Oleh: Tulip Desa
Apakah dosa kanak-kanak Tadika KEMAS Perak sehinggakan mereka tidak dapat meneruskan persekolahan ekoran tindakan Pakatan Rakyat Perak mengunci pintu dewan kelas Tadika Kemas. Tulip begitu sedih dengan nasib kanak-kanak tersebut, yang menggambarkan sikap tidak berperikemanusiaan Pakatan Rakyat yang terlalu mementingkan kuasa. Tidak sewajarnya kanak-kanak dijadikan mangsa akibat perbezaan fahaman politik.Jelas Pakatan Rakyat mahu mengikut jejak langkah kerajaan PAS Terengganu yang bertindak menutup tadika semasa memerintah Terengganu suatu masa dahulu.
Slogan "Kerajaan Kebajikan" yang didendangkan oleh Pakatan Rakyat adalah gimik politik semata-mata. Pembangkang memang bijak menabur janji dan akan terus berjanji demi kepentingan survival politik mereka. Setelah mereka mendapat kuasa, segala janji tinggal janji, yang tinggal hanya keperitan yang ditanggung oleh rakyat ekoran kerakusan pemimpin Pakatan Rakyat.
Bukankah menyediakan prasarana untuk pendidikan adalah satu tanggungjawab dan hak rakyat? Tidakkah Pakatan Rakyat berasa malu kerana semua perbelanjaan pendidikan Negeri Perak menggunakan wang daripada Kerajaan Persekutuan. Pakatan Rakyat hanya pandai mengkritik dan membantah apa sahaja yang dilakukan oleh Kerajaan demi untuk kebajikan rakyat.Pada hemat Tulip, tindakan Menteri Besar Perak keterlaluan kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan.
Sedarkah Pakatan Rakyat bahawa tindakan mereka akan menambahkan kebencian rakyat. Justeru itu, Tulip menyeru supaya pengundi Parlimen Kuala Terengganu, menolak Pakatan Rakyat supaya kita tidak mengalami nasib yang sama seperti rakyat di Negeri Perak.
No comments:
Post a Comment