muda, tua atau kanak-kanak dan wanita sedang mengalami satu bencana yang sangat ekstrem.


Pihak Zionis tidak mempedulikan tekanan-tekanan dan bidasan-bidasan dari setiap negara anggota PBB termasuk Malaysia yang sejak merdeka, konsisten mengutuk pembentukan rejim Tel Aviv.


Kelihatan kereta kebal yang membawa meriam-meriam yang berkaliber 155mm meledakkan peluru-peluru tanpa berhenti yang boleh mengakibatkan bumi Palestin yang disasarkan menjadi padang jarak padang tekukur.


Pemerhati politik antarabangsa berpendapat bahawa kedegilan Perdana Menteri Rejim Zionis yang dilindungi oleh Washington mendapat kad putih untuk terus membalun Gaza tanpa ragu-ragu kerana Amerika Syarikat tetap berdiri teguh dibelakang Tel Aviv. Presiden Bush juga masih belum reda kemarahannya apabila menerima lemparan sepatu oleh journalis Iraq di Baghdad baru-baru ini. Fenomena ini serta faktor-faktor lain membuat Tel Aviv tidak gentar cuba menghapuskan rakyat Palestin di Gaza yang kononnya atas asas mempertahankan diri atau self defence.


Kerajaan Malaysia telah memberi sebanyak USD 1 juta kepada Tabung Bantuan Palestin sebagai respon kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Namun, Malaysia perlu mengambil sikap yang tegas sebagai sokongan moral termasuklah membentangkan resolusi kepada Amerika Syarikat dan PBB yang diputuskan oleh NGOs, sesi Parlimen Khas dan lain-lain lagi.

Orang-orang Malaysia termasuklah rakyat Terengganu khususnya pengundi P.036 Kuala Terengganu perlu merasa bersyukur kerana tidak menghadapi nasib yang sama seperti yang berlaku di Bumi Palestin kerana kerajaan BN membawa pembangunan dan keamanan negara serta sentiasa prihatin terhadap rakyat nya walaupun rakyat nya terdiri daripada berbilang bangsa.

RAKYAT MALAYSIA PRIHATI KESENGSARAAN RAKYAT PALESTIN
UNDILAH BARISAN NASIONAL DI P.36 KUALA TERENGGANU PADA 17 JANUARI 2009.

No comments: