Monday, January 5, 2009

Malaysia Mahu PBB Adakan Perhimpunan Agung Khas

PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) -- Malaysia mahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menyelesaikan isu kekejaman Israel terhadap Palestin, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.Perdana Menteri berkata Perhimpunan Agung Khas PBB itu boleh diadakan atas tujuan "perpaduan untuk keamanan"."Sehubungan itu, Wakil Tetap Malaysia ke PBB telah diarah memulakan permuafakatan dengan Kumpulan Hubungan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya Persidangan Agung Khas itu dapat diadakan."Dunia mesti suarakan dengan tegas dan buat tuntutan dengan tegas untuk menyelesaikan isu tersebut," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini.Beliau berkata Perhimpunan Agung Khas itu sahaja boleh mengetepikan tindakan tidak wajar Amerika Syarikat.

No comments: