Wednesday, January 7, 2009

WAN AHMAD FARID CALON YANG BERWIBAWA DAN BERKALIBER

Mustika

Pada pendapat Mustika, pemilihan Dato' Wan Ahmad Farid sebagai calon BN menentang Wahid Endut adalah tepat dan tidak perlu disangkal lagi. Mustika terdengar-dengar juga ada pihak tertentu yang menyatakan bahawa Wan Farid sukar ditemui kerana beliau tidak berada di dalam kawasan, mana mungkin mereka mampu berjumpa bakal YB ini.

Ramai yang juga mungkin tidak tahu sebenarnya Sebelum ini Dato' Ahmad Farid pernah bertugas sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan berkhidmat di Putrajaya. Namun perlu diingat, Wan Ahmad Farid telah pun menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan jawatan Senator kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, Jumaat lalu.

Katanya, surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri dan Yang Dipertua Dewan Negara melalui pegawainya yang juga Setiausaha Sulit Kanan beliau, Zulkifli Abidin dan perkhidmatan kedua-dua jawatannya itu tamat hari ini.

"Saya sudah hantar surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Negara dan Perdana Menteri dua hari lalu (Jumaat) dan saya minta supaya peletakan jawatan saya berkuatkuasa esok, 5 Januari. (Bharian, 5 Jan 2009)

Apa yang perlu dirisaukan? Usah percaya pada tohmahan pembangkang yang iri hati dan sukar menerima kenyataan Wahid Endut tidak mampu menyaingi Wan Ahmad Farid.

UNDILAH BN

Wan Ahmad Farid pilihan calon yang tepat (Utusan Online, 6 Jan 2009)

Pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional (BN) adalah tepat dan diyakini mampu mempertahan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil pada 17 Jan ini, demikian menurut para pemimpin BN.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Wan Ahmad Farid telah menunjukkan kewibawaannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan semasa menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dengan menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan penuh dedikasi.

“Beliau adalah seorang pemimpin muda yang dilahirkan dari kilang Pemuda UMNO dan mempunyai keterampilan dari segi kepimpinan dan berkaliber.

“Pergerakan Pemuda akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau,” kata Menteri Pelajaran itu yang ditemui di pusat penamaan calon di Stadium Negeri di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, sokongan Pemuda UMNO di peringkat akar umbi terhadap bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu begitu jelas dan terbukti apabila kebanyakan jentera Pemuda yang terlibat dengan pilihan raya kali ini merupakan dari Pemuda Bahagian dan cawangan Terengganu sendiri.


- Bernama

No comments: